Jom bawa anak-anak anda ke sambutan bulan PLAY-DOH® Sabtu Ini di 1 Utama !

Hello mommies and daddies semua !

So harini ni ada berita gembira untuk anak-anak anda yang kreatif dan berbakat dalam bidang membuat modelling karakter !

Berikan peluang kepada anak-anak anda untuk membentuk imaginasi mereka dengan PLAY-DOH® yang memainkan peranan penting dalam aktiviti pembelajaran mereka di mana mereka boleh bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan yang unik tersendiri !

ALAMI PENGALAMAN SAMBUTAN BULAN PLAY-DOH® 
YANG JULUNG KALI DIADAKAN
"Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records"

 

Anak-anak anda dan juga anda akan diberikan peluang untuk memilih apa sahaja sama ada ukiran, nombor, ataupun huruf untuk menghasilkan satu karya berkonsepkan tema Malaysia dari PLAY-DOH® bermula dari 21 September -27 September di Ground Floor, HighStreet, 1utama.

Ukiran yang paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu) akan berpeluang dimuatkan di dalam The Malaysia Book Of Records dengan ukiran daripada PLAY-DOH® sama ada anda baru mencipta atay mencipta semula. Kejayaan ini akan dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan Ukiran paling kreatif  akan memenangi hadiah daripada PLAY-DOH® yang tersangat menarik !
Antara sebab PLAY-DOH® menyediakan peluang ini pada orang ramai :
  • Menggunakan Imaginasi tanpa had
  • Boleh bekerjasama dengan pasukan atau sekeluarga untuk mencipta sesuatu yang istimewa.
  • Menggalakan pembelajaran yang kreatif dengan PLAY-DOH®
  • Memudahkan kanak-kanak mengenal bentuk, warna dan juga kemahiran bersosial.
"Membina Komuniti Ceria"
  1. Bekerjasama dengan pasukan dan membayangkan perkara positif mengenai Malaysia tidak kira sama ada budaya dan adat resam. Lakarkan idea menggunakan pen yang bewarna-warni, pensil atau krayon.
  2. Gunakan bahan PLAY-DOH® untuk mereliasikan idea yang dilakar. Lakukan  eksperimen dan beri galakan antara satu sama lain semasa melakukanya. Gabungkan warna dan guna acuan jika memerlukan.
  3. Bentuk 3D akan terbentuk dari idea ukiran, perhatikan perubahan yang hambar ke perubahan yang menarik berilhamkan Konsep Malaysia.
Saya dan anak sudah mempunyai idea apa nak buat masa Sabtu nanti, mommies and daddies kat luar sana jangan lupa ye untuk join sambutan PLAY-DOH® tahun ini, ianya pasti memberikan pengalaman yang bermakna dan beherga buat anda dan anak-anak !

Rayyan tengah uli PLAY-DOH® untuk membentukkan idea imaginasinya.


Hasil kerja yang direka sudah membuahkan hasil.

Hasil Imaginasi yang pertama berkonsepkan teman perayaan di Malaysia


Hasil Imaginasi kedua yang berkonsepkan Ekonomi dan budaya Malaysia

Poster Malaysia berkonsepkan pembangunan penstrukturan Malaysia


Konsep ketiga dimana semua ciri-ciri budaya, adat resam dan Pembangunan Malaysia digabungkan.
Jangan lupa ya mommies and daddies di luar sana untuk hadir dan join sambutan PLAY-DOH® yang sangat menarik ni, rugi tak pergi, saya akan berada di sana juga !

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang bulan PLAY-DOH®, Sila layari laman web PLAY-DOH® : www.playdoh.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com