11 Fakta menarik tentang Kopi.

Hari ini pertubuhan kopi antarabangsa mengisytiharkan tahun ini yang bertarikh 1 Oktober 2015 ialah hari kopi sedunia.

Jadi bagi peminat kopi terutamanya saya bolehlah menikmati secawan kopi yang sedap sama ada buatan sendiri atau minum di kedai kopi sekitar anda.

Kopi paling mahal berharga dalam Rm220 secawan iaitu Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Kalau saya tak de la mampu nak minum mahal-mahal lebih-lebih lagi dari taik, konfirm lah tak nak. Setakat mampu tengok je la. Hihi.

Gambar sekadar hiasan ambil dari Encik Google


Jenis-jenis kopi sebenarnya terlalu banyak yang ada kat dunia ni tapi yang betul-betul kegemaran saya ialah cappuccino, mochaChino, kopi ais dengan kopi o. Kalau google memang tak habis baca punya hihi.

Fakta menarik tentang kewujudan kopi.

  1. Khasiat kafein dalam kopi dikesan apabila masyarakat eutophia memberi haiwan ternakan memakan kopi yang membuatkan binatang ternakan mereka aktif dan sihat.
  2. Kafein dalam kopi boleh membuatkan otak kita segar dari merasa mengantuk. 
  3. Percaya tak kopi boleh mengurangkan berat badan berlebihan dan membantu melambatkan proses Alzheimer.
  4. Kopi tidak sesuai diambil secara berlebihan kemungkinan boleh membawa maut !
  5. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil kopi katanya tak baik untuk kandungan kerana kafein. Tapi ada juga ibu melahirkan Anak yang sihat walaupun kerap meminum kopi ketika hamil.
  6. Kopi boleh membuatkan kulit cantik.
  7. Kanak-kanak  berusia 3 tahun juga akan suka minum kopi terutamanya kopi yang dicampur susu krimer.
  8. Paa tahun 1906, George Washington pengasas pertama mencipta kopi segera tidak mendapat sambutan sebab rasanya yang teruk.
  9. Kopi luwak amat popular di Indonesia tetapi di Malaysia ianya diharamkan kerana ianya merupakan najis.
  10. Kopi berada di top 2 selepas air kosong.
  11. Kini kopi segera di Malaysia dilengkapi dengan kacip Fatimah, Collagen, serbuk mutiara, halia dan pelbagai herba sebagai salah satu alternatif untuk kesihatan dan kecantikan.
Pencipta fakta : Syafiera

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com