Solusi Alternatif untuk keperluaan kesihatan anda di Healife

Healife ialah sebuah pusat kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan rawatan megikut keperluaan, kesesuaian dan masalah kesihatan yang pesakit alami. Menggunakan teknik proses yang unik direka khas dari pengurusan berpengalaman di UK sejak 20 tahun yang lalu dengan menggabungkan integrasi perubatan moden dan juga tradisional.

Healife mempunyai terapis kesihatan yang berpengalaman dan diiktiraf dengan menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi. Healife mempunyai fasiliti yang lengkap seperti gym mini untuk terapi fizikal dan peralatan yang khusus dalam sesi rawatan.

Terdapat 12 bilik rawatan di Healife Kuala Lumpur. Setiap bilik mempunyai peralatan berteknologi tinggi dan terkini mengikut kesesuaian pesakit. Rawatan yang dijalankan adalah seperti sesi :
  • Penganjalan kulit
  • Masalah Jerawat
  • Pengawalan berat badan dan diabetes
  • Penyejukbekuaan lemak
  • Pengurusan kemarahan dan tekanan perasaan
  • Fisioterapi
Healife telah membantu beberapa orang pesakit contohnya yang tidak boleh berjalan kini boleh melangkah setelah melakukan beberapa rawatan di sini. Pesakit yang menghidapi masalah diabetes juga mendapat sokongan dan rawatan yang betul untuk mengurangkan paras gula yang tinggi. 

Taha seorang pesakit yang berumur 47 tahun telah menghidapi kanser limfoma telah melakukan pembedahan kanser yang mengakibatkan tubuh badannya sukar untuk bergerak dan terdapat bengkak serius. Disebabkan itu dia mendapatkan rawatan di Healife. Terapis telah membimbing Taha untuk sesi pemulihan dengan menggunakan rawatan 'lymphatic drainage' dan beberapa rawatan lain. Kurang dari 3 bulan Taha dapat melakukan aktiviti sehariaannya.

Di Healife, pesakit akan didiagnosis dan rawatan yang akan diberikan bersesuaian mengikut masalah pesakit. Antara rawatan yang akan ditawarkan :
  • Perubatan Tradisi China
  • Perubatan Arab
  • Perubatan India ( ayurveda )
  • Perubatan Moden
Plan rawatan akan disyorkan oleh terapis untuk pesakit. Rawatan ni bermula dari mencari punca penyebab penyakit dan solusi berpanjangan untuk menambahbaikkan kualiti kesihatan pesakit.

Rawatan pemulihan yang betul dapat dapat mengurangkan masalah yang dialami oleh pesakit. Sebelum sesi rawatan pesakit akan di diagnosis, analisis, khidmat rundingan, rawatan dan sesi terapi. Harga rawatan minima bermula dari RM1500 hingga RM5000.


Sejarah Healife

Healife telah diasaskan oleh Dr Rehan pada tahun 1997.  Dengan pengalaman lebih 20 tahun dari pengurusan latihan di UK. Dr Rehan telah memulakan kajian dan penyelidikan secara global untuk mencari solusi membantu penyakit kronik yang dihidapinya. Beberapa rawatan yang telah dicuba seperti Rawatan Tradisional Cina, Arab, India (Ayurveda) dan moden telah memberikan kesan yang baik dan efektif pada dirinya.  Disebabkan itu Dr Rehan ingin berkongsi kebaikan dan manfaat rawatan alternatif kepada pesakit yang memerlukan bantuaan.


Program Kelahiran Semula 100 Hari (100 Days Rebirth Program)

Matlamat Healife adalah membantu individu untuk mencapai kesihatan yang sihat dan bahagia termasuk mengurangkan kesakitan sama ada kekal atau sementara. Kesan yang baik adalah dengan meningkatkan tidur yang berkualiti dan kekal bertenaga. Program ini telah membantu ribuaan pesakit sejak pembukaan Healife di Malaysia pada tahun 2019. Rawatan khusus mampu mengubah kualiti hidup dalam tempoh yang panjang seperti :
  • Diet yang seimbang dan mudah untuk dikuti
  • Preskripsi ubatan tradisional
  • Pembakaran lemak dan pembentukan semula badan menggunakan mesin medikal berteknologi tinggi dan terkini
  • Mengurangkan kesakitan yang kronik
  • Meningkatkan kecergasan dan fleksibiliti dengan bimbingan 1:1
Program ini sangat unik kerana boleh disesuaikan mengikut keperluaan bagi mereka yang ingin meningkatkan kesihatan untuk jangka panjang. Pesakit yang berjaya seperti ibu baru melahirkan anak, yang menderita dengan diabetes, tekanan darah tinggi, migrain dan mati pucuk.

Healife juga mempunyai 4 buah cawangan iaitu dua buah di Abu Dhabi, satu di Malaysia dan satu lagi di Qatar masih dalam pengubahsuaian. Di Malaysia anda boleh pergi ke Menara Olympia Raja Chulan Tingkat 2.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi :
enquiry@healife.com.my

Untuk info lanjut, www.healife.com.my


1 ulasan :

  1. South Koreais the newest country to see a major new gaming development after it permitted the development of its first foreign-owned casino. These are among Korea’s most popular video games 점보카지노 which can be accessed from any Korean on-line casino. There are transport and different leisure costs that come with physical gaming. A lot of time can also be|can be} spent discovering the best outfit for hitting the casino and touring to the precise casino, which makes on-line casino gaming finest option|the best choice|the most fitted choice} as there is no a|there isn't any} specified gown code or venue to play. One of probably the most significant advancements within the world gaming trade is the introduction of on-line casino gaming.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com