Ramadan Bufet 2022 Iftar bersama di Bangi Golf Resort (BGR) Kembali lagi


2 tahun sudah berlalu tanpa kemeriahan berbuka puasa pada Bulan Ramadhan semenjak pandemik Covid-19, dunia terasa seperti berhenti seketika tanpa kehadiran acara perayaan. PKP sejak 2020 dan segala aktiviti sosial serta perhimpunan tidak dibenarkan untuk memutuskan rantaian jangkitan. Keadaan yang menyedihkan kerana tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang tercinta dan terpaksa bercuti sendirian, hanya dapat bertemu orang yang tersayang hanyalah melalui platfom maya untuk berhubung satu sama lain. :(

Tapi setelah antara kita sudah membiasakan diri dengan kehadiran Covid-19 tetapi tetap perlu berhati-hati sebagai langkah untuk mengurangkan penularan gejala contohnya dengan menguatkan sistem imunisasi dan tetaplah mengikut SOP serta menjaga kebersihan diri sendiri  + kuarantin kendiri jika mempunyai simptom. 

Apa pun banyak bisnes sudah berjalan untuk meneruskan perniagaan mereka. Tahun 2022 ni Bangi Golf Resort membawa kembali semangat 'Balik Kampung' walau dimana kampung kita berada. 'Iftar Together-gather' tema tahun ini untuk memenuhi kehendak orang ramai untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan di suasana yang membawa perasaan nostalgia.

Amalan biasa sebegini yang kita semua rindukan semenjak dua tahun yang lalu untuk bertemu dengan mereka yang kita kenali dan dapart meluangkan masa bersama sekali lagi.

Untuk bulan Ramadhan tahun ini, para chef di BGR menyediakan hidangan yang enak dengan ramuan berkualiti tinggi untuk Bufet Ramadan yang unik ini. BGR masih lagi menghidangkan hidangan kegemaran semua dan memperkenalkan hidangan baru juga.


Antara hidangan yang masih menjadi kegemaran kita semua adalah seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Epuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.

Nasi Kerabu, satu hidangan tradisional dengan nasi yang berwarna biru dan ulam-ulaman segar yang ditanam sendiri disajikan bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok serta sos dan baha sampingan lain. Warna biru semulajadi yang digunakan dalam Nasi Kerabu adalah dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka.

BGR juga menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegarannya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan iftar dan tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu 'farm to fork.'

BGR juga memperkenalkan hidangan terbaru pada tahun ini iaitu, Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao ( Thai Basil Chicken), Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers' yang akan merangsang deria rasa kita semua.



Pelbagai jenis kuih-muih, manisan dan buah-buahan turut disediakan.

BGR akan terus mematuhi dan melaksanakan Prosuder Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh KKM dalam premis perniagaan mereka. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan kawasan bufet.

Cendol + aiskrim vanilla tetap pilihan hari suami I. hee.


Ruangan bergambar dengan Tema Balik Kampung

Ruangan Photobooth

Suasana Iftar Together-gather dalam BGR


Tetamu yang hadir juga perlu ada sijil vaksinasi untuk memasuki ke premis perniagaan BGR. :( Pegawai RELA akan ditugaskan untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan. Tak sabarnya endemik. 

BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak tahun 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima Sijil HACCP untuk ruangan dapur dan tidak perlu dikhuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan. 

Para tetamu boleh berbuka puasa dengan senang dengan adanya kemudahan di BGR seperti 800 lot parkir kereta percuma serta ruangan surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita.

Bufet Ramadan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.
Harga Bufet Ramadan adalah bermula dari RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk seorang kanak-kanak.
Layari https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2022/. Semua harga tertakluk kepada 6% SST.

Untuk kemaskini terkini, sila layari Bangi Farm Resort :
FB Page : https://www.facebook.com/bangifarmresort
Instagram : https://www.instagram.com/bangi_farm_resort
Laman web : https://www.bangifarmresort.com/



 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com