Rasa LEGA dah bayar Fidyah tapi pasni kena rajin rajin ganti puasa

8 Ramadhan 1442 Hijri, 2021 Miladi

Dah umur 31 tahun, time ni la mula cari hutang-hutang untuk diselesaikan. Setakat ni hutang sesama manusia Insha Allah aku cuba cari dan nak selesaikan.. hutang sesama kawan saudara mara ke ku cuba cari supaya selamatlah nanti kelak,

Hutang kawan-kawan so far masih belum buat pinjaman lebih dari RM50.. rasanya tak ada tapi tu la takut kawan-kawan ada terbayar diam-diam makanan kita beli tanpa pengetahuaan kita.. rasanya ku akan remind kan dalam group ladies nanti nak tanya...

lepas tu hutang sesama keluarga nak tanya balik akak-akak aku ngan adik-adik aku so far pernah buat pinjaman ngan adik nak beli laptop dan camera, Alhamdulillah dah setel bayar.. heee  macam biasa lah takut dorang ada terbeli makanan dalam peti ais rumah mak kita termakan dorang tak halalkan camne kan.. benda yang sama lah kat Rumah Mak mertua, kadang-kadang memanglah rumah saudara mara kita adik beradik kita tapi biasalah bila tidur kat rumah mak-mak ni mesti peti ais dan dapur jadi tempat utama kan...

Lepas tu masa aku kahwin dulu aku tak tahulah apa mak ayah aku bincang dengan makcik aku katanya nak sponsored pelamin.. lebih kurang seribu harganya.. adui rasa serba salah, sebab teringat mak kata nak bayar balik tapi tu la acik kata sponsored... ku tanya balik juru makeup dan pelamin tu katanya dah habis bayar... nanti tanya balik... heee... untuk kepastiaan... 

hutang belajar dah setel, kali ni Aku cuba nak setelkan hutang dengan Allah pula iaitu fidyah yang aku pernah tinggal puasa tak sempat nak ganti.. aku mula buat calculation bermula dari aku awal baligh lagi.. sebelum umur 20 tahun biasalah otak masih budak-budak lagi.. so 5 hari macam tu aku tinggal ikut kan setiap tahun aku puasa dalam 25 hari..  

Bila dah kira berapa hari aku tinggal puasa dan tak sempat ganti jadi bayarlah, habis puasa ni rasa macam gila nak ganti puasa, apa pun ku setelkan bayaran fidyah dululah..

kalau ikutkan memang berganda-ganda..

Alhamdulillah dekat Selangor tak pe kalau tak bayar berganda ikut kemampuaan.. 

tapi sangat digalakkan untuk bayar yang berganda..

Cara nak kira boleh rujuk di info dibawah bagi yang tinggal di Selangor :

Baca kat sini :
 https://www.facebook.com/zakatselangor/photos/a.10151699284856221/10158137431781221/


Apa apa pun I nak ucapkan Good Luck pada yang berusaha nak setelkan semua hutang sebelum ajal menjemput.. setelkan hutang kat dunia supaya ringan sikitlah kat akhirat. :)

Kalau kawan-kawan ada baca pos blog I ni kalau ada hutang tak kira lah singgit ke apa mohon minta pada I sementara masih hidup ni tapi kalau dah meninggal mohon halalkan ye guys... love you guys :)




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com