Sambut Hari Raya tahun 2021 ini bersama koleksi kasut dan beg tangan di Bata

 


Serikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 dengan Bata

Anda semua dah bersedia nak menyambut raya tahun 2021 ni? Kalau dah tapi tak ada idea nak bergaya dengan tema yang di inginkan ? Haaa Jomlah kita dapatkan kasut dan beg raya yang cantik dan menarik dengan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga kita di Bata.

Bata kini mempunyai pelbagai koleksi kasut yang menarik untuk lelaki, wanita dan anak-anak kita.
Wanita yang bekerjaya pun boleh dapatkan koleksi beg tangan yang bergaya dan ranggi membuatkan si pemakai nampak elegan dan cantik.

Duta Bata iaitu Fattah dan Fazura, sempena tema Cahaya Raya ini menjadikan jenama Bata ini nampak lebih dipercayai dan bakal diminati oleh peminat-peminat selebriti tanah air ini terutamanya wanita yang ingin nampak berseri dan lelaki nampak segak di pagi raya.

Koleksi Kasut Wanita di Bata

Rekaan kasut wanita yang ringkas, nampak selesa telah menjadi tempat di hati wanita yang berusia namun bagi yang tak tahu koleksi kasut wanita di Bata ni juga telah menjadi perhatiaan wanita yang muda kerana keselesaan kasut yang berkualiti dan lembut memudahkan si pemakai berjalan dengan lebih yakin dan kurang rasa sakit kaki. Ianya juga mesra dari segi harga.



Koleksi Beg Tangan di Bata

Raya tahun lepas biasa-biasa je kan apa kata tahun 2021 ni kita bergaya habis-habisan dengan Bata. Rekaan beg yang ringkas tapi menarik senang nak bawa kemana-mana dan lebih casual tetap nampak sejuk mata memandang kan.

Koleksi Kasut Lelaki di Bata

Koleksi kasut lelaki di Bata tidak kurang menariknya, mereka boleh memakai sandal jika hendak ke masjid menunaikan solat hari raya. Rekaan yang minimalis dan ringkas ini nampak selesa dari segi pemakaian. Harga bermula dari RM59 ke atas.

Koleksi Kasut Kanak-kanak di Bata

Kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira untuk menyambut hari raya pada tahun ini mana tidaknya dapat sesi kutip dan kumpul duit raya lah kan. Paling BEST nya Bata menawarkan koleksi karakter animasi popular seperti Avengers, Hello Kitty dan Frozen. Anak-anak I dah pilih yang mereka berkenan tau.


Boleh beli secara talian

Di Bata anda bukan sahaja boleh beli di cawangan yang berhampiran malahan anda boleh beli secara talian di whatsapp https://chatshop.mybata.com.my/ rujuk pada gambar tertera untuk pembeliaan.

Akhir kata JOMLAH Meriahkan RAYA tahun 2021 ni dengan Gaya yang menarik bersama Koleksi Kasut Dan Bag Raya dari Bata khas untuk dewasa Dan kanak-kanak.

Promosi bermula dari 14 April -16 Mei 2021 di seluruh cadangan Bata.

Dapatkan diskaun baucar RM25 setiap kali perbelanjaan atas RM125 dalam satu resit.

Jomlah kita sambut raya ini dengan meriah sempena cahaya raya bersama Fazura dan Fattah di Bata!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bata.com.my sekarang. Tertakluk kepada terma dan syarat.

19 ulasan :

  1. Balasan
    1. sikit je dulu. Insha Allah tahun ni bersederhana je yang heee

      Padam
  2. Alaaa kita raya ni langsung takde persiapan. Sedih betul la. Nak kena tengok la kat outlet Bata. Kot2 ada yang berkenan.

    BalasPadam
  3. Rawlins cadang weekend nie nak cari selipar raya sebab dah nampak macam berkenan je kat katalog atas tu. Fuh! Doakan ada stok dan ada saiz

    BalasPadam
  4. haa kasut dengan bag belum beli lagi ni, boleh la melaram raya ni dengan produk bata. bestnyaaa

    BalasPadam
  5. Wow........Fatzura endorse for Bata. That's awesome man! Yeah, Bata is a good brand for shoes and bags. I also support Bata.

    BalasPadam
  6. terima kasih share info ni.. memang dah merancang nak ke Bata hujung minggu ni.. dapatlah cuci mata dan atur bajet nak beli yang mana satu..

    BalasPadam
  7. design BATA skang ni pun lawa-lawa dah. Fazura + Fatah Amin lak tu jadi duta..

    BalasPadam
  8. Thanks so much for sharing about this, I love the Hello Kitty range & nice to know that can chat & order with WA, so easy convenient. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Wahh mudah nya boleh chat wasap then order je kasut atau beg pilihan kita ya.... best nyeeeeeee...

    BalasPadam
  10. wah not bad koleksi dari Bata..semuanya cantik dan menarik..harga pula sangat berpatutan

    BalasPadam
  11. Memang plan nak g BATA cari kasut suami, beg dan kasut anak-anak. Lawanya semua!

    BalasPadam
  12. Sis sampai sekarang masih juga beli dan pakai selipar Bata.. tahun lepas siap beli bagnya lagi.. kualiti dari dulu smapai sekarang still bagus..

    BalasPadam
  13. Teringat masa kecik2 dulu, arwah mummy mesti beli kiterorg kasut dekat bata. Sampai dah besar beli sendiri kasut yg serba guna bukan untuk raya je sekaligus beli yang boleh pakai pergi kerja dan lain-lain.

    BalasPadam
  14. Kalau Bata, memang seronok ke kedai. Bawa seisi keluarga. Weekend ni memang plan nak ke bata. Hehehe.

    BalasPadam
  15. Design bata sekarang dah cantik-cantik. Kalau anak tengok kasut frozen tu mesti dia auka

    BalasPadam
  16. Cantik betul design Bata skrg, prices pun really affordable, will bring my mama to check it out.

    BalasPadam
  17. semalam kan ke dua hari lepas yang fazura ada turun padang selepas viral isu tu hahaah bata ni tiap kali raya memang laku keras!

    BalasPadam
  18. Produk keluaran bata ni memang sangat bagus terutama kasut dia. Memang kalau raya ke kasut rosak ke first akan cari dekat kedai Bata dulu

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com