AMARAN SOS! MARRYBROWN MEMPERKENALKAN MENU S.O.S (SENSASI OHSEM SMOKEY) BBQ TERBAHARU MEREKA!


MARRYBROWN MEMPERKENALKAN MENU S.O.S (SENSASI OHSEM SMOKEY) BBQ

Makin lama makin Wow ya @marrybrownmy buat kita nak singgah hari hari dah kenapa.. menu makin lama makin panas makin ohsem ! Bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020. Marrybrown hadir dengan Sensasi Ohsem Smokey (SOS) dengan 3 pilihan kombo dari Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals :

🍔 SOS BBQ Burger
🍗 SOS BBQ Drumette
🍔 🍗S.O.S BBQ BOX

Setiap kombo dihidang dengan potato wedges dan onion ring yang ranggup !

Semua set hidangan kombo ni bermula dari harga RM16.90 dan cepat singgah @marrybrownmy berdekatan anda bermula dari 21 Ogos sehingga 5 Oktober 2020.


Set yang pasti menjanjikan kepuasan untuk yang suka makan jika berada di Marrybrown sebab banyak pilihan menu yang berada di restoran ni, I rekomen cuba dulu menu terbaru ni dari Marrybrown okey.


Adelia 'approved' terutamanya bahagian onion rings yang ranggup bila dikunyah begitu saja.. mak dan anak boleh kongsi tau set ni memang mengenyangkan..


SOS BBQ Burger

Burger roti arang/hitam ni semestinya I COP dulu sebab rasa yang lembut dan patty ayam yang ranggup dilimpahi dengan Sos smokey BBQ menjadikan burger ni lain daripada yang lain ! Seriously susah nak cakap lebih-lebih sebab kena sangat dengan I punya selera dan citarasa !


SOS BBQ Drumette

Ayam juga tak terkecuali disaluti dengan sos smokey BBQ menjadikan ayam Marrybrown sungguh enak dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau tengok drumette macam ala-ala Korean style masak ayam kan.. nyum nyum nyum..


Onion Rings

Onion Rings pasti akan menjadi pilihan kanak-kanak.. termasuklah mak orang macam I..


Setiap set akan dapat Potato wedges, onion rings dan juga air coca-cola sebagai pelengkap menu dan rasa. So apa lagi Jom lah terjah lagi Marrybrown berdekatan anda sekarang juga.


Berita gembira untuk rakyat Malaysia! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown bermisi untuk memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia dengan hidangan enak Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020! Tawaran terbaharu Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk!

Rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza. Menu baharu ini disediakan dengan pilihan S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal dimana kedua-dua pilihan ini dihidangkan besama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup. Untuk peminat yang inginkan pengalaman keseluruhan, kombo ketiga adalah pilihan terbaik! S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, dan Potato Wedges.

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”

Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.

“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com