MELANO CC VITAMIN C BRIGHTENING GEL UNTUK KULIT TERHIDRAT, CERAH SEMPURNA


Dah Cuba ke belum ?

Melano CC - brightening gel ?

Penjagaan kulit wajah paling popular di Jepun yang mempunyai kandungan Vitamin C dari Rohto Mentholatum.

Pelembab yang diformulasi dengan Vitamin C, ekstrak Buah Dan teknologi penyerapan paling dalam untuk mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit, melawan bintik hitam, memudarkan parut jerawat, mengecilkan liang pori sambil menghidrat Serta kulit wajah nampak awet muda gitu.

Gel yang beraroma seperti ekstrak buah oren ini menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Boleh jadikan gel pencerah wajah Melano CC ni sebagai rutin harian sama ada duduk dirumah atau sebelum menggunakan solekan. Trust me solekan nampak gorgeous tak capuk gitu ala-ala (skinprep)

Melano CC, jenama penjagaan kulit Vitamin C popular dari Jepun oleh Rohto Mentholaum, memang terkenal dengan Esen Pencerah Vit.C nya yang kekal sebagai Essence pemutih No.1 di Jepun selama 4 tahun berturut-turut. Kini Melano CC memperkenalkan Vitamin C Brightening Gel (pelembap) baharu - pelembap yang diformulasikan dengan Vitamin C, Ekstrak Buah-buahan dan Teknologi Penembusan Mendalam untuk mencerahkan kulit yang kusam, menyekatakan tona kulit, memerangi bintik-bintik hitam, memudarkan bekas jerawat serta menghaluskan liang-liang pori dan menjadikan kulit kekal lembap dan cerah sempurna! Dengan Vitamin C Brightening Gel baharu ini, ia melengkapkan rangkaian penjagaan kulit Melano CC.

Melano CC Vitamin C Brightening Gel baharu ini dirumuskan dengan Vitamin C dan E derivatif bagi melawan bintik-bintik hitam, mengurangkan kemerahan dan menenangkan kulit untuk kulit berseri dan sihat dari dalam ke luar. Selain itu, dengan Teknologi Penembusan Mendalam ia berupaya membolehkan nutrisi dari product ini meresap dengan cepat & jauh kedalam kulit anda tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak. 

Ekstrak penting lain yang terkandung dalam pelembap ini adalah seperti berikut:
  • Ekstrak Biji Alpinia – Ekstrak dari halia yang membantu mencerahkan dan memberikan tona yang lebih sekata.
  • Ekstrak Buah Cornus Officinalis (Empulur Jepun) – Menghidrat kulit secara mendalam dan menenangkan kulit
  • Ekstrak Lemon – Membantu menghidratkan kulit untuk kulit yang nyata lembut, licin serta mulus.
  • Sitrus – Memberikan aroma segar kepada pelembap.
Inginkan rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu menghindari kulit daripada kekusaman, menyekatakan tona kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat? Rangkaian penjagaan kulut Melano CC yang terdiri daripada Pencuci Muka, Losyen, Essence dan Brightening Gel terbaharu ini adalah ideal. Langkah-langkah berikut boleh diterapkan dalam rejimen penjagaan kulit harian anda untuk mencapai hasil yang diingini.

Langkah 1: Bersihkan muka dengan Pencuci Muka Enzyme Melano CC
Pencuci Muka Enzyme Melano CC adalah pembersih mousse ultra halus yang
menggabungkan Vitamin C, E, ekstrak lemon dan ekstrak grapefruit untuk membersihkan
liang-liang pori secara mendalam, menyingkirkan blackhead dan sel-sel kulit mati untuk
memulihkan keserian kulit.

Langkah 2: Hidratkan Kulit dan Cerahkan Wajah dengan Losyen Pencerah Vit.C Melano CC
Losyen dengan aroma sitrus yang segar ini diformulasikan dengan Vitamin C membantu
menghidratkan dan mencerahkan kulit agar ia menjadi lebih berseri, sekata dan sihat. Guna
losyen selepas mencuci muka, ia membantu menyediakan kulit untuk penyerapan nutrisi
dari product penjagaan kulit yang seterusnya dengan lebih baik dan berkesan.

Langkah 3: Sertakan Esen Pencerah Vit.C Melano CC sebagai rawatan kulit tambahan
Produk wira, Esen Melano CC diformulasikan dengan formula vitamin berganda, iaitu
Vitamin C Tulen dan Vitamin E untuk mencerahkan kulit, menyekatakan tona kulit, melawan
bintik-bintik hitam/ bekas jerawat dan menghaluskan penampilan pori-pori untuk
memberikan kulit lebih cerah, berseri dan sihat. Urut esen secara perlahan-lahan ke
bahagian kulit yang bermasalah dan kemudian sapu pada seluruh wajah.
Langkah 4: Lengkapkan Rejimen Penjagaan Kulit dengan Melano CC Vit.C
Brightening Gel terbaharu Selepas esen, sapukan Melano CC Brightening Gel pada seluruh wajah dan leher. Urut perlahan-lahan untuk membolehkan penyerapan penuh ke dalam kulit. Dengan pelbagai manfaat kulit yang terkandung dalam gel ini, setiap individu pasti boleh memiliki kulit yang
lebih lembab, cantik, sekata dah cerah sempurna!


Melano CC Vit. C Brigtening Gel 100g dan rangkaian produk-produknya boleh didapati di
Watsons secara eksklusif bermula Jun 2020 dengan harga RM70.00 setiap satu.

Tentang Syarikat Mentholatum

Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah
tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York,
Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand,
Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun.

Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150
buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto
Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran
farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata,
kelegaan perut dan topikal. Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang
daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah
bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh
negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika
Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum
dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.

Jenama di bawah Mentholatum: LipIce, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto C Cube, Deep
Heating Rub.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com