KFC Zinger Cheezilla & Zinger Stacker Are Superb!


Hello guys ! Macam mana RMO/PKP kali ni? Mesti letihkan bila PM kita dah umumkan kena panjangkan tempoh Perintah kawalan pergerakan ni sehingga 14 April 2020 ? Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa memang dah mati kutu nak masak apa hari-hari sampai selesai tempoh ni kan ?

Haa tu la I nak rekomen you all cuba sendiri KFC Zinger Cheezilla dan Zinger Stacker - kemaskini 2 perasa pilihan : Mozarella Cheese dan Jalapeno Cheese.. sebenarnya sebelum tempoh PKP ni pun I memang dah makan pun KFC Zinger ni.. haih memang sedaplah dan puas hati.. sebab saiz BUN yang besar - lembut, ayam yang empuk dan enak ni buat I kenyang sehari lah.. nak pula keju yang melimpah ruah.. siap ada keju tambahan lagi kan..


Kali ni I ambil jalapeno cheese... rasa keju dia cheezy spicy camtu.. setiap layer dilimpahi dengan keju.. layer atas atas dengan sayur kobis.. layer bawah pula sayur kobis dan kepingan keju cheddar.. huhuh.. memang 'tantalizing my buds' tau.. Patty ayam tanpa tulang yang bersaiz besar dah digoreng ranggup ni makin lama makin sedap kruk krap kruk krap setiap gigitan..


Kalau you all semua nak tahu, KFC Malaysia dah perkenalkan Zinger Cheezilla pada Mac 2018 tapi tahun 2020 ianya kembali lagi, rupanya memang ramai yang suka menu burger dari KFC ni kan ?


Zinger digandakan, kebahagiaan berganda-ganda, ehhhh macam tu pulak... sekarang ni rakyat Malaysia dapat menikmati KFC Zinger Stacker bermula dari 11 Februari 2020 dan seterusnya... Zinger Stacker secara asasnya mempunyai dua keping patty dan diapit oleh 2 keping roti yang lembut... Memang mulut kena nganga besarlah untuk digigit... hilang KEMPUNAN bila dapat makan KFC Zinger Stacker ni! Jangan lupa tau bagi I komen dibawah apa pendapat you all mengenai rasa KFC Zinger Cheezilla dan Zinger Stacker kali ni?

Oh ya sebelum I lupa memandangkan sekarang tengah PKP... memang susah betul nak keluar dari rumah kan.. jadi nak tak nak I suruh husband belikan, tapi time dia rasa nak keluarlah dia pun macam malas nak keluar sebab 'roadblock' punya pasal..sekarang hangpa ingat husband I tak rajin ke 'order delivery?'....

Jangan risau FoodPanda kan ada.. cepat order hilangkan kempunan anda..

See you guys again in my next entri...

13 comments :

  1. Yang ini juga Sis belum try lagi..asal pergi je dah sampai, lain perginya yang di order hahahaha nak kena try gak ni..

    ReplyDelete
  2. sis, adui memalam ni juga kalau boleh nak foodpanda. haha.tak boleh tengok makanan! cepat lapar. haha.

    ReplyDelete
  3. Alahai, baca tentang KFC memalam ini jadi lapar dibuatnya. Tak pasal-pasal terorder KFC pulak nanti.😄

    ReplyDelete
  4. Kak g KFC tidak lain haris makan KFC chicken original... tak cari Inger ke apa ke huhu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..bikin lapar nie...bole order guna foodpanda atsu grabfood, xpayah keluar2

    ReplyDelete
  6. Wuuu kita belum sempat nak beli KFC. Dah mengidam sangat ni tau. Huwaaaaa. Ayam goreng, burger dia. Sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Setakat ini Rawlins masih belum try lagi burger KFC sebab masih gigih memasak. Maybe pasnie nak try delivery gak sebab bosan memasak kan

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. tapi x try lagi. Ingat nak cuba juga..jemu makan masakan sendiri

    ReplyDelete
  9. Wah..mnu baru kfc ke??nak try la nnt..tggu abh covid 19 baru nk p cari..harap2 ade lg la..kdg cpt je kjc nie tukar mnu baru..umh kita foodpanda pn xmasukk..😅

    ReplyDelete
  10. memang sedap kfc yang ni. tapi sayang dekat area ruma tak ada foodpanda. tak boleh nak order melainkan pergi sendiri ke kfc ;)

    ReplyDelete
  11. mesti sedap ni. nanti bolehlah order dengan food panda kan

    ReplyDelete
  12. dah lama rasanya tak makan KFC. nak keluar rumah pon terbatas sekarang. delivery pulak xde kat kg ni.

    ReplyDelete
  13. I sebenarnya peminat kfc jugak, tp kebiasaannya burger ni i jarang2 sikit, i suka ayam goreng .. Tapi bila tengok review i ni buatkan i rasa nak try burger ni.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com