Tips dan penjagaan rambut yang kerap gugur


Masalah keguguran rambut bukan lagi 'RARE' untuk masa kini sebab yang muda-muda pun boleh alami masalah ni sebab banyak faktor yang terpaksa kita hadapi kalau tengok gaya hidup kita sendiri.. pemakanan tak terjaga, cuaca yang tidak menentu, tidur yang tak mencukupi dan macam-macam lagi la..

Macam I rambut gugur semakin kerap selepas I lahirkan anak... rupanya I punya hormon estrogen semakin berkurangan bila usia semakin meningkat.. hormon estrogen I tinggi waktu I pregnant.. kalau time waktu pregnant tu la rambut rasa lebat betul dan berkilat seronok je tengok tau feeling like Rapunzel..

but now I sebenarnya nak kongsikan beberapa tips sebagai seorang yang alami masalah keguguran rambut.. and I juga semakin rajin pergi mana-mana jumpa orang yang pakar mengenai pengurusan rambut dan kulit kepala.. dari situ dapatlah I kongsikan tips untuk you all...


Beberapa Tips I dapat masa buat rawatan rambut & kulit kepala :

✅ Jaga Pemakanan - kurangkan pengambilan makanan berminyak Dan pedas. Fast food pun sama seeloknya elakkan walaupun sedap enak hingga menjilat jari.. 😭
✅ Banyakkan minum air yang bersih
✅ Kulit Kepala gatal yang kronik sebab kelemumur dan sebum berlebihan digalakkan cuci rambut satu hari satu kali.. kalau mild 3-4 x seminggu.. ikut simptom masing-masing ( boleh buat scalp analysis )
✅ Gunakan tonik yang bersesuaian untuk kulit rambut
✅ Lakukan rawatan rambut di pusat rawatan yang bertauliah mengikut keperluaan.
✅ Bagi yang kekurangan nutrisi boleh amalkan makanan tambahan seperti zinc Dan magnesium.


🧡 Buat rawatan rambut di Ha'labo.


🧡 Buat rawatan rambut di Organico Haircare.




🧡 Zinc Calcium Shaklee ( out of stock ) nak pre-order let me know. 😬


14 comments :

  1. Wahh bagusnya. Kos utk jaga rambut setakat wang ringgit. Komitmen pun penting kan. Suka tengok rambut Firaaa. Cantik, panjang dan lebat.

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus, walaupun bertudung tapi penjagaan rambut kita kena amik kesah, sebab ada Suamikan, kang bebel aje nampak rambut kat lantai..nanti boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  3. Selain itu kena guna syampu yang sesuai untuk masalah rambut gugur... cari jenama yg sesuai dan bila dah jumpa jgn tukar jenama.

    ReplyDelete
  4. melayu kan suka sangat makan pedas, saya lah tu haha. kena kurangkan makan pedas lepas ni untuk rambut lebih sihat.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips. Boleh amalkan nanti, rambut ni pun gugur je kerja dia.

    ReplyDelete
  6. Penjagaan rambut dan kesihatan kulit kepala sangat penting - untuk lelaki dan perempuan juga. Baik - nanti nak amalkan your tips gak la

    ReplyDelete
  7. wa. thank u share info. kita memang ada masalah rambut gugur. setiap hari gugur ;(

    ReplyDelete
  8. Amboi patutlah rambut panjang dan lurus hehehee ini rahsia dia rupanya hehehe kita yang tak berapa nak ada rambut ni macam mana lak hehehehe boleh guna tak hehehehe...

    ReplyDelete
  9. wahhh pandainya jaga rambut..patut lah panjang and cantik :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah saya pun amalkan zinc ni untuk rambut dan kesihatan

    ReplyDelete
  11. Bagus la tips ni sebab rambut i dah start gugur sekarang. Boleh la ikut tips yang u share ni

    ReplyDelete
  12. Oh... consume zinc boleh bantu kurangkan rambut gugur ye... I nak try jugak lah, rambut gugur I mmg kritikal juga ni tak tahan!

    ReplyDelete
  13. thank you share tips rawatan kulit kepala ni really helpful!

    ReplyDelete
  14. patutlah rambut akak cantik terletak je, ini rahsianyaa. zul teringin nak simpan rambut panjang tapi selalu gugur dan kembang ke atas. tak cantik macam akak

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com