Duduk Rumah, Shopee Hantar Beli-belah dengan selamat dari rumah dengan tawaran RM0.44 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8


Duduk Rumah, Shopee Hantar

Beli-belah dengan selamat dari rumah dengan tawaran RM0.44 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2020 - Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April.

Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang.

Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.

Bagi mereka yang memerlukan suntikan semangat, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.

Tandakan kalendar anda untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.



Anda tidak mahu ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah https://shopee.com.my/44

2 comments :

  1. This looks super fun, I wish we had something like this in our country.

    You are doing more than your part in these trying times! Hope you guys do not have any trouble from the covid-19!

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete
  2. Today we can shop without much thinking as shoppe has free shipping and great discount. I also know a renovation contractor that gives good prices. Click here for more info!

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com