Sesi WorkOut di Epique+ Fitness, Zouk Resorts World Genting


Trip kali ni tak tahu pula ada sesi workout tapi last minute ada dalam list, apa lagi I join  juga sebab bukan selalu dapat work out dalam Zouk macam ni..

Zouk Genting berkoloborasi bersama Epique+ Fitness dimana sesi kali ni menggunakan pergerakan mengikut muzik gitu.. Dapat alami pengalaman kecergasan yang unik bersama soundtrack mendebarkan dengan lagu-lagu EDM pun dah cukup Best sebab  ianya sangat sempurna untuk pengempaman jantung yang lebih lancar dan pengaliran darah yang baik tau.. lemak pun menggulupur bila badan mula bergerak aktif.


Warm up dulu lepas tu ada beberapa senaman kena buat.. pergh boleh tahan juga berpeluh habis guys buat sesi work out macam ni walaupun berada di Resorts World Genting yang sejuk-sejuk tu..

HIIT In The Highlands bersama 2 juru latih yang berpengalaman iaitu : Alando Atkinson dan Jean Liew the master trainers suruh kitaorang yang chubby-chubby belaka join the exercises selama 45 minit macam tu untuk membina kekuatan otot dan meningkatkan daya tahan  dalam latihan badan intensiti dalaman.


Apa pun TAHNIAH pada bloggers yang sanggup sertai sesi workout kali ni.. bukan sekalu dapat tau bersenam sambil menari dengan lagu-lagu rentak beat off ni...nak pula jurulatih pun sedap mata memandang memang bersemangat habis lah nak buat sesi senaman macam ni hahaha..

The torture session ahahaha...

Sizzling Suzai tetap teruskan walaupun dan terasa penatnya...
Aktiviti di Zouk macam ni you all boleh lawat www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut tau.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com