Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting



Tuan-tuan & Puan-puan



1. Selamat malam semua! Selamat datang ke Resorts World Genting! Saya harap anda semua sudah bersedia untuk sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan, kerana pada malam ini, sesuatu yang menyeramkan sedang menuju ke sini.

2. Tetapi, sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil dari Kedutaan Korea kerana sudi hadir ke majlis pada malam ini. Ia amat bermakna buat kami kerana majlis pada hari ini berkait rapat dengan negara itu. Saya juga ingin sampaikan ucapan terima kasih kepada Jed Mok, Ketua Pengawai Eksekutif VividThree untuk maklum balas beliau dan masa yang diberikan kepada kami untuk merealisasikan pertunjukan ini.

Dari kiri ke kanan : Katherine Chew (Vice President of Resort Communications and PublicRelations of Resorts World Genting), McKin Lee B. Jin (Honorary Chairman of Malaysia Korea Chamber ofCommerce), Jzune Wong (Business Development Manager of AirAsia)  Roger Ong (Assistant VicePresident of Entertainment Events of Resorts World Genting)

3. Anda dengar tidak? Bunyi kereta api sedang menuju ke sini. Itu adalah Train To Busan, dan ia akan membawa anda semua untuk satu pengalaman luar biasa dalam Rumah Seram Train To Busan. Kami amat gembira dengan pelancaran ini kerana ia merupakan satu pengalaman unik yang dihasil daripada filem Korea terhebat di sini di Resorts World Genting, bertepatan dengan sambutan Halloween. Zombie-zombie dalam perjalanan ke sini dan terpulang kepada anda untuk mengelak, lari dan meloloskan diri daripada mereka. Sambil itu, kami juga berharap semua akan menikmatinya.

I masih tak tahu apa motif cermin ni, tapi I risau gak kalau zombie keluar mengejut dalam ni.. dah la kitaorang tersesat dalam cermin ni.. kalau nampak zombie mesti ramai-ramai ketakutan nak larikan diri... GOOD JOB yang part ni..
4. Tuan-tuan dan puan-puan, kami begitu teliti dalam mencipta dan mereplikasi kembali filem blokbuster dan ia merupakan sesuatu yang unik di Resorts World Genting. Menerusi teknologi terkini dan konsep hiper realiti, dan disokong kekuatan filem yang digemari ramai, kami telah mencipta sesuatu yang cukup istimewa.

5. kami, anda dapat merasai kembali adegan-adegan daripada filem itu secara dekat, jiwai watak-watak watak-watak protagonis dan tanya diri sendiri ‘apa yang saya akan lakukan sekiranya dikejar zombie? Dan rasai sendiri perasaan takut, tegang dan harapan sama seperti dalam filem ketika anda berjuang untuk menyelamatkan diri. Kami berharap anda mampu melepaskan diri, kerana jika berjaya, kami akan pastikan anda menerima ganjaran untuk menikmati hidangan asli dan kebudayaan



Korea di bazar Streets of Seoul.
6. Rumah Seram Train To Busan kami merupakan contoh paling sempurna bagi menggambarkan dua dunia berbeza antara perfileman dan hiburan boleh bergabung untuk menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. Ia sememangnya menjadi misi kami di Resorts World Genting dan kami tidak akan berhenti disini sahaja. Kami akan terus berinovasi dan dan secara konsisten memperkenalkan pengalaman baharu dan unik yang tidak akan ada di tempat lain kecuali di sini sahaja, iaitu di Genting. Ia merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan tawaran kami kepada pengunjung tempatan, serantau dan global – dimana setiap seorang dapat merasai sendiri perjalanan yang berbeza-beza.

7. Jangan lupa dapatkan tiket anda, cari platform dan masuk. Naik kereta api dan biarkan kami bawa anda untuk merasai satu perjalanan. Stesen kereta Api Train To Busan kini dibuka, dan pengembaraan menakutkan anda akan bermula. Pastikan anda mengelak zombie, kalau tidak anda mungkin jadi seperti mereka.

Bahagian LUAR pun dah seram tau...
Train To Busan ni memang I nanti-nantikan nak pergi, Yay sekarang dah berada di sini.. Based on movie Train To Busan tu sebab wujudnya rumah seram ni.. siapa yang layan cerita ni mesti nangis tengok kan bab pengorbanan seorang bapa yang sanggup hantar anak ke Busan supaya terselamat dari jadi Zombie...

Diadaptasi daripada sebuah filem blokbuster seram Korea Selatan pada tahun 2016, Train To Busan, Resorts World Genting bakal mempersembahkan perjalanan kereta api seramnya sendiri selama dua bulan yang bakal menawarkan pengalaman menakutkan sambil berseronok buat peminat filem berkenaan dan kaki-kaki filem seram. Dengan kutipan kasar pecah panggung melebihi US$93 juta, Train To Busan merupakan filem Korea paling berjaya. Di Malaysia, ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi. Baik penonton tempatan mahupun luar negara, semua orang tahu bahawa ia menceritakan kisah seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie – ia telah digambarkan sebagai ‘satu pengalaman unik dan amat menghiburkan menerusi cubaan genre seram zombie’ dengan ‘pelbagai komen sosial…dan aksi lakonan hebat.’
Kalau ada sesiapa yang nak alami sendiri berada dalam train dengan Zombie bolehlah naik Resorts World Genting..

Ada 4 kawasan dalam Train To Busan ni antaranya ialah Haunted ROOM - Train 1 Train 2, VR reality tembak zombie dan survivor camp.. kawasan ni tempat masuk ni ala-ala KTM gitu siap ada tempat nak touch n go lagi.. heee.. memang terasa seperti dalam train station la..

VR reality tembak ZOMBIES..
Terdapat dua bahagian pengalaman tambahan Train To Busan yang disediakan. Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh mengangkat senjata untuk berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan Realiti Maya dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie – sama seperti penamat dalam filem – atau kejar masa untuk mencipta vaksin melawan virus. Jika semua ini kedengaran seolah-olah memenatkan dan meletihkan, jangan risau ada ganjaran untuk semua orang: buat mereka yang berjaya menyelamatkan diri daripada Train To Busan, Seoul Retail Street yang terkenal dengan hidangan terbaik Korea dan budaya K-pop adalah hadiah anda.

Area Survivor Camp..
Penggembaraan ini akan mengandungi beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem – di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan – bahagian pertama Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu.

Bahagian hanuted room train Lost In Daejeon
Kesemua gabungan itu menjadikan Train To Busan satu kejayaan dalam dunia sinematik. Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree, Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya untuk bawa para tetamu ke dalam dunia penuh dengan cabaran dan aksi menakutkan yang begitu dekat.

Zombie Camp
Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. Bahagian kedua Rumah Seram pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak

Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba.

Kalau kat sini wajib tangkap gambar dengan props Train to Busan ni ye.. terselit zombie seekor kat situ...
Rumah Seram Train To Busan akan bertolak di Taman Tema Tertutup Skytropolis bermula 31 Oktober 2019. Ia akan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Tiket-tiket dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com