Nak Ubah Hidup 2019 #NUH2019 bersama Dr Azizan Osman


Baru-baru ni I berpeluang untuk menyertai Program Nak Ubah Hidup 2019 (NUH2019) bersama Dr Azizan Osman di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pada 30 Ogos yang lalu.. Memang sangat teruja nak pergi sebab bukan senang nak ada peluang macam ni, tapi malam tu tiba-tiba demam panas.. mula-mula nak batalkan hasrat tapi bila fikir bukan senang nak dapat peluang macam ni GIGIH ku gerakkan langkah... setiap langkah ke situ tercunggap-cunggap tapi tetap teruskan... Alhamdulillah sampai juga ke destinasi...

Pagi-pagi lagi pukul 7 pagi I sampai... WOW sahaja melihat kelibat peserta yang hadir, ada yang datang secara solo mahupun berkumpulan... masing-masing muka bersilauan.. biasalah muka mereka yang menuntut ilmu memang sentiasa akan berseri..

Bersama Puan Rohana - Hedy's Team
Masuk sahaja ke dewan mencari tempat duduk, bestnya dapat ke hadapan sekali... masuk je memang terasa aura semangat dari peserta yang hadir... tempiasnya sampai ke diri ni.. dari demam tiba-tiba berkurangan sekejap... sambil mencari seat.. sambil tu ambil kesempatan untuk berkenalan dengan para peserta yang menyertai #NUH2019 kali ni. Mula-mula segan nak tegur... sekali tegur... sampai berpuluh-puluh minit berbual...

Paling best.. pesertanya juga 'business woman' yang berjaya.. atau memang hebat belaka bila buat sales.. aih memang makin rancak lah berbual..

Bila I tanya kenapa nak sertai #NakUbahHidup2019 ni.. rata-rata nak ubah diri agar jadi lebih positif, lebih cemerlang, nak kembangkan lagi empayar perniagaan mereka..

Bila I dengar macam tu, dari situ minda I pun mula nak mengikuti jejak langkah mereka.. I pun rasa teruja nak keluar dari zon selesa I... I nak juga merasai cabaran dan getir agar lebih terbiasa untuk majukan diri..

Belum lagi Dr Azizan Osman naik pentas...
tapi peserta dah bersorak memberi semangat pada peserta lain yang hadir...


Nak Ubah Hidup Sekarang ? Atau Tidak ? Itu semuanya terpulang pada diri masing-masing.. Jika inginkan sesuatu perubahan, penghijrahan adalah perlu untuk mantapkan diri sendiri.. apa yang saya tahu dalam media sosial banyak persepsi negatif masyarakat dengan Dr Azizan Osman tapi bila I pergi sendiri jauh beza daripada apa yang diperkatakan memang terjebak nak menuntut ilmu..



Bersama Hanez Suraya dan Muhammad Afiq Muiz di belakang*
Bukan sahaja peserta yang ada malahan selebriti pun ada... selebriti pun sanggup hadir untuk menuntut ilmu luaskan empayar dan ubah diri, kita pula yang biasa-biasa ni kan bila lagi :( ?

Apa pun, Program Nak Ubah Hidup 2019 kali ini telah berjaya di hadiri oleh 12,000 Peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura ! Bertuahnya masing-masing yang telah mendapat ilmu yang mahal ni. Bagi yang dah terlepas jangan risau sebab masih ada lagi program seperti ini akan dilakukan pada masa akan datang. I berharap sangat agar dapat peluang untuk hadir.


"Program Nak Ubah Hidup 2019 Bantu Usahawan Tingkatkan Potensi Diri"

Program Nak Ubah Hidup 2019 bersama Dr Azizan Osman ini bertujuan untuk membantu usahawan atau 'bakal usahawan' untuk tingkatkan tahap potensi diri adalah objektif pengajuran Program Nak Ubah Hidup ini termasuklah meningkatkan tahap kehidupan serta tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Namun agak sedikit malang apabila ramai yang bermula dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul kerana perniagaan adalah satu sumber yang dapat memperolehi pendapatan dan perlu dilandasan yang betul.
Akibat tidak mendapat ilmu yang betul, ramai usahawan terpaksa gulung tikar, alami kerugian dan menanggung beban muflis kerana perniagaan tidak berjalan lancar seperti diingini, ada yang kecundang dalam tempoh 3 tahun perniagaan yang pertama.

Disebabkan wujudnya 'error' sebegini, Dr Azizan Osman iaitu pengasas RichWorks International menyedari usahawan-usahawan ini harus dibantu memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar untuk membangunkan perniagaan dan pernah gagal dalam perniagaan beliau... perniagaan pertama beliau ialah menjual sabun dan kelapa... GAGAL tidak bererti selamanya... disebabkan itulah beliau berhasrat untuk membantu lebih ramai usahawan agar tidak gentar dengan perkataan GAGAL ini..


Kegagalan Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Berita kegagalan adalah salah satu cerita sedih... Dr Azizan Osman pernah gagal dalam bisnes beliau sehingga terpaksa menanggung beban hutang ratusan ribu, paling sedih apabila beliau terpaksa menggadaikan rumah ibunya untuk melunaskan hutang beliau.. dari situlah beliau berusaha untuk mengubah diri dan berjanji jika berjaya dalam perusahaan beliau.. beliau ingin membantu anak bangsa menjadi usahawan yang berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun perniagaan yang beliau dapat menerusi mentornya dari luar negara.

Betullah apabila kita susah bukan senang orang lain datang untuk membantu..  disebabkan itulah Dr Azizan Osman tekad untuk membantu mereka dalam bisnes serta berkongsi ilmu kejayaanya kerana tidak mahukan usahawan anak bangsa menanggung kegagalan dan beban hutang yang pernah di alami beliau.


Ramai Peserta telah menjadi Usahawan Yang Berjaya

12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak dilancarkan 4 bulan yang lalu telah mengatasi program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang sebelum ini.

TO be honest, I sangat terkejut rakan I yang jual teh herba cina untuk kuruskan badan turut hadir pada program #NUH2019 ini.. rakan I siap mengatakan bila dah pergi program ni dia rasa sangat Happy dapat menuntu ilmu... jangan percaya kata-kata nista mereka yang tidak hadir tapi mengeluarkan kata-kata yang tak sedap.. bila dah pergi baru tahu ilmu yang disampaikan..

Bagi yang mengenali jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Assadok adalah antara bisnes yang telah berjaya membuat jualan mencecah jutaan ringgit dalam tempoh setahun dimana mereka telah menjadikan Dr Azizan Osman dari RichWorks sebagai sumber utama dalam meletakkan kepercayaan yang tinggi sehingga menjadi jenama tempatan yang berjaya.


Hari Kemerdekaan Disambut dengan Meriah

#NUH2019 diadakan pada 3 hari berturut-turut antara salah satu harinya telah jatuh pada 31 Ogos 2019 iaitu Hari Kemerdekaan di mana kesemua peseta telah bersama-sama berdiri menyanyikan lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan. Peserta juga turut mengira detik ambang kemerdekaan dengan penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam.


Awal Muharram tanamkan Azam Yang Baru Nak Ubah Diri

Sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah juga jatuh pada tarikh Program #NUH2019, sekali gus menjadikan program ini sebagai program Ubah Diri yang sangat bermakna untuk peserta yang hadir menuntut ilmu untuk mengubah diri masing-masing dari yang baik bertambah lebih baik... Seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan yang baik untuk tahun baru ini...


Disebabkan tarikh yang bersejarah, Program Nak Ubah Hidup ini sangat bertepatan dengan merdeka dan hijrah. Tujuannya tak lain tak bukan ialah merdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi serta berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.


Saya pula sangat bersyukur dapat mengikuti Program #NUH2019 dan dapat berkenalan dengan usahawan-usahawan yang masih baru dan telah berjaya. dari situ barulah terasa diri ini patut berubah dan ceburi dunia keusahawanan berlandaskan ilmu yang betul. Program Nak Ubah Hidup ini turut mendapat sokongan oleh selebriti yang kian menjinakkan diri dalam perniagaan antaranya seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. Bukan hanya selebriti Kakitangan Utusan Malaysia dan Media juga turut dijemput hadir supaya setiap individu mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain juga.


Disebabkan Program Nak Ubah Hidup 2019 ni, saya rasa bersyukur kerana menerima ilmu yang telah memberikan impak dan kesan bukan hanya pada semua peserta malahan diri saya sendiri.

Belum habis lagi kehangatan di Program Nak Ubah Hidup 2019 sudah ramai yang bertanya ‘bila next Program?’ Jadilah YANG PERTAMA berpeluang mendapat tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020, masukkan maklumat anda dengan melayari www.nakubahhidup2020.com sekarang!




1 comment :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com