Bengkel Sihat & Sejahtera bersama The Butterfly Project di Spa & Gym, KL Hilton


Bengkel Sihat & Sejahtera bersama The Butterfly Project di Spa & Gym, KL Hilton

Menjadi seorang ibu kepada 2 orang, I perasan I memang tak banyak masa untuk memberi fokus pada penjagaan diri sendiri. Kadang-kadang memang terabai.. tak sempat nak cuci rambut, tak sempat nak rawat kulit wajah malahan tak sempat nak jaga berat badan. Disebabkan tu muka nampak selebet, badan nampak flabby dan paling tak best orang 'started judging based on appearance.

Tapi, I rasa sangat bertuah sebab I diberi masa untuk mengikuti Bengkel ( Butterfly Health & Wellness at Spa & Gym, Hilton Kuala Lumpur ). Bengkel mengambil masa sekitar 4 jam sedikit sebanyak memberi ilmu untuk I pelajari cara-cara untuk penjagaan diri sendiri.

Sebenarnya I rasa seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa lebih-lebih lagi tinggal berjauhan pun turut hadir.. disamping tu dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan baru juga..

Jangan lupa tengok VLOG I sepanjang Bengkel ya...


Bengkel Sihat & Sejahtera bersama The Butterfly Project di Spa & Gym, KL Hilton merangkumi 3 sesi :
  1. Sesi Kecantikan buat topeng 'vegan' oleh Bavani Gopala Krishnan dari Naturally Handmade
  2. Sesi Adun minyak aroma terapi oleh Dashindra Siva Plant Origins
  3. Sesi Penjagaan diri oleh Minnie Chang dari Minc.Care

Sesi Kecantikan buat topeng 'vegan' oleh Bavani Gopala Krishnan dari Naturally Handmade

Sesi ni I suka sangat sebab I berpeluang untuk mempelajari cara-cara nak buat topeng wajah sendiri menggunakan tanah liat dan beberapa serbuk 'super-food' untuk kulit wajah tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya, tidak berasaskan haiwan dan sesuai untuk vegetarian.

Kulit wajah I secara asasnya adalah kering dan berminyak serta sensitif malahan mudah naik jerawat. Jadi pemilihan tanah liat dan serbuk 'super-food' yang sesuai adalah amat penting. Pemilihan yang salah boleh mengakibatkan kulit lebih sensitif dan iritasi.


Terdapat 5 jenis 'clay-mask' yang kami pelajari ketika dalam sesi 'DIY Clay-Mask' ni, antaranya ialah 'green clay, red clay, pink clay, bentonite' dan 'rhassaoul clay.'

Setiap tanah liat ni mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Selalunya yang I selalu guna ialah 'bentonite.' Tapi kali ni I teringin nak mencuba tanah liat lain dari yang lain. I pilih 'red clay' sebab utama ialah I tertarik dengan warna merah yang membara.

Tanah liat berwarna merah ni telah popular digunakan masa kini untuk memberi khasiat pada kulit. Selain dapat melicinkan kulit ianya juga bertindak untuk mengurangkan jerawat sangat sesuai untuk menyingkirkan bintik hitam yang degil. Terdapat beberapa kajian klinikal mengatakan tanah liat ini efektif untuk meningkatkan keanjalan kulit kerana ianya kaya dengan silika dan magnesium.


Serbuk 'Super-Food' juga adalah bahan tambahan yang menjadikan topeng wajah tanah liat ini lebih efektif dan berkhasiat. Kali ni terdapat 7 jenis 'super-food' yang dapat kami kenali bau, tekstur dan warnanya. Antaranya ialah mango, lavender, mint, aloe vera, pomegranate, tangerine dan calendula.

Kalini I pilih 'lavender' dan 'pomegranate.' Bagi I 'lavender' mempunyai aroma haruman yang boleh beri ketenangan untuk minda dan kulit. Ianya sangat bagus untuk merawat iritasi dan kemerahan pada kulit. Buah delima pula sejenis buah-buahan yang mempunyai 1001 khasiat. Ianya dapat membantu untuk memperbaiki sel kulit yang rosak akibat kesan radikal bebas.Delima juga merawat kulit kering, kuring berminyak dan mempunyai anti penuaan dengan antioksida yang tinggi. Huu rasanya All-In-One kali ni topeng wajah I hasilkan guna tanah liat dan serbuk 'super food.'


Campuran mengikut sukat. Tanah liat merah 1 sudu besar manakala yang 'superfood' setiap satunya 1 sudu kecil dicampur dalam serbuk asas yang disediakan. Lepas tu campurkan semua dan kacau sehingga sebati. Cara nak pakai ialah guna amaun yang kecil dan campurkan sedikit air. Lepas tu biarkan pada wajah selama 20 minit dan bilas. Pakai 2 x seminggu. Diikuti dengan rutin penjagaan kulit yang lain.


Terima kasih pada Bavani Gopala Krishnan dari Naturally Handmade sebab sudi berkongsi ilmu 'DIY Clay Mask.' Nak tahu lebih lanjut mengenai sesi bengkel yang akan diadakan pada masa akan datang.  Boleh layari : www.naturallyhm.com atau lawati IG : @naturallyhm


Sesi Adun minyak aroma terapi oleh Dashindra Siva Plant Origins

Ini adalah sesi kegemaran I. I memang seorang yang sukakan minyak aroma terapi. Banyak khasiat yang boleh dapati dengan minyak aroma terapi salah satunya dapat hilangkan 'stress' setiap hari. Bagi seorang ibu anak 2 orang I dapati I menghadapi masalah tekanan yang melampau kalau tak dirawat takut meroyan tak tentu pasal.


Kami diperkenalkan dengan beberapa jenis aroma terapi yang boleh didapati di Signature Market antaranya 'lavender, lemon, peppermint, bergamot, vetiver, rose geranium, sweet orange, tea tree oil, mosquito & bug repellent, grapefruit, ylang-ylang, jasmine' dan rosemari. Setiap satunya ada aroma haruman dan khasiat tersendiri. I pula sukakan aroma yang menenangkan, dapat hilangkan tekanan dan bau yang romantik.


Resepi mencampur minyak aroma terapi ni ikut kehendak masing-masing kalau masih 'clueless' boleh rujuk pada resepi yang diberi. Macam I pilih 6 jenis aroma mengikut 'taste I.' I campur Lavender, Sweet Orange, rose geranium, ylang-ylang, jasmine dan grapefruit. Setiap 1 aroma 6 titik manakala rose geranium sahaja I letak 10 titik dalam 'carrier oil.' Minyak aroma terapi ni tak silap tak boleh direct contact on skin tak pasti kenapa I dengar boleh keringkan kulit, tu sebab kena campur dengan 'carrier oil.' Apa pun I dapat the 'BEST SCENTS EVER' mengikut I punya citarasa. Weee.


Plants Origin Essential Oils ni 'you all' boleh dapatkan di Signature Market. Dekat situ selalu buat 'sale' memanjang.. Thanks to Dashindra Siva sebab 'conduct' kami untuk sesi kali ni. Untuk maklumat lanjut mengenai minyak aroma terapi ni boleh layari : https://www.signaturemarket.co/ atau Follow IG : @signaturemarket


Sesi ketiga untuk kumpulan kami pula ialah sesi Penjagaan diri oleh Minnie Chang dari Minc.Care. Bukan sesi kaunseling tapi 'more likely confession' agak 'intense a bit' sebab waktu ni la masing-masing meluahkan perasaaan yang dipendam begitu lamanya tapi tak tahu nak luahkan pada siapa. 'Confession things' ni memang not my thing but after I voiced out... rasa macam lega afterwards..

Sebenarnya benda yang selalu buat kita 'stress' ialah apa yang kita 'struggle.' Kalau I memang banyak I berusaha untuk memperbaiki diri sendiri lebih-lebih lagi bila dah anak komitmen memang tinggi sampai tak ada masa nak beri fokus pada diri sendiri. Apa pun memang bagus juga adalah aktiviti seperti ini. Selain dapat meluahkan perasaan sambil tu dapat cari ketenangan dan cari solusi untuk menghadapi segala rintangan dalam kehidupan gitu.


Sebelum memulakan sesi luahan... tarik nafas dedalam... lepas tu hembus perlahan-perlahan.. teknik pernafasan yang betul boleh kurangkan sikit rasa bebanan dalam otak tu.. 'it works' tau...


'Bila media sosial is no longer a place for you to talk about personal stuff dari segi emosi, your experience-based sebab pasti ada akan ambil kesempatan disebalik kekurangan tu.. and pasti ada je yang nak tabur fitnah then you can meet @minc.care .. dari sini you can talk with her personally.. talk about your struggleness.. macam mana nak gain balik semangat yang hilang.. voice out.. jangan pendam.. macam I.. I suka voice out.. lebih baik voice out dari pendam Dan diam.. after i voiced out i feel relieved.. if you hate me atau tak puas hati just tell me directly no need to cari kawan then mengumpat belakang belakang.. somehow I dont have a group to talk about people.. I usually will voice out juga.. tell me personally.. dont take a granted dengan kelemahan seseorang..because they have their own reason why all the things happened.. selagi dia tak ganggu orang.. let her be.. Voice out okey ❤❤❤ Tapi carilah dengan orang yang boleh dipercayai jangan tersalah ya.. 😍😍😍 Thanks Minnie for listening.. ❤' @minc.care

Last NOT least I nak berterima kasih pada The Spa and Gym Hilton Kuala Lumpur sebab menaja hampir satu hari untuk menjayakan Bengkel Sihat & Sejahtera bersama The Butterfly Project. Semua yang terlibat berpeluang untuk menggunakan servis dan kemudahan yang disediakan seperti GYM, Jacuzzi dan bilik sauna.


Masa untuk ber'jacuzzi' boleh lepak reramai dalam ni sambil borak-borak gitu.


Bilik sauna ni paling best sebab dapat hangatkan badan dan mengeluarkan peluh yang kurang baik. hee.. paling best kulit jadi lembut dah hilang segala daki yang degil. Bila dah bersauna badan jadi segar habis. Balik rumah terus tidur.

Oh ya sebelum I habiskan entri I kali ni, I nak kongsikan berita baik untuk anda..


Percubaan 1-hari untuk untuk I punya Follower !

Pembaca / pengikut / peminat I boleh guna kod "Butterfly" untuk menikmati percubaan selama 1 hari di The Spa & Gym, Hilton KL sama ada secara bersendirian atau dengan datang bersama dengan I.
Jalani percubaan terlebih dahulu sebelum anda 'decided' untuk membeli pakej keahlian. Boleh rujuk lampiran di atas ya.

Terima kasih pada yang baca sampai habis :)

Untuk maklumat lanjut, Klik pada yang berkenaan :

@hiltonkualalumpur @minc.care @signaturemarket @naturallyhm @butterflyproject.msia #butterflyhwWorkshop #MincCare #PlantOrigins #NaturallyHM #ButterflyMsia #TheSpaandGymHiltonKL

Thank to eros @fishmeatdie untuk several gambar ya..

1 ulasan :

  1. Seronok join workshop ini. Walaupun tak sempat sangat nak beramah mesra dgn rakan2 lain tapi best dapat belajar sikit2 buat clay mask dan ziarah kawasan gym kt hotel hilton ni..

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com