🌸Pengikut Blog🌸

Detoks Badan - Mintox Campuran Serbuk Jus Dengan Sekam Psyllium


Hi guys, sebelum I terlupa I nak perkenalkan program detoks untuk turunkan berat badan yang I bersetuju untuk mencuba sendiri supaya badan sentiasa bersih dari benda bertoksik, yang tak bagus dan tersangkut dalam usus badan.

Sebagai seorang yang kuat makan dan seorang yang pernah alami GDM serta seorang 'severe obesity' I berusaha untuk memastikan yang I tak melebihi had dalam pengambilan pemakanan yang tidak diperlukan oleh badan. Rupanya bukan senang nak 'control' nafsu makan sebab Malaysia ni makanan sedap-sedap belaka.

Apa pun I nak ucapkan terima kasih pada Mintox sebab memasukkan I dalam list untuk program detoks kali ni.


Bagi yang masih belum tahu detoksifikasi adalah proses untuk mengeluarkan bahan yang bertoksik dari badan kita. Detoksifikasi ni sebenarnya adalah sistem yang normal oleh badan untuk mengeluarkan toksik setiap hari dimana ianya bertindak untuk meneutralkan racun melalui hati dan kolon.

Pengambilan Mintox ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu badan untuk mengeluarkan toksik lebih efektif melalui pembuangan air besar. Detoks sangat bagus untuk menjadikan berat badan lebih ideal, kulit lebih bersih, tekanan darah dapat dikawal, kolestrol lebih seimbang, sistem percernaan yang lebih bagus untuk kadar penyerapan nutrisi berkhasiat serta meningkatkan tenaga.

Mintox Campuran Serbuk Jus Dengan Sekam Psyllium terdapat 14 sachets dalam 1 kotak. Minum 1 kali sehari. Saranan dari Mintox lebih baik ambil pada waktu malam macam tu sama ada dari 8 malam mengikut kesesuaian aktiviti masing-masing. Macam I sebolehnya nak ambil pada waktu selepas makan malam, dalam 9.30 pm macam tu la.


1 sachet Mintox Campuran Serbuk Jus Dengan Sekam Psyllium terdapat bahan-bahan seperti :

  • Serbuk jus pic
  • Enzim buah kiwi
  • Sekam Psyllium
  • Serbuk Algae Aphanizomenon Flos-aquae (AFA) penggalak pertumbuhan bakteria baik.
  • Stevia



Cara nak minum Mintox Campuran Serbuk Jus Dengan Sekam Psyllium adalah bancuh 1 sachet dalam 200ml air suam.


Sedia untuk diminum.


Harga 1 kotak Mintox Campuran Serbuk Jus Dengan Sekam Psyllium ialah RM138 untuk 14 sachets.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke facebook dibawah :
https://www.facebook.com/mintoxmalaysia/
No. Telefon: +6011-2345 0201

2 comments :

www.syafierayamin.com