🌸Pengikut Blog🌸

Wait.. wait what.... Carrie Junior dah ada dalam bentuk sabun buku ?


Wait.. wait what.... Carrie Junior dah ada dalam bentuk sabun buku ? Haha.. I ingat lagi masa kecil parents I bukan orang kaya memang tak mampu untuk beli sabun jenis cecair tapi sekarang dah terbalik... Sekarang sabun jenis cecair memang FAMOUS digunakan masa kini.. thats why I jarang pakai jenis sabun buku. So bila ada sabun Carrie Junior dalam bentuk BAR.. anak-anak I teruja kot. yerlah.. sambil mandi sambil hasilkan buih dengan sabun Carrie Junior bubbly bar. Bau dia macam biasa bau bubblegum. Mommy I warned you make sure pantau anak-anak you all I'm afraid mereka makan nanti.

Satu lagi Carrie Junior bubbly bar ni hadir dengan bentuk warna ala-ala lutsinar macam 'wooble, wooble jelly on the plate' ! haha..  Apa pun Carrie Junior memang tak mengecewakan I.. heee.. harga masih affordable, dan boleh bawa travel..senang kan..


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Tentang WIPRO UNZA

Sejak 1980 Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.

WIPRO UNZA memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia.


3 comments :

www.syafierayamin.com