King's Ice Cream MEMPERKENALKAN DUA KEUNIKAN PERISA AISKRIM TERBARU dalam bentuk Wafer




Buah mangga merupakan buah tropika yang dikenali di Asia kerana keunikan rasa dan aroma yang harum. Ia pasti memikat hati sesiapa saja dengan kewangian unik buah mangga. Bluberi boleh didapati dalam pilihan warna indigo, dari beri yang berwarna merah tua hingga ungu gelap, ia digemari orang ramai kerana mempunyai warna yang menarik perhatian dan rasa yang unik.

King’s Wafer menganjurkan dua perisa yang terbaru: King’s Wafer perisa Mangga dan King’s Wafer perisa Vanila bersama dengan Bluberi. King’s Wafer Perisa Mangga dalam bentuk wafer menggunakan kelazatan dan kemanisan unik buah tropika mangga.

Peminat aiskrim dapat menikmati aiskrim yang lazat dengan lapisan wafer. King’s Wafer menggabungkan aiskrim vanilla dengan sirap berperisa bluberi, gabungan ini telah memberikan aroma yang berbeza untuk anda.

Keharuman buah mangga sentiasa memikat selera kita  Jadi, Ia merupakan buah tropical yang paling popular di Asia! Keunikan aroma mangga pasti menawan hati orang ramai. Dengan ratusan jenis mangga, peminat buah tropika ini pasti boleh menikmati sepanjang tahun.

King’s Wafer perisa Mangga memberi rasa eksotik buah mangga dalam bentuk wafer. Ia mempunyai gabungan yang sempurna, gabungan wafer bersama dengan blok aiskrim mangga yang menyelerakan. Peminat Mangga pasti dapat menikmati aiskrim buah topika ini tanpa sebarang kerisauan.

King’s Wafer perisa Bluberi adalah gabungan klasik antara aiskrim vanila dan sirap bluberi biru bersama dengan lapisan wafer. King’s Wafer perisa Bluberi ini telah menjadi pencuci manis yang lazat and istimewa.

Aiskrim ini menghasilkan kelazatan unik dan melegakan orang ketika menikmatinya pada cuaca yang panas. King’s Wafer perisa Mangga dan King’s Wafer perisa Bluberri dalam bentuk hidangan individu yang baharu boleh didapati di pasaraya, kedai runcit serta kedai petrol yang terpilih: Petron dan Petronas pada harga jualan yang disyorkan iaitu RM1.50 mulai Oktober 2018.



MENGENAI FRASER AND NEAVE, LIMITED

Ditubuhkan pada 1883, Fraser and Neave, Limited (“F&N”) sebagai peneraju Kumpulan Pengguna Asia tenggara, dengan mempunyai kepakaran dan kedudukan utamanya di dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan. F&N menyediakan sumber utama dan menetapkan strategik untuk subsidiari dengan menggunakan kepakarannya dalam bidang pemasaran dan pengedaran; penyelidikan dan pembangunan; jenama dan pengurusan kewangan; serta pengalaman pengambilalihannya. Disenaraikan di bursa saham Singapura, F&N merupakan salah satu syarikat yang paling berjaya di rantau ini dengan jenama terkenal dan mempunyai kepimpinan
pasaran yang kukuh. F&N wujud di 11 negara merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat, dan mempunyai melebihi 7,700 pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang F&N, sila ke www.fraserandneave.com

MENGENAI F&N CREAMERIES

F&N Creameries, Bahagian Aiskrim merupakan sebahagian daripada kumpulan Fraser & Neave,
menawarkan portfolio produk aiskrim untuk memenuhi pelbagai segmen pelanggan. Syarikat ini berhasrat untuk menjadi pengeluar aiskrim utama yang terkemuka di pasaran ASEAN yang kini
sedang berkembang pesat dan mengeluarkan jenama aiskrim sendiri iaitu Magnolia dan King’s kerana kesemua ini mendapat banyak portfolio dan menjadi kegemaran ramai sepanjang zaman.
Untuk maklumat lanjut berkenaan F&N Creameries, sila layari www.fnncreameries.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com