Rawat Masalah Penuaan dengan Gold De Youth Facial di Beauty & Co


Bila dah nak masuk 30 siri tak lama lagi, I noticed masalah kulit wajah I semakin lama semakin sukar dibendung mungkin faktor penuaan dan kerap stress adalah PUNCA utama pada masalah kulit yang I alami. Jadi I decided untuk mencuba sendiri rawatan wajah di Beauty & Co One Utama. Pusat penjagaan kecantikan ini menawarkan pelbagai rawatan mengikut masalah kulit yang dihadapi oleh setiap individu. I memilih untuk melakukan rawatan yang boleh mengurangkan masalah pigmentasi dan 'saggy,' 'tired,' face I. Yang menariknya Beauty & Co buat rawatan ala-ala pakai emas pada wajah of course I teruja nak cuba. Hee.


Masa I sampai, I dijamu dengan minuman teh chrysanthemum suam untuk segarkan badan dan legakan kehausan hehe. Apapun cawan nya agak unik sikit huhu.


Beauty & Co di One Utama pandangan pusat rawatan kecantikan wajah dari hadapan.


Interior dari dalam. Simple and just nice.


Gold De Youth Facial ni adalah untuk mereka yang risaukan masalah penuaan kulit 'which is literally happening to me at the moment.' Rawatan ini membantu untuk menggalakkan metobolisma dalam lapisan bawah kulit,meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garisan halus serta menjadikan kulit lebih anjal.

Penggunaan emas sememangnya amat popular sejak dari zaman Cleopatra lagi. Emas sangat bagus untuk kaum wanita terutamanya untuk menaikkan seri wajah dan pengguna juga akan kelihatan awet muda.

Apabila umur melepasi 25 tahun, kulit akan kurang menghasilkan kolagen paling sedih bila bintik hitam dan garisan serta kedutan akan mengambil alih dan timbul dari dalam hinggalah ke permukaan kulit... Jadi wajib mulakan rutin untuk melambatkan proses penuaan ni.


3 Kebaikan utama melakukan Gold De Youth Facial di Beauty and Co ni ialah :
  1. Mencerahkan kulit dengan 7 jenis tumbuhan seperti Swiss Alps.
  2. Kaya dengan vitamin dan mineral untuk menggalakkan sel kulit baru.
  3. Ektrak 3 jenis bunga seperti chamomile, cornflower dan cadenlula yang mengandungi bahan yang bagus untuk mencegah radikal bebas.
3 Bahan Utama yang digunakan dalam  Gold De Youth Facial di Beauty and Co ini ialah :
  1. Emas - mengurangi keradangan dan pigmentasi
  2. Caviar - Mempebaharui sel dan penghasilan kolagen
  3. Pearl powder - meningkatkan seri kulit



Rawatan dimulakan dengan analisis masalah kulit oleh 'Consultant.' Selepas masalah kulit dikenal pasti produk yang sesuai untuk kulit akan diperkenalkan.


Sesi analisis kulit adalah sangat penting dimana I akan alert dengan masalah kulit yang I alami, apa patut I buat, Apa patut I kawal terutamanya dari segi pemakanan, apa produk yang sesuai untuk I guna. So dari sesi analisis ni. Banyak ilmu yang I dapat.


Sesi Analisis kulit ni akan menggunakan sebuah mesin. So mesin tu akan scanned masalah kulit yang I alami.


Yang ini adalah keputusan untuk masalah kulit yang I alami. Memang scary I tengok wajah I.. paling horror yang part UV spots tu, paling I tak boleh terima part pigmentasi I memang teruk GILA.. nak kata I selalu duduk bawah cahaya matahari macam tak logik sebab I duduk rumah je.. tapi nak tahu tak kenapa kulit I tetap naik pigmentasi sebab I selalu menatap laptop lama.. handphone lagi.. I pun selalu terdedah dengan radiasi seperti blue light... tu naik juga masalah kulit.. ahhh tensionnya... heheh..

Lepas dah habis sesi analisis...

I dibawa ke dalam bilik rawatan...



I akan baring di atas katil yang ada ringlight lamp ni... apa lagi it's time to sleep.. heee..


Wajah sebelum.. Boleh nampak ke tak ? Parut berlubang-lubang oleh chicken pox dan severe acne once upon a time ago memang paya nak hilang.. dah umur 29 tahun pun kulit macam tu juga.. adududu sedih :(


First thing to do is...Semua solekan dan skincare pada wajah I dibersihkan.. tapi I lucky sebab I hanya guna lipstick je on my lip.. nasib baik tak pakai foundation so easy la to remove all the things on my skin..


Urutan bersihkan wajah ni mampu membersihkan wajah dari kotoran dan minyak berlebihan dengan 'double cleanser with Aquaterm cleansing milk'...


Langkah seterusnya wajah I disapu dengan Exfoliation Hydra Soft Peel Gel yang mengandungi glycolic acid, lactic acid, Vitamin B dan juga Aloe Vera. Sejenis gel ringan yang sejuk bertindak untuk melembutkan kulit mati yang degil dan mengurangkan iritasi kulit.


Gel sejuk ni dibiarkan selama beberapa minit kemudian beautician mengurut wajah dan bersihkan dengan tisu cotton basah.


Lepas tu teknik 'extraction' dilakukan untuk mengeluarkan bintik hitam, bintik putih dan juga jerawat dalam bawah lapisan kulit. Part ni of course memang sakit, hee sampai menangis dibuatnya. he.


Selepas proses 'extraction..' part ni I rasa much better sebab ianya menyejukkan bahagian wajah yang dipicit-picit tadi... glow booster face ampoule akan digunakan bersama-sama mesin ultra sonik ni.. bahannya ialah galactomyces ferment fitrate yang berfungsi untuk mengecilkan saiz liang pori, mengurangkan garisan halus dan kedutan kerana ianya kaya dengan vitamin, mineral dan asid amino untuk menggalakkan metobolisma kulit.


Lepas tu Gold Caviar Massage Honey Gel dilakukan.. bahan seperti caviar mempunyai 3 tekstur yang berbeza > emulsi pekat > gel cair > emulsi susu dimana ianya kaya dengan Vitamin A, D, B, unsur surih dan asid amino untuk mengaktifkan kembali pembaharuan sell kulit dan penghasilan kolagen sekali gus meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit.


Rawatan selama sejam lebih ni paling seronok bab urutan wajah.. sebab ianya membantu mengurangkan kadar stress yang I alami recently. hee.


Last step ialah my favorite part iaitu Gold Caviar Peel Off Mask. Bahan yang ada dalam serbuk topeng wajah ni ialah Emas dan ekstrak mutiara. Bahan ni yang bestnya ianya merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garisan halus dan kedutan dan meningkatkan keanjalan, menyegar dan mencerahkan bahagian kulit.


Tunggu dalam 20 minit sehingga kering, lepas tu cabut je dari wajah.. hee


Tadaaa wajah I lepas buat rawatan Gold De Youth Facial di Beauty & Co, kulit wajah rasa lebih segar, pori nampak lebih kecil. parut nampak lebih cerah, garisan bawah mata improved.. sedikit sebanyak memang nampak lebih muda dari sebelum ni.. tapi satu kali rawatan je mana cukup.. sebolehnya kena kerap buat rawatan ni... sebab nak galakkan penghasilan kolagen dengan lebih baik pada masa akan datang..

Selepas dan sebelum Gold De Youth Facial nampak tak perbezaannya ? 


Selain daripada Rawatan Gold De Youth Facial di Beauty & Co, I juga teruja nak mencuba rawatan lain iaitu Coffee Drainage Therapy khusus untuk mengurangkan masalah lebihan toksin dalam badan..


Sistem limfa yang tersumbat akan menghasilkan toksin dan sisa-sisa akan terbina dalam badan dan akan menyebabkan badan nampak bengkak dan tembam. Terapi kopi ni membantu untuk detoks badan dengan menggunakan kopi yang dikisar secara semulajadi dan urutan limpatik bertindak untuk mengeluarkan toksik dan sampah dalam badan secara efektif.

Kopi di sapu pada keseluruhan badan dan titik limfa akan ditekan untuk melegakan limfatik yang tersumbat disebabkan toksin yang terkumpul.

Setelah tu badan akan dibalut dengan selimut haba untuk meningkatkan kadar metobolisma, membakar lemak dan meluaskan kalipari yang tersumbat untuk menyingkirkin toksin.

3 khasiat utama Coffee Drainage Therapy ialah :
  1. Menyingkirkan lebihan air dengan kafein yang terdapat di dalam kopi
  2. Merangsang titik limfatik untuk mengeluarkan toksin dan sisa yang tak diperlukan.
  3. Mengecutkan sel-sel lemak dan mengurangkan selulit.
Bagi Aroma haruman kopi tu dah buat I relieved from stress tau, beautician pun sangat profesional tak buat i rasa rendah diri dengan bentuk badan I, dengan parut rekahan yang banyak sekitar perut I.. so far Best la.. lepas dah buat rawatan I dapat rasa badan I lebih ringan dan I rasa mudah untuk tidur setiap malam.. 

Sebolehnya rawatan ni kena buat 2 minggu sekali or ikut masalah badan yang di alami..
Jangan risau sebab ada pakej yang ditawarkan..  I tengok macam worth of money treatment macam ni..


Lepas dah setel lakukan rawatan Coffee Drainage Therapy memang kena mandi.. lepas cuci kopi dari badan, badan rasa fresh and lembut, bau kopi masih melekat pada badan I.. memang HAPPY sangat :) Balik rumah memang rasa sleepy la.. heee..rasa macam nak rekomen dekat yang ada masalah imsonia je tau. hee.. very relaxing..



Berita Baik untuk you all Gunakan Kod Promosi I untuk percubaan pertama Gold De Youth First Trial @ RM68 (syafiera_yaminGold68) dan Percubaan pertama Coffee Drainage Therapy First Trial @ RM38 ( syafiera_yaminCoffee38)
Bagi yang berminat nak nak tahu rawatan yang ada di Beauty & Co, sila layari :
Website : https://www.beautynco.com.my/
Instagram : @beautyandco.bc
Facebook : @beautyandco.bc

#beautyandcoreview #beautysalonkl #beautyreviewkl
#beautyandcoreview #beautysalonkl

2 comments :

  1. wow macam best je ni.. i like... huhu nak2 umur dah nak 40 ni lagi lah perlu treatment mcm ni

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com