Nak miliki barangan PRELOVED dari Influencer dan Selebriti ? Jom tonton Nak Beli 2.0 !


Program 10 episod web ini memberikan peluang kepada penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan selebriti dengan harga menarik di laman web. Beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv. hurr.tv kembali membawakan kepada penonton setianya sebuah rancangan beli-belah barangan pre-loved eksklusif, Nak Beli 2.0. Nak Beli 2.0 akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv.



Program ini adalah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin dibuat bagi peminat bertuah. Jadi, jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.” Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Nak Beli musim pertama mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung.

Mereka yang menonton siaran secara langsung program ini juga berpeluang untuk mendapatkan baucar atau diskaun khas bagi koleksi ditampilkan apabila membeli pada waktu siaran dijalankan. Setiap episod web akan menampilkan beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif yang dijual dengan harga mampu milik. Program ini akan dihoskan secara bergilir oleh Nana Al-Haleq dan Nisha Ezzati bersama tetamu jemputan setiap minggu yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose, Adriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa.


Diskaun bermula 30 peratus sehingga 50 peratus bakal dinikmati oleh penonton yang
menyaksikan program ini secara live bagi mendapatkan beberapa produk terpilih serta set lengkap. Nak Beli 2.0 juga akan menampilkan segmen Happy Hour bagi jualan produk penjagaan wajah dan
kulit, muca. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan oleh peserta Miss Universe 2018.

Program ini dibawakan oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Pada siaran secara langsung program berkenaan, penonton dapat melihat sendiri personaliti kegemaran mereka berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual. Pastinya, setiap barangan mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dan penonton boleh mendapatkannya secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv. Menerusi Nak Beli 2.0, penonton tidak perlu risau mengenai kos penghantaran kerana ia dijamin percuma dengan pembelian minimum.


Saksikan Nak Beli 2.0, Live setiap Rabu, 8.30 malam di hurr.tv.

Untuk Eps#3, 
saksikan Live malam ini, 27 March @ 8.30 malam di www.hurr.tv atau di app hurr.tv.
Dapatkan barangan exklusif hanya di Beli@Hurr Online Store: https://shop.hurr.tv.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, sila ikuti :


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com