Sarr'e Lipmatte kod 74 Flirt John


Hi guys ! Baru-baru ni I sempat pakai Sarr'e lipmatte kod 74 Flirt John. Warna dia sangat cantik sebab betul-betul kena dengan warna kulit I. Bau dia pun macam vanilla esen je, rasa macam nak makan gitu. SarrebySari diasaskan oleh Cik Sarihana iaitu salah satu figura yang mempunyai citarasa yang tinggi, sebagai seorang pengguna kosmetik yang mewah, fashionista dan juga aktif menjadi sukaralewan untuk projek kemanusiaan.


Cik Sarihani merupakan seorang wanita moden yang bekerjaya dan berdikari, jadi beliau sangat memahami apa yang wanita perlukan dalam kehidupan seharian dan lebih menggalakkan kesederhanaan namun tetap nampak elegan. Sarrebysari Cosmetics semakin lama semakin mendapat tempat dalam industri kosmetik di Malaysia. Berpusat di Kuala Lumpur dan telah melancarkan produk pertamanya yang dinamakan sebagai Sarre Lipmatte pada bulan Ogos 2018. Produk tersebut telah mendapat hati daripada pengguna tempatan dan selebriti kerana menggunakan bahan yang berkualiti dan selamat untuk dipakai.

Sarr'e Lipmatte terdapat 6 warna elegan iaitu Au Naturale dari warna 'pop-pink,' sehinggalah ke warna merah menyala seperti 'mess-with-me-not' dengan penggunaan nama warna mengikut watak, nada dan kisah yang istimewa untuk diceritakan. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti Cocos Nucifera dan vitamin E. Sarr'e lipmatte telah berjaya membuktikan jenamanya mempunyai gincu terbaik yang pernah dibuat oleh jenama tempatan. Lebih dari 1000 unit telah berjaya dijual dalam tempoh selama 3 bulan. Wow !

Cocos Nucifera ialah bahan sebagai agen anti-penuaan, anti-radang, anti-kekeringan dan juga mengandungi bahan untuk mencegah bibir dari merekah. Manakala Vitamin E pula memang popular dengan sifatnya sebagai pelembab semulajadi yang kaya dengan khasiat untuk membantu mengurangkan kedutan halus, merapi dan mencegah bibir dari kelihatan hitam. Kedua-dua bahan ini sangat membantu untuk menyubur dan menjana kembali sel-sel kulit bibir.


Sarr'e lipmatte terdapat 6 warna iaitu Jophiel Sari, Alter Ego, Suppresive, Impress Me, Royal Nude dan Flirt John. Dan warna yang I ambil ialah Flirt John - warna yang seakan-akan campuran (coral pink nude). Sarr'e lipmatte juga bertindak sebagai 'sunscreen' untuk mencegah kerosakan dari sinaran matahari yang berbahaya. Warna yang sangat berpigmentasi menjadikan bibir nampak lebih mungil dan mendapat liputan yang penuh disamping menjadikan bibir lebih sihat, lembut dan ringan setiap hari.




Ianya sangat unik kerana dapat menutupi garisan halus dan bibir yang gelap di mana warnanya akan berubah setelah beberapa kali sapuan serta hadir dengan aplikator yang sangat mudah untuk sapuan dimana warna mudah meresap ke dalam kulit bibir serta tahan lama paling best ianya juga senang, mudah untuk dicuci tanpa meninggalkan kesan 'lip stains.'


I sangat rekomen Sarr'e lipmatte bagi yang newbie , pro, yang minat solekan atau nak buat koleksi sebab I rasa ianya 'Worth of Money' dengan bahan yang sangat berkualiti dan semulajadi.

Harga untuk 1 unit ialah RM60 penghantaran RM9
2 unit : RM120 penghantaran RM9
3 unit : RM120 penghantaran RM9 percuma 3 mask
4 unit : RM240 penghantaran RM9 percuma 5 mask
5 unit : RM300 penghantaran RM9 percuma 10 mask
6 unit : RM350 (diskaun RM10) penghantaran Percuma dan  percuma 3 mask

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman : https://www.sarrebysari.com
Facebook : Sarre bySari
Instagram : @SarreBySari_Official

Sila dail : 0133058282 untuk tempahan, untuk setiap pembeliaan 5% akan disumbangkan ke tabung Syria.


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com