Kekal awet muda dengan Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink


I sebagai seorang wanita yang bakal memasuki alam 3 siri pada tahun 2020 akan datang tak lama lagi membuatkan I perlu mencari pelbagai produk yang berasaskan kaya anti-oksida dan kolagen sebagai salah satu cara untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan wajah yang awet muda. I juga suka mengambil bahan yang mempunyai pelbagai jenis vitamin untuk memastikan kesihatan dalaman berfungsi dengan baik untuk luaran nampak lebih sihat.

Terlampau banyak faktor yang mengakibatkan seorang wanita nampak lebih tua dari umurnya antaranya tekanan dan beban yang perlu dihadapi setiap hari, kesan radiasi yang tinggi terutamanya bagi yang terpaksa menghadap komputer begitu lama, kurang mengamalkan pemakanan yang sihat lebih banyak mengambil makanan segera, terdedah dengan sinaran UV yang berbahaya mampu mengakibatkan proses penuaan menjadi lebih cepat termasuklah bagi yang sering mengambil ubat-ubatan sintetik berlebihan serta yang tidak mendapat tidur yang mencukupi. Siapa sangka kan ? Benda yang dianggap remeh-temeh inilah puncanya kulit menjadi tidak sihat dan sekali gus menjadikan seorang wanita itu nampak seperti seorang yang lebih berusia dari yang sepatutnya.


Penuaan adalah salah satu proses yang kebanyakan dari kita takut untuk hadapi walaupun ianya tetap akan berlaku juga tapi I sudah tak perlu risau lagi sebab I dah jumpa satu produk yang I rasa agak efektif untuk melawan proses penuaan ini malahan ianya dapat membantu untuk mencantikkan bahagian dalaman dan juga luaran badan. Produk tersebut ialah Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink iaitu sejenis minuman kecantikan yang mempunyai bahan yang berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan mampu mengekalkan wajah yang lebih awet muda.


Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink ialah sejenis minuman kecantikan yang sangat sedap, berjus malahan ianya juga sangat kaya dengan antioksida dari campuran beri seperti (bluberi, strawberi, bilberi dan blackberry), kolagen dan juga yeast ceramide, setiap paket mengandungi kebaikan, rasa yang enak dan sangat menyegarkan.


Lagi menarik Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink tidak mengandungi bahan pengawet, tiada bahan kimia berbahaya, tiada hormon tiruan, tiada gula tambahan, tiada perwarna dan perasa tiruan. So far bila I nak minum I tak rasa takut dan was-was untuk jadikan sebagai rutin minuman kecantikan harian. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki atau wanita dan juga yang berkulit normal atau yang ada masalah kulit serta mereka yang menginginkan kulit yang cantik dan kesihatan yang optimum. I sangat rekomen untuk mereka yang bekerjaya, yang sering melakukan aktiviti secara 'indoor' dan 'outdoor'  mahupun pengembara untuk mencuba sendiri produk dari  Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink ni.


Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink hadir dalam bentuk peket mengikut dos yang diperlukan untuk badan. 1 kotak ada 15 sachets untuk penggunaan setengah bulan. Untuk kesan penyerapan yang maksimum sebolehnya pengambilan adalah pada waktu pagi dan waktu malam sebelum makan. Pengguna digalakkan untuk meminum air sebolehnya 3 liter sehari untuk proses yang lebih lancar.


Disebabkan bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi, tona warna kemungkinan akan berbeza dari semasa ke semasa, tetapi kualiti tetap akan kekal dan tidak akan hilang zat nya. Lagi satu bagi yang dibawah pengaruh ubat-ubatan, wanita hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan konsultasi atau nasihat daripada doktor sebelum mengambil Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink.


Apa Rasa Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink ? 

Rasanya sangat sedap, rasa manis dari buah-buahan dan stevia malahan sangat sesuai untuk pesakit diabetes, warna merah yang menarik membuatkan minuman kecantikan ini nampak lebih 'tempting' dan menjadikan I bersemangat untuk menikmatinya setiap hari. Malahan ianya memberikan tenaga untuk I teruskan aktiviti setiap hari tanpa rasa letih yang melampau.

Cara penyediaan pun sangat mudah, hanya letakkan 1 sachet di dalam cawan, letak air 180-200ml atau lebih. Lepas tu kacau sehingga larut serbuk tu. Lagi sedap kalau dengan air sejuk. Tapi jangan letak air panas sebab dikhuatiri akan menghilangkan khasiat terutamanya prebiotik dalam produk ni.


Kandungan utama dalam Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink ialah  Yeast Ceramide. Ceramide adalah sebahagian dari benteng kulit iaitu sejenis lipid yang membentuk bahagian dalam salah satu lapisan kulit. Kehilangan ceramide di dalam kulit merupakan penyumbang utama untuk kedutan timbul pada wajah.


Yeast Ceramide dikenali sebagai penghidratan pintar yang berprestasi dimana ianya 16 kali lebih tinggi bertindak secara optimum dari asid hyaluronik ! Tanpa perlu ada rasa ragu lagi semestinya penggunaan yeast ceramide mempunyai kelebihan yang sangat baik bukan sahaja membantu untuk mengembalikan fungsi benteng kulit yang bagus malahan menggalak dan memantapkan lagi kesihatan untuk kulit.

Dengan adanya Yeast Ceramides iaitu kunci kepada penghidratan kini I boleh katakan selamat tinggal pada kulit yang kering dengan adanya bantuan dari Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink. Ianya akan memberikan penghidratan secara berterusan dan akan meremajakan kembali kulit dihidrasi. Keberkesanan minuman kecantikan ni bukan hanya untuk wajah malahan memberikan keseluruhan kesan dari hujung rambut ke hujung kaki.



Selain dari Yeast Ceramides, terdapat juga kandungan seperti Mix berries, Fructooligosaccharides dan juga kolagen di dalam Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink.

Mix Berries tersebut ialah blueberi, strawberi, bilberi dan beri hitam dimana ianya adalah sejenis 'superfood' yang membantu untuk memperbaharui sel kulit, mencerahkan kulit wajah dan membantu melawan tanda-tanda penuaan.

Fructooligosaccharides pula ialah sejenis bakteria baik yang sangat bagus untuk usus. Ianya akan bertindak sebagai bakteria sihat untuk aktiviti pencernaan yang lebih lancar.

Manakala kolagen adalah bahan popular kecantikan masa kini yang bertindak untuk memperbaiki keanjalan kulit, mengurangkan garisan halus dan kedutan serta melambatkan proses penuaan kulit.


Antara sebab I yakin mengambil Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink tanpa rasa ragu-ragu sebab kandungan bahan yang selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Selain itu I dapat rasa kulit I lebih lembab, lebih hidrat dan lembut sebab yeast ceramide yang ada dalam minuman kecantikan ini adalah 16x lebih tinggi dari asid hyaluronik. Antioksida yang berkuasa tinggi juga membantu untuk membuang toksin yang berlebihan dalam badan I. Sepanjang penggunaan I perasan kulit I nampak lebih cerah dan garisan halus semakin pudar malahan jerawat juga semakin berkurangan.



Selain itu banyak juga kelebihan yang ada dalam Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink ni dimana ianya akan membekukan proses penuaan dan mengunci keremajaan kulit, memperbaiki dan meremajakan tubuh badan, menganjal dan menaikkan seri wajah, bertindak sebagai anti keradangan, meningkatkan kesihatan mata dan penglihatan serta menguatkan sistem imun, menggalakkan sel metabolisma dan kesihatan dalaman badan.


Maknanya satu kotak ni mencukupi untuk penjagaan satu tubuh badan ! Thats why I suka. Tapi 'results' akan berbeza mengikut individu tau, so far untuk I. I bagi positive feedback !

Harga 1 kotak Coséra by Genlife Berries Ceramide Drink (5G X 15 SACHETS ) ini ialah RM138.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman sesawang : www.genlife.my
Facebook : @genlife4u
Instagram : @genlife.my

#cosera #genlife #genlife4u #berriesceramidedrink #ceramide #beautydrink #keytohydration #yeastceramide

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com