Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Petron bersama dengan Resorts World Genting menjalankan kempen langkah-langkah keselamatan Petrol Kiosk.

Genting Highlands, 30 Oktober 2018 – Ia sudah menjadi sebuah ritual apabila para penunggang motor singgah ke stesen petrol pam untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing, dan bila sudah siap mengisinya, mereka terus meluncur laju ke destinasi masing-masing dan akan ulang rutin yang sama. Tetapi apa yang ramai para pemandu di luar sana tidak sedar bahawa terdapat peraturan keselamatan yang dirangkul di setiap stesen petrol pam.

Percikan api, walaupun sedikit - walaupun dari menggunakan telefon bimbit, ataupun sepuntung rokok yang hidup baranya - boleh mengakibatkan kebakaran. Dalam semangat untuk mengajar para pemandu, para pengguna dan juga operator di stesen petrol pam untuk berkelakuan dengan seeloknya di stesen-stesen petrol pam, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Sekuriti Negeri Pahang, Resorts World Genting dan juga peruncit minyak Petron bergabung dan bekerjesama untuk menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum pada 30 Oktober 2018.

Diadakan di stesen Petron di Genting Highlands, Pahang hari ini, acara tersebut telah dihadiri oleh Dato Mark bin Ujin (Pengerusi Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Afizan Azleen Abd Rahim (KPDNHEP Bahagian Ketua Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Abdul Mbin Ahmad (KPDNHEP Ketua Cawangan Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Khor Hai Peng (Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting), Katherine Chew (Naib President Kominikasi Resort dan Public Relations untuk Resorts World Genting), Sa’ado Sharif (Hubungan Kerajaan untuk Petron), Azizon binti Abdul Aziz (Wakil Pengurus Kawasan Petron) dan lebih dari 100 hadirin awam. Dato Mark bin Ujin dengan pertolongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Genting Highlands merasmikan acara tersebut dengan menyalakan sebuah obor.

Ahli-ahli JBPM kemudiannya mula memberi taklimat kesedaran keselamatan petroleum dan juga menjalankan demonstrasi etika dan prosedur yang betul. Ini merupakan bahagian yang paling penting sekali, lebih-lebih lagi jika ada sebuah situasi api yang amat membahayakan. Mereka menjelaskan bahawa pihak awam tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya. Untuk diberi contoh, jika ada sesebuah kebakaran tercetus di silinder gas, ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk serta menghentikan aliran gas. Ahli-ahli JBPM juga menjalankan sebuah demonstrasi yang mengujakan dengan menggunakan lori bomba mereka, membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebut, mereka sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam dan kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan tersebut memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut.

Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi - yang lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair - terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG). Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang- undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sifat jahil pengguna tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan. Tambahan kepada perkara yang boleh dan tak boleh dibuat apabila sedang mengisi petrol, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya. Acara ini amatlah penting untuk mengajar dan memaklumkan para pengunjung apabila sudah di kemuncak pada 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya. Pada tahun 2017 sahaja Resorts World Genting mencatatkan rekod 24 juta pengunjung.

Menekankan kepenting acara tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata “Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.” Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah, “Selain dari
memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga staff kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan staf dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini.

Sebuah quiz ‘Pengguna Bijak’ telah diadakan diiringi dengan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP di mana para penonton bersuka ria dalam menjawab soalan. Sementara tujuan acara tersebut adalah untuk menekankan prosedur keselamatan yang diamalkan di Resorts World Genting, pengajaran yang dibentangkan di Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum pada 30 Oktober ditujukan pada semua pemandu dan pengguna, bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh Malaysia.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com