Alami Dunia Fantasi di Hotel Theme Park, Resorts World Genting


Dunia fantasi sinonim dengan dunia kanak-kanak. Tak banyak hotel yang menawarkan persekitaran 'eco-friendly' mahupun 'kids-friendly,' tapi kali ni I dah jumpa satu hotel yang sangat sesuai untuk ibu bapa yang punyai anak-anak tahap imaginasi yang tinggi iaitu Hotel Theme Park  di Resorts World Genting. Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh bersukaria malahan ibubapa pun dapat menyertai keseronokan anak-anak disamping dapat merapatkan silatulrahim yang lebih erat dalam institusi kekeluargaan.

Hotel Theme Park dari lobi sehingga ke bilik serta bahagian pemandangan memang memberikan penginapan mesra keluarga dan sangat selesa dengan suasana cuaca yang sejuk.


Pintu Utama Lobi Hotel Theme Park


Perjalanan dari Sky Avenue ke Hotel Theme Park


Bahagian Luar Hotel Theme Park ketika cuaca hujan renyai-renyai


Pemandangan luar dari dalam Lobi Hotel Theme Park iaitu Talking Garden


Tetamu akan dibawa ke dunia yang berbeza di Tema Park Hotel di Resorts World Genting yang merupakan penginapan mesra keluarga serta kanak-kanak. Lupakan pemandangan stereotaip lobi hotel dengan candelier dan air pancut. Tetamu yang menginap akan dapat merasakan perbezaan persekitaran apabila melangkah ke lobi hotel yang indah dipenuhi dengan pokok besar dari bawah sehinggalah ke siling yang seolah-olah hilang di antara 'awan'.

Pokok besar sehingga ke siling dengan awan yang cantik.


Kaunter daftar masuk berbentuk belon udara panas yang dipenuhi dengan tumbuhan meliar tanaman anggur membuatkan kaunter ini seperti tersangkut didalam hutan rimba yang sangat tinggi sehingga ke siling. Lereng bukit berumput kecil yang menutupi lantai lobi hotel membuatkan kanak-kanak dapat bersukaria dengan penuh keriangan serta membuat kawasan berbukit jadian tu seperti gelongsor.

Ibu bapa yang mengawasi anak-anak kecil mereka boleh duduk di salah satu empat kerusi berbentuk 'periuk kera' untuk menikmati pemandangan hutan hujan sekitarnya dan 'Talking Garden.'


Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh bermain dekat sini, mak orang pun nak 
main juga meluncur dekat atas bukit ni tau.


Eskalator di lobi ini diliputi dengan rekaan corak daun dan batu untuk membawa pelawat ke aras yang lebih tinggi daripada awan menuju ke hotel bilik. Setiap sudut  dihiasi dengan teliti untuk memberi peluang pada diri sendiri menikmati pemandangan sekitar lobi seperti bukit berwarna hijau terang ke gunung jadian yang bersaiz kecil mimik model ala-ala tanah tinggi di Genting. Bagi orang dewasa, ia adalah tempat yang sempurna untuk mengimbas kembali nostalgia zaman kanak-kanak mereka sementara anak-anak akan menjadi tersangatlah gembira untuk menerokai kawasan yang menyeronokkan di dalam hotel.


I rasa macam gergasi bila berada di atas bukit ni. Hehe.


Tempat istirehat berbentuk periuk kera khas untuk ibubapa duduk sambil mengawasi anak-anak kecil bermain di sekitar lobi sambil menikmati pemandangan yang menarik di luar hotel.


2 buah kerusi bersaiz besar terdapat di sudut tepi menghadap pemandangan di luar, bila tengok kerusi ni ada rasa macam dalam cerita 'Alice In Wonderland' tak ? Memang seronok tau tapi cuma kalau you all nak tangkap gambar kat sini kena cepat-cepat sebelum orang ramai paling haru-biru orang yang dalam proses daftar keluar. Beg mereka je atas kerusi ni nanti.


Bagi I kerusi ni memang salah satu tempat yang sangat bagus untuk gambar dalam Instagram tau. memang betul-betul nampak seperti dalam dunia fantasi.


'Quick eats and bites' di F&B outlet Eatopia yang terletak di lobi hotel di belakang kaunter daftar masuk-keluar. Menawarkan makanan seperti roti, 'heat-and-go wraps' dan pasta. Menu hidangan Malaysian seperti Nasi Lemak, sushi, minuman sejuk dan panas. Solusi lebih pantas, pengunjung boleh menikmati minuman terus dari mesin snek dan minuman yang terletak di setiap tingkat di hotel.

So far I dah cuba karipap dan roti sardin haih memang sedaplah, gebu je roti dia. :)


Hotel Theme Park mempunyai 456 bilik merangkumi 8 tinggi di bahagian 'Main Wing' dan 'Valley Wing.'  Hotel Theme Park diberi nama bersempena hari kedatangan Twentieth Century Fox Theme Park. Dato 'Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Hospitaliti di Resorts World Genting berkata, 'Di resort ini, kami mempunyai sebanyak tujuh hotel dan sementara masing-masing mempunyai ciri unik yang berkualiti.

Hotel Theme Park merupakan hotel yang paling menonjol diantara ketujuh-tujuhnya. Matlamat kami di Resorts World Genting sentiasa berbeza dari lain yang lain untuk lobi hotel kami terutamanya dengan berfikir secara luar kotak untuk mencapai kesan WOW itu. Dengan inspirasi dari hutanhujan 130 juta tahun lalu dengan membawa masuk elemen itu ke dalam dengan sentuhan luar biasa seperti memasukkan belon udara panas bersaiz model sebagai kaunter daftar masuk keluar di bahagian lobi.


Dekorasi yang unik memenuhi setiap dinding di dalam kawasan Hotel Theme Park. Tanda-tanda arah di sekitar hotel semuanya dilukis dengan 'tulisan tangan'. Seni halus dan kartun memenuhi dinding untuk tampak lebih ceria dan menyeronokkan.


Koridor yang menghubungkan kedua-dua sayap hotel ini mempunyai lantai dengan corak permainan teng-teng/hopscotch di atasnya supaya anak-anak boleh bermain dengan bersemangat sambil meneruskan perjalanan terus ke bilik. Lampu koridor berwarna ungu menyala di ruangan perjalanan agar nampak lebih menarik dan terang.

Nombor bilik ditulis di atas lantai berhadapan pintu masuk bilik khas untuk melatih anak-anak anda mengenali nombor serta menjadikan ianya permainan yang menyeronokkan untuk anak-anak anda bermain untuk mencari nombor bilik. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malahan menjadikan otak anak-anak lebih cerdas dan pintar tau.




Letak sekeping kad pada bahagian yang disediakan. Yang ni untuk 'switch on' dan mengaktifkan elektrik untuk lampu, TV dan peralatan elektrik dalam bilik ni.


Dekorasi minimalis membuatkan bilik ni nampak lebih selesa, luas dan tidak serabut. Gaya tatami ni macam ala-ala rekaan orang Jepun gitu. 'Less items much better.' Dalam bilik ni ada lukisan sofa, almari, lampu, frame gambar, malahan TV pun dihiaskan dengan lukisan dan bentuk telefon pintar.


Bilik air pula terdapat dua satu untuk mandi satu lagi untuk buang air.


Rekaan yang ringkas ni tetap nampak lebih kemas dan bersih tapi banyak fungsi.


Bahagian buang air.


Ruangan mandi ada air panas tau.


Syampu, perapi dan sabun disediakan dalam tiub ada lukisan yang comel ni.


Pandangan bilik dari arah tempat tidur, memang nampak sangat menarik kan, kanak-kanak memang suka bilik macam ni sebab terasa seperti berada di dalam dunia imaginasi.


Tilam sangat empuk dengan 2 biji bantal warna kuning sebagai bantal peluk. Ringkas tapi selesa sangat-sangat tilam gaya tatami ni tau.


Tiada almari disediakan, beg bagasi boleh diletakkan di ruangan bawah tempat tidur yang disediakan.


Bahagian buat minuman panas seperti kopi, ada chiller kecil sambil menikmati pemandangan di luar.


Pemandangan yang berkabus memberikan suasana yang sejuk dan seronok menikmati kopi panas time ni. 'Panel Blind' ni pun ada lukisan yang cute-cute juga tau.


Ni almari lukisan tapi paling best ada knobs tu boleh sangkut baju sejuk.


Pemandangan dari bilik I. Nampak bilik orang lain Hehe.


Ada safety box boleh simpan barangan berharga dalam ni.


Disediakan cerek untuk masak air panas buat air Teh hehe.


Antara bahan penjagaan kebersihan diri yang disediakan di dalam bilik Hotel Theme Park.


Bahagian papan kayu ni ada panduan untuk TV dan list keperluaan. Boleh dail Nombor jika mempunyai masalah okay.


Then I dibawa untuk bersiar-siar di dalam hotel, terdapat bilik yang boleh memuatkan hampir 6 orang tau. Konsep lagi ramai lagi meriah telah digunakan untuk bilik ni. Sangat sesuai untuk yang datang dengan rakna-rakan atau yang mempunyai keluarga yang besar untuk tinggal di dalam bilik yang besar ni. Saiz bilik air yang besar seperti penampahan 2 sinki memudahkan mereka membersihkan diri sendiri.


Kebanyakan bilik kini mempunyai platform terbina dalam, gaya tatami yang dibina di mana terdapat dua katil bersaiz queen yang selesa boleh memuatkan empat tetamu di bilik Quads. Sebuah katil dibuat ala-ala 'double-decker' di salah satu atas tilam bersaiz ratu, untuk memuatkan enam pengunjung yang tinggal di dalam bilik itu. Sangat bagus untuk ibubapa yang ingin berehat tanpa anak-anak bersempit-sempit untuk tidur bersama tau.


Bagi yang nak berbulan madu pula, Hotel Theme Park tidak terlepas pandang juga tau, terdapat beberapa bilik yang sesuai untuk 'ovely birds,' atau yang baru berkahwin atau yang nak mengimbau balik malam pertama. Haa boleh leh tempah bilik ni.



Terdapat empat bilik suite bulan madu di hotel ini yang menghadap panorama yang menarik tanpa gangguan dengan menawarkan pemandangan hutan gunung semulajadi yang lengkap 'claw foot tub' di ruang tamu. Bilik suite ini dihiasi dengan warna dinding ungu yang dipadankan dengan permaidani mewah untuk menghasilkan suasana romantis yang persekitaran yang sempurna dan berbeza sama sekali dari seluruh hotel. 

Terdapat empat jenis tahap romantis iaitu courtship, proposal, perkahwinan dan bulan madu - semua suite dari unit tersendiri, hiasan yang unikdan dipenuhi dengan perhiasan yang romantik.

Apa pun dalam banyak-banyak bilik yang ada di dalam Hotel Theme Park, Resorts World Genting ni, I rasa bilik honeymoon ni la paling I suka sebab ada banyak cermin. Boleh tengok muka sendiri all the times, ugh hantu cermin betul perangai. hehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai HotelTheme Park sila layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-6101 1118.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com