Cara Nak Masak Ikan Sardin bagi Sedap dengan ringkas


Sardin dalam  tin adalah makanan pilihan setiap kali pertengahan bulan. haha, usually I akan buat stok dalam 5-6 tin bersaiz kecil masa time dapat gaji haha. Buat stok untuk menghadapi pertengahan bulan so tak adalah kedengaran perut kebulur time tengah terdesak tu haha.

Tapi sardin dalam tin sebenarnya banyak resepi yang boleh dibuat, kawan I si Ara dia buat gulai sardin not bad sedap tau. I pula suka buat sardin masak macam biasa je haha janji sedap dan PEDAS.


Bahan-bahan yang paling mudah :

  • Cili api
  • cili merah
  • halia
  • bawang putih
  • bawang merah
  • Sardin
  • garam sikit
  • minyak
  • pes tom yam thailand (optional)
  • Sos cili (optional )
  • sos tomato (optional )
  • cili giling
  • air
Mula-mula potong je semua bahan cili api cili merah halia bawah putih bawang merah tu ikut saiz yang nak lah.

Lepas tu masukkan minyak dalam kuali, semua bahan yang telah dipotong lepas tu masukkan semua pes tomyam, sos cili sos tomato cili giling... lepas tu gaul gaul la macam biasa...

lepas tu masukkan sardin..
lepastu masukkan air ikut saiz tin sardin...
lepas tu letak garam sikit..

lepas tu....



Tadaaa dah siap, simple je tapi sedap bila makan dengan nasi panas dengan sambal belacan dengan budu ke.. haha


Ayam brand ni hadir dengan cili tuna PEDAS...
haha apa lagi makan dengan roti je la jawabnya..
memang mudah pagi-pagi bila nak ke ofis..
sapu je kat atas roti...
memang awesome la..

paling best ianya PEDAS sebab ada cili dalam tu..
memang nyum nyum nyum..

dari nak makan 2 keping roti je dah termakan sebuku roti, ape kes ?
sebab sedap sangat guys.. memang layan habis..

kalau nak pergi picnic boleh je bawa ni hehe..


So apa lagi pergilah dapatkan di pasaran terdekat you all,
harga dia ikut pasaraya je la..
ada yang jual murah sikit ada jual mahai sikit..
kena pepandai main harga gitu..





Ayam Brand Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan 
Warisan Budaya Malaysia Selama 126 Tahun

Shah Alam, 14 September, 2018 – Dari zaman British Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”.

Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. 

Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.

Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.

Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.

Kualiti sebagai keutamaan
Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran.

Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai. Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. 

Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.

Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk. Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat.

Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar.

Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan.

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016,

Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com