Banyaknya Pilihan makanan segar di Pak John Steambot & BBQ IOI City Mall


Berita baik buat peminat steambot yang tinggal di area Putrajaya, Kajang dan Bangi. Pak John Steambot & BBQ kini dah dibuka di IOI City Mall Putrajaya dan merupakan Best Buffet In Town. Sebelum ni Pak John steambot mempunyai cawangan di E-curve sekarang di sini pula. Aduh time tengah musim hujan-hujan ni memang enaklah melayan Steambot tau.

Memandangkan suami dan anak-anak I peminat steambot jadi kami ambil kesempatan untuk singgah dan melihat sendiri makanan yang dihidangkan di situ. Lagi pun rumah I ke Putrajaya tu lebih kurang 20minit je jaraknya kalau tak Jem hehe.


Dibuka dari 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari kita semua boleh menikmati pelbagai pilihan makanan yang segar dan enak di Pak John Steambot kira-kira lebih dari 160 jenis makanan mentah. Terdapat 5 jenis sup yang anda pilihan iaitu sup udang, sup tom yam, sup miso, sup ayam dan sup kari. Tapi kali ni I pilih sup miso sebab ianya tak pedas dan sesuai untuk anak-anak I.

Harga pula untuk dewasa waktu weekdays tengahari RM32.90+ waktu malam pula RM42.90+ manakala waktu cuti sekolah ke cuti am ke RM42.90. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun waktu weekdays tengahari RM17.95+ waktu malam RM22.95+ manakala weekend RM22.95. Budak bawah 5 tahun makan adalah percuma sebab dorang bukan makan banyak pun kan. hehe.


Pak John Steambot & BBQ terletak di level GE-11 Ground Flour, IOI City Mall, dia mengadap bahagian luar tau bahagian yang berdekatan dengan kawasan santai dan kolam The Symphony tu bukan level bawah tu, kesian I sesat mencari restoran ni... Ingatkan Laki I dropped I boleh I tunjuk muka awal sekali husband dengan anak-anak I yang sampai dulu. No wonderlah kaum perempuan ni map failed. kah kah kah.


Pak John Steambot & BBQ IOI City Mall hanya sediakan makanan yang berkualiti dan segar sahaja tau, tak percaya korang kena pergi lawat sendiri.


Bahagian pemanis mulut ada macam-macam jenis kek dan puding but I sedih I couldn't fit my tummy dengan ni sebab perut I dah penuh dengan cendawan. :( But nanti I will re-come back untuk pencuci mulut kat sini. Tapi yang buah-buahan I sempat makan tembikai je ahahha. Ada kek pandan, kek coklat, kek oren, yang ala-ala campur campur tu ada susu sumi jeli, fruit cocktail, cendol santan dan sagu santan.


Yang ini pula makanan yang sudah siap digoreng, memang sedap sebab crispy dan crunchy terutamanya bean curd king, fried nugget, friend chicken cocktail, fried chicken fillet, dan macam-macam lagi yang enak-enak di sini hehehe.


Terlampau banyak pilihan sayur-sayuran juga antaranya sayur kobis, sayur sawi, sayur sio pak choy, cendawan pelbagai jenis, brokoli dan macam-macam lagi. Restoran ni tidak terhad hanya daging sahaja maknanya yang vegeterians pun boleh makanlah dekat sini.


Yang ini pula paling syok sebab ada pelbagai jenis seafood, daging, bebola dan macam-macam lagilah, Kegemaran husband I semestinya siput buluh, I pula minat betul makan daging sebab rasa daging dekat restoran ni memang marvellous.


Ais krim pun ada, ugh yang ini I tak bagitahu lagi anak-anak I kalau tak confirm yang ini yang diaorang sergah dulu. hehe.


Bahagian pemotong daging. Haa dekat bahagian ni dia akan potong daging-daging yang RARE, susah dapat dan sangat special, scroll lagi gambar daging apa yang dorang serve special sangat ni.


Hidangan air dari yang berkabonat, jus, kopi dan air bersih.


Pelbagai jenis pencicah. Kalau nak butter pun ambil dekat sini juga. Dari cili api yang pedas sampai mayonis yang tak pedas semua ada dekat stesyen ni.


Ni dia daging-daging yang special yang dipotong di stesyen pemotong daging tadi, kepingan daging itik, kepingan  daging lembu premium dan juga kepingan abalone.


Lepas dah pilih-pilih masa untuk steam dan grill semuaanya... Nak makan sambil memasak sekali ye masing-masing.


Pilihan sos pencicah I ambil, sos cili, sos bawang, mayonis, minyak bawang goreng, ckepingan cili, budu, sambal belacan dan sambal hijau.


Yang ni pula sayur-sayuran yang I pilih macam biasa semuanya kegemaran I.


Budak-budak kali ni sangat BEHAVE mungkin sebab teruja dengan makanan yang disediakan atas meja ni hehe.


Bagi yang tak nak makan NASI, yang ni adalah pilihan MEE yang korang boleh pilih antaranya mee ramen dan juga mee udon.


Ambil makanan banyak-banyak pastikan SILA HABIS ! Jangan membazir tau ingatlah pada mereka yang tiada makanan ;(


Pak John Steambot & BBQ  IOI City Mall sangat digalakkan makan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Memang bagus untuk eratkan silatulrahim guys.

Apapun bolehlah pergi lagi sekali kat sini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Pak John @ IOI City Mall
GE-11, Ground Floor,
IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor, Malaysia.

Tel:
012-251 8289‬, 03-8957 1128

Web :
www.pakjohn.com

Facebook :
https://m.facebook.com/pakjohnioicitymall/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com