Makan angin bersama keluarga ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara


Hi, pembaca-pembaca sekalian ! Pening tak memikirkan tempat yang sesuai untuk membawa keluarga berjalan? Especially to those yang dah janji dengan anak-anak nak bawa diorang mandi pantai musim cuti sekolah nanti. HAHA. Anak-anak memang nak mandi pantai je, yang dewasa ni lebih prefer tempat yang relax-relax sambil menjamu mata dan merehatkan fikiran. So, I rasa Pulau Pinang could be the best place. Why Penang? Penang boleh ditujui dengan kapal terbang dan tak perlu drive yang pastinya membuatkan anak-anak lebih teruja. Tak semestinya pergi ke luar negara je okay. Tambah-tambah kalau bajet untuk bercuti tu sederhana saja. Lagipun, lebih bagus kita spend under bajet dan yang paling penting, bawa anak-anak kenal dengan tempat-tempat dalam negara terlebih dahulu before kenal negara luar. Betul tak? Then, Penang ada pantai yang popular dan cantik, ada kawasan tanah tinggi, ada makanan-makanan yang sedap, ada tempat shopping yang besar, ada heritage site untuk anak-anak belajar juga. Sekarang korang fikir sendiri, best tak Pulau Pinang ni?

Jom I cerita percutian I from Kuala Lumpur to Penang dan balik semula ke Kuala Lumpur. I book flights ticket lebih kurang dua minggu sebelum tarikh percutian I book guna Traveloka apps di mana I boleh compare and pick the best flights from Kuala Lumpur to Penang and return. Best yang I maksudkan tu adalah murah dan sesuai dengan waktu perjalanan yang I nak. So, bergerak lah ktorang ke Penang dengan flights. I boleh rehat tak payah drive, anak2 pun sangat teruja. Sampai di Penang I guna grab car je. Sepanjang percutian di sana I hanya menggunakan grab car. Senang, tak payah I cari parking, isi minyak, penat drive cari jalan. Betul-betul I rasa dalam percutian. Wr all stay di sebuah hotel empat bintang di persisiran pantai Batu Ferringhi namanya Lone Pine hotel. Disebabkan bercuti dalam negara, boleh lah I spend lebih sikit untuk penginapan yang best. Ini pun I book guna Traveloka apps. Disebabkan cuti sekolah, kebanyakan hotel area Batu Ferringhi ni dah fully booked. Check in je hotel terus lah kanak-kanak riang keluar bermandi pantai. Malam tu ktorang jalan-jalan di Pasar Malam Batu Ferringhi.

 On the second day, We all tour Pulau Mutiara ni. Ktorang pergi Bukit Bendera. Disebabkan kawasannya yang lebih tinggi iaitu setinggi 735 meter di atas paras laut, suhu pun agak sejuk sikit apatah lagi waktu I pergi ni masih pagi dan. Ktorang beratur untuk naik kereta kabel untuk sampai ke atas sana. From up there, we could see the whole island, kehidupan flora yang segar bugar dan ada yang rare yang ktorang tak pernah tengok pun. Memang kehidupan flora di sini dijaga rapi. Lepas Bukit Bendera ktorang pergi ke Penang Heritage Trail. Sini tempat untuk bukan saja anak-anak tapi termasuklah yang dewasa-dewasa ni belajar sikit tentang sejarah-sejarah Pulau Mutiara ni serta sejarah pembentukan Malaysia yang berbilang kaum. Sampai penat berjalan so ktorang naik beca sekejap. Sambil berjalan di sini, ktorang singgah makan nasi kandar di Jalan Masjid Kapitan. Puas hati betul makan di Penang ni. Tak lapar lah bak kata orang berjalan ke Pulau Pinang ni. Disebabkan Jejak Warisan Pulau Pinang ni terlalu besar, tak semua tempat ktorang cover. Then ktorang ke Penang Mural Street Art di mana banyak lukisan-lukisan unik dan menarik serta banyak juga makanan-makanan jalanan yang sedap untuk dijamah. Tak terlalu lama spend masa di sini sebab kanak-kanak Ribena nak sangat ke Taman Rama-Rama. Di Taman Rama-Rama ni ktorang boleh tengok dan belajar tentang banyak sepsis rama-rama. I ingatkan satu jenis je. Mana yang terbang warna warni sama je rama-rama I rasa. Siang yang sangat panjang, empat tempat ktorang pergi. Balik malam tu terus pengsan.



On our last day there, of course bawa anak-anak mandi pantai round 2. First day mandi waktu petang, last day mandi waktu pagi. Best diorang main istana pasir bagai. Then ktorang check out dan jalan-jalan Georgetown sikit. Membeli sikit apa yang teringin dan terus ke airport. Flight balik ke KL disebelah petang so tidak lah terkejar-kejar. Total bajet I spend untuk percutian ni adalah 3K termasuk makan, penginapan, transport di Penang, flight tickets dan shopping apa yang teringin. Itu pun ada lebih sikit-sikit. I rasa bijak sangat plan I ni dan bagi 5 bintang untuk percutian ni. HAHA.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com