DYXY Cosmetics Jenama Penuh Kontroversi tetap masih disukai

Masa I duduk scrolling timeline facebook terkeluar satu pos dari seorang mamat bermask yang dalam golongan antiskuadprodukkilo yada yada bagai memberi info negatif mengenai satu produk kosmetik yang viral dan penuh kontroversi iaitu DYXY Cosmetics (BOLEH BACA kat >> sini <<). To be honest I pun masih belum pernah mencuba lagi produk kosmetik ni. Dalam Instagram juga I sendiri dah saksikan beberapa instafamous termasuklah artis popular dah mengenakan sendiri produk DYXY Cosmetics ni. So far I memang terpegun hasil yang terhasil dari DYXY Cosmetics ni, nampak ploles jadinya memasing.. dah cantik pakai DYXY Cosmetics lagi bertambah macam anak patung jadinya.

Benda sekarangnya,
apa yang I sempat perhatikan komen yang berbaur negatif dan busuk rata-rata oleh netizen di dalam satu post viral ni.. kebanyakan ada yang cakap produk tersebut tak sesuai untuk wajah mereka, wajah menjadi teruk, wajah naik jerawat dan sebagainya, paling busuk pun ramai cakap DYXY Cosmetics ni produk S****H dan produk yang DIREBRAND. Sejauh mana kebenarannya I pun tak boleh nak pastikan.

Namun disebalik ayat ayat keji netizen mengenai produk DYXY Cosmetics ni (terutamanya pandai komen tapi dah cuba ke belum?) , I cuba mencari golongan yang masih suka dan masih pakai produk DXYX ni..

Antara INSTAFAMOUS yang berani mencuba sendiri kosmetik penuh kontroversi ni
Apapun susah nak kaitkan produk DYXY Cosmetics ni dengan produk tak berguna langsung sebab entahlah I pun tak pakar mengenai bahan yang digunakan sebab banyak produk lain I dah calit calit dekat wajah I sendiri, to be honest apa-apa produk walaupun organik tak organik, ada bahan kimia yang sudah ada dermatologist tested ke produk yang jual kat watson atau guardian kalau I yang pakai keluar naik ruam ke naik alergik ke naik jerawat I akan immidietlty stop sebab I tahu ianya tak sesuai untuk kulit I, ada je produk mahal I guna tak sesuai untuk kulit I... Mengenai DYXY Cosmetics I pun tak boleh nak komen buruk sebab I sendiri masih belum cuba lagi..

Menurut Meen Embong di Facebook miliknya : 


Dan I cari juga penerangan lanjut tentang DYXY Cosmetics Cosmetics dari pihak DYXY Cosmetics sendiri di laman youtube mereka :



Apa pun disebalik caci maki netizen mengenai produk viral DYXY Cosmetics yang penuh kontroversi ni selebriti seperti Didie Alias juga turut menafikan penggunaan produk kosmetik yang diwakilinya mendatangkan masalah kulit kepada pengguna seperti didakwa seorang bekas penjual barangan berkenaan. Baca di >> sini <<

Antara Produk yang Viral dari DYXY Cosmetics adalah BC Cream Foundation, menurut cantik-belaka BC cream foundation DYXY Cosmetics ni diperbuat dari Korea kombinasi BC cream + concealer dimana ianya sesuai untuk semua jenis kulit, kulit kusam, sensitif dan juga liang pori yang terbuka.  I sebagai seorang beauty blogger teruja juga BC cream foundation DYXY Cosmetics ni diformulasikan dari mineral dan ekstrak Arbutin yang dikatakan boleh bantu merawat masalah kulit dan memperbetulkan warna tona kulit.
Sebab ramai yang sangat sukakan DYXY Cosmetics BC cream foundation ni sebab ada yang kata ianya jimat, pakai foundation ni je tak payah pakai bedak ala-ala all in one siap ada SPF 50++ untuk perlindungan dari sinaran UV Matahari yang berbahaya. Ramai mengakui pula yang DYXY Cosmetics BC cream foundation ni buat wajah nampak flawless dan tidak berat, ringan macam tak pakai apa-apa produk makeup pada wajah.

Selain daripada cream foundation, DYXY Cosmetics juga memperluaskan rangkaian kosmetiknya seperti DYXY Cosmetics Green Tea Mineral Face Mist sebagai penyegar wajah, base makeup, buat makeup jadi tahan lama, melembab dan menyerikan lagi wajah sebelum dah selepas makeup, lembut pada kulit, 100% tanpa bahan yang kimia yang berbahaya dan penggunaan boleh tahan 2 hingga 3 bulan mengikut kekerapan kegunaan. Antara bahannya adalah seperti zar mineral dan juga green tea. Apa pun Cantik Belaka claimed yang DYXY Cosmetics Green Tea Mineral Face Mist ni buat muka dia terasa lembab dan lembut sekali gus mist ni dah masuk rutin kegemarannya.

DYXY Cosmetics juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan berus sendiri dimana ianya akan menghasilkan finishing bedak asas yang kemas dan tidak bercapuk serta menjimatkan foundation sebab tekstur tidak menyerap ke dalam berus. Berus ini menggunakan bulu yang berkualiti tinggi, super lembut dan pemegang yang gemuk supaya pengguna dapat memegang tanpa 'slippery' gitu. Lagi satu berus ini juga dikatakan HALAL bukan dari berus oink oink jadi pengguna muslim muslimat di luar sana tak perlu risau mengenai bulu apa yang digunakan, huhuh..

DYXY Cosmetics juga hadir dengan rangkaian gincu bibir.. iaitu Moist matte lipsticks, katanya lepas makan dan minum takkan tinggalkan stain kat cawan tu, I tak boleh cakap banyak sebab masih belum guna lagi produk dari DYXY Cosmetics ni... tapi tengok warna, ada merah ( cherry red ) coklat ( sexy nude ) ngan pink ( flirty me ), tengok gaya warna yang sesuai dengan warna kulit I la.. paling best ketiga-tiga warna ni boleh digabungkan so bolehlah buat ombre gitu..

Maskara pun salah satu item yang tidak dapat dipisahkan untuk wanita macam I, DYXY Cosmetics juga secara tidak langsung mengeluarkan produk untuk memanjangkan bulu mata bagi yang tak gemar guna bulu mata palsu boleh lah cuba cuba maskara dari DYXY Cosmetics juga..

Face Mist packaging lama warna hijau..


Face Mist yang terbaru warna hitam jadi DYXY Cosmetics nampak lebih elegan dan boleh dipercayai..

Bagi yang tak tahu produk DYXY Cosmetics ni diasaskan oleh jutawan muda iaitu Dyana Roslan yang kini telah melebarkan sayapnya dalam empayar perniagaan serta produk ini mempunyai pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) serta telah di'approved.' Paling menarik kalau you all search DYXY Cosmetics dalam IG, Internet sudah ramai testimoni, artis, serta influencers yang sudah pakai dan cuba sendiri produk ni.

Apa pun biasalah produk bumiputra memang akan selalu jadi kontroversi dan viral bagi yang tak sesuai untuk kulit mereka... DYXY Cosmetics dijual dengan harga :


Harga LOOSE ITEM DYXY COSMETIC HQ :

BC Cream Beige/ Natural : RM85
Facemist : RM60
Brush : RM40
Maskara : RM65
Lipdtick : RM45

Price List DYXY Cosmetics HQ :

Set Basic Lady D : BC cream beige/natural, brush/lipstick RM150
percuma huda beauty kecil, cermin kecil, brush egg dan Nars eyebrow liner

Set perfect Lady D : BC cream beige/natural, brush/Facemist/lipstick RM190
percuma huda beauty caramel melange ( bunga), eye curler, cermin besar, brush egg, nars eye brow liner

Set Beauty Lady D : BC cream beige/natural, brush/Facemist/mascara RM210
percuma huda beauty caramel melange ( bunga), eye curler, cermin besar, brush egg, nars eye brow liner

Set Complete Lady D : BC cream beige/natural, brush/Facemist/lipstick/mascara RM250
percuma S.F.R color professional makeup palette ( 18 color eyeshadow&6 color contour), morphe eye curler, cermin besar, brush egg, nars eye brow liner

 apa pun untuk maklumat lanjut, sila layari DYXY Cosmetics :

www.syafierayamin.com