Menu sajian Buffet Ramadhan yang Enak di Funtasia, Hotel Bangi Putrajaya 2018


Menu sajian Buffet Ramadhan yang Enak di Hotel Bangi Putrajaya 2018 tahun memang tidak mengecewakan sebab.......nya.... Ada Durian serawa... ahahahha... sape peminat durian korang boleh lah cuba try hidangan ni sebab I akui 3 kali tambah 3 kali licin makan durian serawa dengan pulut. Rasanya masa Buffet ramadhan di Bangi Putrajaya nak layan makanan lain pun tak sempat sebab melayan durian serawa ni je hahaha....


Menu sajian Buffet Ramadhan yang Enak di Hotel Bangi Putrajaya 2018 kali ni juga menggunakan konsept JOM IFTAR ! haa direct to the point gitu yang akan bermula dari 17 May sehingga 14 Jun 2018, yang paling menarik kan bagi anda yang tempah awal akan korang dapat tawaran RM90 untuk dewasa kanak-kanak pula RM45, kalau lambat tempah korang kena bayar around RM120. Jadi boleh buat tempahan sekarang.

Banyak juga sajian yang menarik sampai korang pun rambang mata nak makan apa tapi berpada-pada ye. Macam I ambil banyak juga jenis makanan tapi dalam portion yang kecil sekadar untuk merasa. Bila dah merasa dah tahu mana yang kena dengan anak tekak baru ambil portion yang banyak sikit.

Jadi tak ada lah membazir makanan...
Satu je jangan fikir nafsu JANGAN TAMAK untuk elakkan pembaziran makanan...
makanan yang masih belum sentuh dan dalam keadaan baik tu akan diagihkan pada mereka yang memerlukan okay...


Kambing Golek.. kambing bakar, menu wajib perlu ada setiap kali time ramadhan sebab makan kambing ni dah sinonim untuk orang-orang muslims dalam Malaysia ni tau.. selalunya memang sedap bila dimakan sekali dengan sos lada hitam..


Kalau yang jenis suka benda yang berkuah bolehlah cuba sendiri Sup kambing, tulang dan daging..
boleh pilih nak mee atau bihoon sup.. letaklah sikit kicap cili api... confirm kaw !


Dalam mangkuk cute miut ni ada mix fruits.. tapi dia dalam ferris wheel tak berani pula nak sentuh, ku ingatkan perhiasan sahaja hehehe..


Yang ni bahagian masakan carbs... ada pasta ada  ada telur ikan masin...ada salad juga tau..


Terdapat juga stesyen pizza guys... grab a slice kalau tetiba rasa nak makan pizza, omg suddenly I'm feeling hungry-mungry meh ;(


Mushroom soup memang kegemaran I, selalunya kalau nak sup cendawan yang berkrimer ni memang enak kalau makan sekali  dengan roti bulat boolat gebu gebas macam ni...


Aneka kueh-mueh tradisi melayu pon hado antaranya kuih lopis, seri muka, puteri, pulut panggang dan pelbagai lagi..


Kurma juga turut disediakan sempena ramadhan yang semakin dekat ni..


Pengunjung yang hadir pun dok rambang mata nak pilih menu masakan yang mana..


Pelbagai jenis masakan yang enak sedap untuk dimakan.. hee..


I suka kueh ni... sedap..


Dessert dalam cawan heheehhe..


Jeruk dan buah-buahan ni kena cicah dengan kuah yang disediakan baru awesome rasanya..


Rojak pasembor korang kena try, biarkan dorang yang sediakan  untuk rasa...


Menu kegemaran anak I tak lain tak bukan roti canai.. dengan kari ayam tanpa tulang... yang kecil bentuk petak tu ialah murtabak..


yang I ambil ni sup tulang, daging dan kambing... rasa sup dia sangat kaw dan lembut je isi daging nya..


Time tu dah habis banyak satay. Satay memang laku keras.. haha mana-mana I pergi satay memang cepat habis, I syak rakyat Malaysia memang suka makan makanan yang berlidi...

Apa lagi cepat-cepat tempah awal untuk dapat harga yang setimpal dengan Menu sajian Buffet Ramadhan yang Enak di Hotel Bangi Putrajaya 2018... early bird RM90 untuk dewasa manakala RM45 untuk kanak-kanak RM45 tapi kalau lambat kenalah bayar RM120... heee...

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
http://www.hotelbangi-putrajaya.com/

Nak tengok I makan dan FOOD tour di Hotel Bangi Putrajaya, boleh tengok rakaman LIVE I di sini :

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com