|BAJET MURAH| Tanpa MESIN dan JARUM | DIY Tutu Skirt Rainbow Untuk Parti Unicorn (Malaysia)


Hi you all !
Sorry lama bangat seyh I tak mengupdate blog I, Rasanya dah nak dekat seminggu ya sebab biasalah busy dengan pilihan raya Malaysia yang ke 14 tahun 2018 ni. Apa pun I nak ucapkan TAHNIAH pada Pakatan Harapan sebab berjaya mneraih undi yang bisa sekali menumbangkan BN yang telah berkhidmat pada negara selama 60 tahun lebih. Kali ni I hanya harapkan agar Malaysia bebas dengan korupsi dan sengsara selama wujudnya GST ! Kali ni juga #Wawasan2020 bakal menjadi  quote untuk I semoga berjaya dan maju untuk memperbaiki kehidupan sendiri.

Tapi back to the real tajuk ya !
Ingat tak last first April yang I sempat JOIN The Butterfly Project's Ulang tahun yang ke 4 ? Kalau tak ingin sila tekan di >sini

Kali ni I nak ajar cara macam mana nak buat Skirt Rainbow Tutu Skirt bila berpusing tergedik-gedik tu. hahahah. Maaf ya kalau I bagi steps by steps pun ada yang tak faham bolehlah you all google orang putih punya youtube ( How to make a Tutu Skirt ) I dapat inspirasi dari youtuber fashionista di situlah. Sebab memandangkan nak mencari skirt cenggini jangan haraplah nak jumpa kalau cari kat kedai-kedai dalam Malaysia ni HAHAHA. Kalau ada pun KHAS only for KIDS sehelai pun dah kira mahal lah juga ya !


Jadinya I decided untuk buat sendiri dengan 0 knowledge mengenai jahitan 0 knowledge mengenai jenis kain, tapi ku bedal saja lah.

Memandangkan cari punya cari TOP(pakaian) yang kononnya nak buat sendiri tapi ( 0 TIME ) jadinya I pusinglah sekitar TIMES SQUARE JALAN IMBI tu dari tingkat atas ke bawah cek satu-satu kedai and FINALLY terjumpa 1 kedai pakaian ni jual lencana yang dia sediakan servis untuk tampal badges kat pakaian. Haa dekat kedai tu la I jumpa baju ni.. tak silap RM39 sehelai.. huhuhh ikut bajet yang tak berapa banyak ni memang I grabbed sajalah baju warna purple cair ni hehehe.

Tapi I ADDED ON la bahagian leher dan lengan tu, I jahit lace kilat-kilat kat situ. Huhuh kasi gemerlapan bling-bling magikal gitu, dah nampak pun fantasy unicorn world kan. huhuh.

Kalau you all perasanlah banyak tutu skirt jenis ketot kemetot je saiznya, nampak spenda pon hado.. disebabkan I ni ada iman sikitlah jadinya I labuhkanlah sikit, hahhaha... barulah nampak macam beradab dan sopan sikit lah Lady Unicorn dress I ni. Huuahwuahahuwah...

Bahan yang sangat ringkas dan hmmph nak cerita pun segan...
Jadi I buat ikut bajet I la rasanya bawah RM200 sahaja semuanya hahahhaa...

Reben ( I ambil reben kotak Eucerin )
Kain Urganza pelbagai warna ( beli dekat Jalan TAR, tak ingat lak kedainya ) RM3.90 semeter..
I ingat lebih kurang 10-15 meter I beli Hahaha...
lepas tu potong lah ikut saiz ketinggian..
lepas tu potong halus halus...
macam dalam gambar..

Then...
Kain yang dah dipotong halus halus  mengikut ketinggian.. (ikut you all nak potongan kemas or not macam I messy sangat siap keluar benang-benang tercarik ahahha)
Ikat kain tu pada reben...


Nak tengok FULL  BFranklinCrafts macam mana nak ikat kain tu pada reben tu.. Tekan >sini<


Setelah percubaan yang pertama, fuh boleh tahan..
masa awal-awal dok mengikat rasa sangat akward..
dah lama-lama rasa okay gitu..


Fuh akhirnya jadi juga tutu skirt messy one by me haha..


Bila dok syok mengikat tu, jangan lupa penuhkan reben tu sampai habis ya...
reben tu ikut lilit pinggang la..
I ikat mati pada penghujung reben tu bila dah ikut saiz pinggang I..


Tadaa, lepas dah siap gila kau tak puas hati, take time jugalah, sebab I buat sejam kadang-kadang ambil masa jugalah sebab I kan multi-tasker.. heee.


Yang Unicorn band pun I buat sendiri je la.. pakai hard cover book untuk buat tanduk unicorn tu huhuhu... lepas tu ambil je la kelopak bunga cantum pakai gam UHU huhuhu..


Rambut extesion I beli 1 RM5 tak silap, adush banyak gua lupa siot..


Warna purple warna aura fantasi tau..
Nak tahu gaya makeupku..
Boleh tengok dekat youtube I tau..



So macam mana ada rasa nak buat tutu skirt ala-ala uncorn macam I...
Paling best I am so happyy that in The Butterfly Project voted my dress..
And I won a trollbeads bracelet on the day..
Thank you so much guys..
I am so terharu...

XOXO,
syafiera.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com