Sensez Beauty Rangkaian Produk Penjagaan Diri Bebas Paraben


Baru-baru ni kan, I baru cuba sendiri produk penjagaan diri dari Eco Bliss iaitu Sensez Beauty. Cuma kali ni I rasa seronok bila bahan yang digunakan kebanyakan bebas paraben. I percaya yang sekarang banyak pengasas produk dah ada kesedaran mengenai bahayanya paraben pada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Ecobliss mempunyai kepercayaan yang kuat mengenai pengguna yang mengimpikan kecantikan, kesihatan dan juga mengikut perkembangan trendi semasa. Sensez ni diformulasi dan direka secara khas terutamanya cucian tangan dan krim mandian. Sensez ni asalnya dari perkataan 'senses.' Sensez ni akan memberikan pengguna kepuasan sensual, kesihatan dan kecantikan luar dan dalam yang akan membuatkan anda semua rasa lebih yakin sepanjang masa.


Sensez antioxidant hand wash apple + cucumber 475ml.

Ianya bebas paraben khas untuk memberikan kesegaran berganda dan melembabkan kulit. Seperti yang kita tahu epal sangat kaya dengan anti oksida yang boleh melewatkan proses penuaan manakala timun pula mempunyai agen penyejuk dan anti keradangan. Aroma haruman buah epal ni sebenarnya dapat memberikan pengguna bau yang manis dan terasa macam nak makan je heee tapi please don't do that okay. hehe.



Sensez Essential Nourishing Shower Cream with  Goji Berries dan oat 380ml.

Ianya mempunyai dua jenis bahan seperti goji beries yang kaya dengan anti-oksidan, meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan komplesi kulit lebih bermaya manakala kandungan oat pula mempunyai sumber amino asid yang tinggi dalam kalangan bijirin serta membantu merawat masalah kulit yang kering dan gatal secara efektif.


Sensez Essential Extra Whitening Shower Cream with Goat's Milk and Pearl 380ml

Yang ini khas untuk anda yang suka akan kemewahan sebab ada kandungan mutiara dan beras. Mutiara ni ialah sumber protein, kaya dengan asid amino dan juga mineral serta meningkatkan keanjalan kulit tambahan lagi membuatkan kulit nampak lebih berseri manakala beras adalah bahan yang mempunyai lembapan yang semulajadi, meremajakan kulit, meremajakan dan melembutkan kulit.


Sensez Essential Smoothing Shower Cream with Centella Asiatica & Aloe Vera

Ianya mengandungi Cantella Asiatica iaitu sejenis herba yang kaya dengan bahan anti oksida. Melegakan dan merapikan kulit anda serti meningkatkan penghasilan kolagen. Aloe vera pula ialah bahan untuk melembab dan agen merawat kulit.


Sensez Beauty Clean & Fresh Hair Shampoo For scalp treatment with panthenol & rice extract 380ml

Kali ni I dah cuba sendiri syampu dari sensez ni dimana syampu ni mengguanakan bahan botanik yang membantu untuk membersih dan menyegarkan kulit kepala. Kaya dengan oryza sativa ( beras) seed proten dan juga oryza sativa (rice) extracts. Ianya membantu mengurangkan keguguran rambut serta anti-kelemumur. Disamping itu ianya menggalakkan lagi pertumbuhan rambut baru. Paling best syampu ni membersihkan rambut secara mendalam dan menyingkirkan minyak berlebihan. Syampu ini juga kaya dengan vitamin B5 dan esktrak beras. Ianya juga bebas paraben.


Sensez Beauty Instant & Intensive Hair Repair treatment for dry & Brittle Hair 280ml

Bagi yang mempunyai masalah rambut kering dan kasar, kali ni I boleh rekomen anda mencuba sendiri Sensez Beauty Instant & Intensive Hair Repair treatment for dry & Brittle Hair bagi melembutkan pangkal hujung rambut serta melembabkan rambut. Aplikasi pertama anda boleh nampak hasil yang cepat sebab ianya mempunyai bahan untuk menyimpan dan mengunci lembapan. Disamping dia buat rambut jadi kembang cantik, lembut dan rambut nampak lebih sihat dan kuat. Paling best Sensez Beauty Instant & Intensive Hair Repair treatment for dry & Brittle Hair ni ianya bebas paraben dan juga silikon.


Sensez Beauty Anti-bacterial perfumed hand gel gift set with vitamin E (30ml x 4)

Yang ni ala-ala hand sanitizer lah bersaiz kecil dan senang nak bawa travel. Kalau nak nyahkan bakteria pun boleh pada bila-bila masa. Sanitizer ni berasaskan gel yang kaya dengan vitamin E untuk memastikan tangan lebih bersih serta dilindungi dari kuman penyebab penyakit. Bahan lain yang ada dalam ni ialah citrus, sea breeze, anggur dan aroma strawberi.

Bagi anda berminat untuk dapatkan produk Sensez Beauty ni you all boleh beli memlalui online, watsons,  lazada, goshop dan Iprice.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sensez Beauty ni sila layari :
http://www.ecoblisslifesciences.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com