12 Menu yang menyelerakan di Blue Cafe @ Bandar Mahkota Cheras

Baru-baru ni kan  I dah spent Ahad I berada di Blue Cafe @ Bandar Mahkota Cheras. Salah satu kafe yang berada berdekatan dengan Aeon Bandar Mahkota Cheras tapi tak silap dah start renovate baru agaknya Aeon situ. Hehe apa pun I nak cerita pasal Blue Cafe ni.. Blue Cafe ni ialah restoran yang menawarkan menu makanan ala-ala western gitu.. macam-macam ada dekat sini... termasuklah rendang... skroll bawah tau rendang apa..

Tapi kat Blue Cafe ni sampai rambang mata nak pilih makanan apa tau, harga dia pun memang ikut agak semasalah dan berbaloi dengan menu yang disediakan..

So far banyak menu makanan di sini yang buat korang rambang mata rasa macam nak makan semua je bila berada di sini.. hahaha...

Jom tengok antara 12 menu yang ditawarkan di Blue Cafe ni :

 `
1. Seafood Platter RM36.90

Yang ni agak big portion la, you all nampak tak ikan dori di atas tu ?? Bawah tu ada mee ala-ala maggie tau the ada sayur ada lala ada kentang goreng ada macam udang masak tempura...
Portion ni I rasa cukup untuk 2 orang makan and anak-anak I mesti suka sebab kentang tu, hehe..


2. Mixed Grilled Platter RM36.90

Yang ni khas untuk yang berjiwa romantik dan jenis perfection ada udang ada daging yang ddipanggang and then ada salami keju sikit, and i suka sangat dengan kentang putar dia sangat smooth je ...


3. Fish and Chips RM14.90

Fish and chips kali ni dia tak guna french fries dia sediakan wedges.... fish tu di deep fried bila gigit luar tu ranggup and dalam dia rasa ikan yang lembut... perah lemon untuk rasa yang lebih esotik gitu... cicah mayonis pun sedap gak... ending this plate dengan sayur salad tu okay guys..


4. Grilled Chicken Chop RM13.90

Mmmmmphh... benda yang berpanggang ni memang I suka sangat sebab usually much better than deep fried.. nampak tak wedges pun dia panggang, and make sure you pour black pepper gravy tu okay...


5. Cheese Chicken Chop RM17.90

Untuk yang jenis suka makan makanan berkeju, try this guys confirm akan tantalize your bud..


6. Rendang Chicken Pizza RM18.90

Oh lala memang ikut trend betul Rendang Chicken Pizza ni, tapi rendang atas tu non-crispy tau..


7. Spaghetti Vongole RM18.90

Spaghetti kali ni gravy dia ala-ala hailam style... ada pula seafood tu memang penambah selera...


8. Indomie

Bagi yang teringin nak ke Indonesia tapi masih stuck di Malaysia... boleh lah singgah sini try Indomie depa ni, memang terasa seperti di Indonesia pula...


9. Duck Pizza RM18.90

Bagi yang suka makan itik, tadaaa pizza pun dah ada kepingan itik di atasnya, memang layan...


10. Smoked Duck Aglio Olio RM18.90

Spaghetti pun boleh letak kepingan itik, i rasa itik di kepingan dia sudah disalai tapi memang sedap lah rasa kenyal-kenyal tu bila makan.. hehehhe..



11. Lamb Shoulder RM18.90

Tak sangka ada juga kambing di sediakan di Blue Cafe sebab I dok fokus pada rendang.. bagi peminat kambing ni ada bahagian kambing yang dihidangkan dengan mashed potato..


12. Oblong Beef Burger (SET) RM14.90 

Karbohidrat pada roti, protein pada dagingnya...dan vitamins pada saladnya.. Memang sesuai untuk makan pagi yang ni.. sape ada tekak mat salleh tu boleh cuba ni..


13. Tiramisu (Dessert) RM10.80

Ohlala pencuci mulut kali ni memang sangat awesome dan mulut rasa manis je lepas makan ni, atas tu didressing dengan serbuk koko rasanya, tapi dalam dia fuh lembut rasa macam makan taufufa pun ada... rasa dia karamel gitu..


14. Brownies (Dessert) RM9.80

Yang ni sedap bagi yang sukakan coklat la, tapi apa-apa brownies pun memang patut you all makan sekali dengan aiskrim vanilla, rasa dia fuh rasa macam nak tidur lepas makan, enak rasanya..


Banyak jenis pilihan minuman di Cafe ni....
Blue Lagoon, Strawberry soda, Peach majito, ribena lemon, sirap bandung, ice lemon tea.. dan macam-macam lagi, you singgah je Blue Cafe ni minta je air mana yang you all nak sampai rambang mata nak minum apa tau, hehe..


Of course cafe latte ni..


Hazelnut Latte..


Mint Chocolate..


Rosie Cafe latte..


Menu minuman air, lebih dari 50 pilihan minuman di sini mengikut selera anak tekak you all..


Ruangan di tingkat atas yang menyediakan tempat duduk bersofa, ala-ala Jepun dah ruangan atas ni you all boleh buat private function seperti birthday celebration tau..


Kami dah makan di sini you all bila lagi ?


Kalau nak cuba sendiri seleksi pilihan makanan di sini boleh singgah :

Blue Cafe

7, JALAN TEMENGGUNG 25/9, 
SEKSYEN 9, BANDAR MAHKOTA CHERAS, 
43200 Cheras 9 Miles, Selangor
Phone: 03-9011 3891

www.syafierayamin.com