5 khasiat anda perlu tahu mengenai Caroma Bentong Ginger


Berita baik untuk peminat halia terutamanya untuk diri I sendiri. Halia adalah salah satu tanaman herba yang paling banyak kegunaan dan mempunyai khasiat serta kebaikan yang telah diketahui dari zaman dahulu kala. Penggunaan halia bukan sahaja dalam masakan malahan ianya juga telah dimasukkan ke dalam minuman harian bagi mereka yang inginkan aroma dan haruman dari halia. Halia juga sangat baik untuk wanita yang baru selesai melahirkan anak supaya dapat menghangatkan badan dari kesejukan yang boleh mengakibatkan badan mengigil ketika waktu berpantang.


Caroma salah satu jenama buatan Malaysia iaitu dari Bentong yakin yang minuman seharusnya perlulah yang sihat dengan menawarkan perasa yang sedap enak dan mempunyai khasiat serta kebaikan yang banyak. Setiap hirupan dari minuman Caroma mempunyai rasa yang berkualiti. Caroma juga memastikan bahawa produknya adalah 100% sumber semulajadi tanpa tambahan bahan pengawet.


Caroma sebenarnya mempunyai banyak pilihan minuman yang enak, berkhasiat serta baik untuk badan, antaranya :


  • Bentong Ginger Tea
  • Bentong Ginger With Honey
  • Bentong Ginger With Honey Lemon
  • Organic Soy Powder
  • Soy with durian Flavour
  • Premium Bentong Ginger Powder


Kali ni I dah cuba sendiri Bentong Ginger with Honey. So far yang ni memang favorite I kena sangat dengan taste I, rasa halia yang ngam-ngam lepas tu ada rasa madu lagi, memang I selalu buat sebenarnya cara manual tapi kali ni dah ada dalam bentuk serbuk macam ni memang sangat memudahkan tak perlu lagi I tumbuk halia. Rasa halianya tetap sama macam yang halia sebelum di tumbuk. Malahan bila sudah dibancuh, warnanya sangat pekat dan rasa sangat smooth sahaja :)

P/s : Hari ni I dated dengan kak @rubydo ternampak pula booth teh halia.. tiba tiba lak kami ada persamaan suka minum teh halia kan.. selalu berbeza pendapat.. hi hi hi.. apa lagi bila dah minum minuman yang ada halia masing -masing bergas melepas je after that.. apa-apa pun bagi yang pergi My Town esok jangan lupa singgah level Ground Floor untuk rasa sendiri teh halia dari bentong ni.. konpem lepas ni no need tumbuk halia lagi... sebab benda ni sangat mudah... kandungan dia pun gula melaka okey bukan gula putih wohoo ! 💖💖 @drinkcaroma #drinkcaroma

Bermula 1-11 March promosi beli 2 kotak percuma 1 kotak ! 💖

Ps : Lokasi :
1. Bangsar Village, Bangsar
2 Mont Kiara, Mount Kiara
3. Sunway Giza, Kota D’sara,
4. Desa Park City, Desa Park
5. My Town, Peel Road, Cheras


Harga Minuman Caroma Ginger Bentong Tea dan lain-lain antara RM15.90 sehingga RM38. Dengan rasa yang mudah dihadam, berkualiti tinggi dan bersih serta memudahkan tugasan harian I rasa harga yang ditawarkan oleh Caroma adalah sangat berpatutan dan boleh digunakan sama ada dalam masakan, bakery mahupun dalam minuman.


Cara penanaman halia dari Caroma adalah dengan menggunakan 'ENE Plantation Soilless Ginger Malaysia,' halia Bentong dikatakan lebih enak dan pedas, wangi dan mempunyai aroma yang kuat berbanding halia yang biasa. Paling menarik halia Bentong ini adalah organik dan sangat sesuai dimasukkan di dalam minuman. ENE adalah rakan kongsi dalam pertanian yang menggalakkan penanaman halia yang berkualiti tinggi di ladang mesra alam di Tanjung Malim malahan ianya sangat mesra dengan alam sekitar.

Dengan menggunakan teknologi yang semulajadi yang dikenali sebagai Mikro Organisma Efektif telah menjadikan tanaman ini sangat luar biasa walaupun tanaman ini ditanam dalam persekitaran yang kurang pasir.

Paling menarik halia di sini bebas daripada pencemaran logam berat dan pencemaran air, bebas sisa baki serta dapat mengelakkan penebangan hutan yang berleluasa dan lebihan tanah. Halia ini hanya ditanam pada kawasan yang tertentu sahaja.

Halia Bentong ni ni kaya dengan nutrisi dan dilindungi dari seranggan perosak dan fungus dengan menggunakan teknologi 'fertilisation' secara semulajadi.

Selain korang dapat merasai keenakan dan khasiat semulajadi Halia Bentong dalam minuman, korang juga membantu menyelamatkan alam persekitaran.


Dan 5 khasiat yang anda perlu tahu mengenai Caroma Bentong Ginger adalah seperti :

  1. Membantu untuk pencernaan, mudah hadam dan pelawasan yang baik serta penyerapan nutrien yang efektif. Halia membantu meningkatkan metabolisma yang membantu menyerap nutrien dari pengambilan makanan anda.
  2. Memperbaiki peredaran darah dimana vitamin, mineral dan amino asid yang terdapat di dalam halia membantu untuk meningkatkan perjalanan darah disamping mengurangkan lebihan peluh dan juga mencegah demam.
  3. Melegakan Tekanan. Menurut kajian baru-baru ini halia adalah salah satu bahan yang boleh mengurangkan sakit serta sakit kepala. Halia mempunyai antioksidan yang tinggi yang boleh melawan bahan kimia yang tidak baik dalam badan yang mengakibatkan tekanan fizikal dan psikologi.
  4. Melegakan Loya. Wanita yang hamil selalu mengalami masalah 'morning sickness.' Halia dapat membantu untuk mengurangkan rasa mual, loya dan muntah selalunya di dalam bentuk gula-gula dan juga lozen halia.
  5. Menguatkan Sistem Imunisasi. Dengan menambahkan halia di dalam minuman dan meminum teh halia mampu menguatkan lagi sistem imunisasi, Sumber alam tidak dapat lagi disangka dengan rasa rempah dan sangat tinggi dengan antioksida.
I sememangnya peminat halia sekarang dengan adanya Caroma Benton Ginger ni I sangat happy yang I tak perlu dah nak tumbuk halia lagi, cuma bancuh sahaja di dalam masakan atau minuman. And enjoy the taste and flavours !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://caroma.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/drinkcaroma/
Instagram : https://www.instagram.com/drinkcaroma/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com