Caffé Bene perkenalkan hidangan pencuci mulut perisa keledek


Sweet Potato atau lebih dikenali sebagai keledek untuk masyarakat melayu adalah kegemaran sesetengah yang mempunyai citarasa tropikal. Keledek telah digunakan secara meluas sama ada untuk dihasilkan sebagai kuih atau ala-ala french fries, rasa yang tidak sama seperti kentang biasa. Keledek hadir dalam 2-3 warna sama ada kuning, oren atau ungu namun keledek yang berwarna ungu ternyata mempunyai rasa yang manis semulajadi dan sangat sesuai dihidangkan setelah direbus sehingga lembut untuk dijadikan sebagai sarapan pagi. Ada juga yang memakan keledek dengan hampas kelapa yang diletakkan 1-2 sudu kecil garam ala-ala pencicah gitu.

I punya my mom memang peminat keledek dan mempunyai tanaman ni di kebun. Selalu potong ala-ala french fries dan goreng. Kadang-kadang keledek ni pun dijadikan sebagai kuih keria yang bersalut gula kasar.


Siapa sangka inovasi kreatif Caffé Bene menggunakan keledek ungu ni sebagai bahan utama dalam pencuci mulut telah menerima sambutan yang positif dari peminat pencuci mulut.

Kalau anda nak tahu keledek ungu sebenarnya mempunyai banyak khasiat tau selain daripada rasa yang enak, menurut majalah rasa yang dikenali dalam bahasa saintifik adalah Ipomoea yang tergolong dalam kumpulan Convolvulaceae sangat kaya dengan vitamin B, C dan E, beta karotin, zat mineral, protein dan kanji.

Menurut kajia ubi keledek ni mampu menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan termasuklah melindungi kerosakan DNA dan membantu mengurangkan perkembangan sel kanser kerana mempunyai kandungan anthocyanin yang tinggi.

Ubi Keledek berwarna ungu ni sebenarnya boleh dihasilkan banyak menu antaranya seperti Kerepek, cekodol kedek ungu, bingka keledek ungu, kek keledek ungu, apam dan pelbagai lagi malahan telah dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut yang sangat enak seperti yang dihasilkan oleh Caffé Bene !


Siri ubi keledek ungu di Caffé Bene telah menjadi sambutan hangat buat peminat sweet potato ni. Caffé Bene telah memperkenalkan Ultra Violet untuk hidangan menu pencuci mulut di cafe ini, antranya adalah bingsu, waffle, frappeno dan latte ( hot & cold ).

Caffé Bene Ultra Violet sweet Potato Series : Hot Latte RM14.90

Caffé Bene Ultra Violet sweet Potato Series : Bingsu RM29.90

Caffé Bene Ultra Violet sweet Potato Series : Frappeno RM16.90

Caffé Bene Ultra Violet sweet Potato Series : Waffle RM18.90

Salah seorang peminat ubi keledek ungu
Antara bingsu, frappeno, waffle dan latte I boleh katakan I suka semua sebab kombinasi ubi keledek ungu dalam pencuci mulut memang sangat enak dan ianya hanya boleh didapati di Caffé Bene dalam Malaysia sahaja dan tiada di Korea lagi tau.  Tapi jujur I katakan I memang layan Ultra Violet Sweet Potato series hot latte sebab I tak boleh makan sejuk-sejuk tapi sebab nak merasa I makan juga yang sejuk-sejuk tu.

Bingsu : ais yang diasah ala-ala ais kepal diletakkan dengan dan walnut, 'sweet potato paste,' aiskrim gelato on top menjadikan bingsu ni sesuai dinikmati untuk 2-4 orang.  Ala-ala korang makan ABC korang kena gaul dari bawah ke atas nanti tengok video we all macam mana kitaorang makan bingsu ni ya

Waffle : Yang ni I rasa sangat sedap terutamanya waffle tu ranggup di luar dan lembut di dalam, atas waffle tu disapu dengan 'sweet potato paste' ala-ala sapu coklat kan then on top diletakkan ais krim gelato ubi keledek. I kasi 5 bintang memang layan duhh.

Hot Latte : Memang I enjoy rasa ubi keledek dalam latte ni lebih-lebih lagi suam-suam panas tu.

Frappeno : Sejuk dan memang enjoy for every sip oh, memang terasa lah kandungan ubi keledek tu.

Ultra-Violet Ladies ! :)

Miriam menerangkan mengenai keluaran Ultra Violet Sweet Potato Series  dari Caffé Bene
#OOTD Ultra-Violet sebagai kupu-kupu untuk The Butterfly Project
Caffé Bene menawarkan : Coffee, Single Origins, Latte, Non-Coffee, Frappeno (Ice Blended), Belgian Liege Waffles, Honey Bread, Hot Toasties, Hot Pies, Salad, Soup, Itallan Gelato, Bingsu (Korean Shaved Ice Dessert), Misugaru (Korean Homemade Multigrain Drink) & pelbagai lagi.
Caffé Bene Outlet 1 Utama entrance of Old Wing
Lokasi yang sangat santai dan menghadap bahagian luar instead of menghadap orang bershopping menjadikan Caffé  Bene sebagai cafe yang sangat selesa tanpa gangguan disamping dapat menikmati Ultra Violet Sweet Potato Series secara tenang dan sangat sesuai dijadikan sebagai port untuk study O.o. Heh.

Caffé Bene juga berada di :

Sunway Pyramid Shopping Mall, Selangor
Business Hours: 10am to 10.30pm

Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur
Business Hours: 11.00am to 12.00am (midnight)

Terminal Pahlawan (next to Hatten Hotel), Malacca
Business Hours: 10.00am to 10.30pm

IOI Mall Puchong (New Wing, Main Entrance), Selangor
Business Hours: 10am to 10.30pm

Lot 10 Shopping Centre
Business Hours: 10am - 10pm

1 Utama Shopping Centre (Old Wing, facing open air carpark)
Business Hours: 10am to 10pm

Mid Valley Megamall (Third Floor, near GSC Cinemas)
Business Hours: 10am - 10pm

Sunway Velocity Mall
Business Hours: 10am - 10pm

Kuantan City Mall
Business Hours: 10am - 10pm

Johor Bahru City Square Mall
Business Hours: 10am - 10pm

Imago Shopping Mall (Kota Kinabalu), Sabah
Business Hours: 10am to 10.30pm

Vivacity Megamall, Kuching
Business Hours: 10am - 10pm


P/s : Caffé Bene menghidangkan kopi yang terbuat dari biji kopi segar musim yang terbaik di dunia untuk memastikan kita semua dapat menikmati secawan kopi yang benar-benar luar biasa. Untuk melengkapkan kopi luar biasa Caffé Bene menawarkan wafel Belgium asli, gelato Itali dan Korea bingsu (pencuci mulut ais dikisar halus). Untuk menikmati keharmonian dan keselesaan kedai kopi Caffé Bene di mana kita semua akan berasa bebas untuk berehat, bekerja, atau berkongsi seketika dengan rakan-rakan untuk lepak-lepak di situ, weee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.caffebene.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/caffebene.asia/
Instagram : https://www.instagram.com/caffebenemy/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com