Harga Produk Kosmetik 3INA Makeup di Sky Avenue, Genting

Alat Solekan 3INA yang I dah cuba sendiri
Bagi peminat alat solekan, hari ni I perkenalkan pada anda semua 3INA atau dengan sebutan Meenaa, jangan tesalah anggap dengan bentuk M terbalik yang menampakkan seakan-akan nombor 3 dan ianya tiada kena-mengena dengan jenama produk 3CE. 3INA ni produk dari Europe tau. Paling menarik produk 3INA ni bebas paraben dan tidak diuji ke atas binatang.




3INA kini berada di Sky Avenue, Genting Highland pada aras 2. Kalau anda di situ bolehlah cuba-cuba sendiri barangan alat solekan di sini dan ini merupakan cawangan ke empat 3INA di situ.

Dan I sebagai peminat setia barangan kosmetik dah cuba sendiri beberapa produk dari 3INA ni. So far I sangat 'impressed' dengan warna dan jenis gincu dalam 3INA ni, hampir semua warna yang boleh fit mengikut kesesuaian warna kulit you all tau.

Walaupun made in Europe, harga alat solekan 3INA adalah harga yang I rasa mampu milik.
Jom 'skroll dan Explore' hampir semua alat solekan dari 3INA yang sempat I cuba satu per satu.

Too many shade choices !

Tadaa, dah siap pun My Candy Eye Makeup dengan fake freckles

Ellie Toh di hadapan 3INA Makeup Store

Elana Khong Just done her Makeup Touch

Us just settled dimakeupkan oleh MUA  3INA Makeup



Dari kiri : 519, 517, 516, 514, 512, 520, 511, 510, 518, 519
3INA The Longwear Lipstick ni tak ada nama yang spesifik tapi hanya menggunakan kod warna sahaja.


The Longwear Lipstick 20 shades lasting colour + hydration mempunyai lebih kurang 20 shades yang boleh fit mengikut kesesuaian kulit korang dan setiap satu berharga RM49.


The Longwear Lipstick 10 ALL- NEW SHADES LIPS ON LOCK LASTING COLOR + HYDRATION RM49 each.


Yang ni ala-ala matte bila dia dah start kering, so far I rasa warna sangat pigmented cuma bila dah lama-lama usage dia started to jadi ketul-ketulan, that time I memang kena removed sebab bibir rasa sangat berat.

3INA The Matte Lipstick RM49

Gincu ni akan bagi warna matte, sentuhan velvet pada bibir dan formulasi yang tahan lama dengan pelbagai pilihan warna mengikut kesusaian warna kulit

Sesuai digayakan di majlis makan petang

Nak nampak lebih sweet dan berani boleh cuba warna merah, oren dan merah jambu

Warna grunge, seksi dan mempesonakan boleh cuba warna coklat hitam dan dark purple

Warna nak pergi sekolah, warna NUDE gitu
 3INA The Essentials Lipstick RM39


The Essential lipstick 3INA ni I rasa dia menawarkan warna yang pelbagai pilihan dan memberikan kesan yang baik pada bibir, bibir nampak bergaya dan pada masa yang sama merawat masalah bibir.

Rasa macam rugi tak Grabbed beberapa warna sebab harga yang agak berpatutan untuk warna yang ala-ala pelembab bibir ni.






3INA The Intense Lipstick RM49


3INA the Intense Lipstick ni pula mempunyai formulasi warna yang sangat pigmented yang akan bagi warna bibir you all kaya dengan warna yang pekat, satin dan matte finish ! Sangat sempurna nak digayakan pada bila-bila masa mengikut acara majlis dan warna kulit you all.



3INA The Shiny Lipstick : RM49


Shine bright like a Diamond ! I believe yang the shiny lipstick ni akan membuatkan bibir you nampak gorgeous, mengerlip dan menyilaukan mata orang yang memandang, haha just kidding, btw pilihan warna yang cantik, elegan dan mempunyai karisma personaliti tersendiri akan menyerlahkan lagi keyakinan diri you all tau.


3INA The Lip Gloss RM49


Awwww, bibir kelihatan sentiasa basah dengan setiap aplikasi tau, warna yang sangat pigmented, terang dan berkilat akan membuatkan bibir korang menjadi tumpuan oleh orang sekeliling. So Kena la sapu 3INA The Lip Gloss kat bibir korang lagipun formulasi yang bebas paraben ni murah dan sangat berpatutan harganya.



Pelbagai pilihan warna yang ada dan sesuai digayakan mengikut jenis warna kulit you all tau.

3INA The Lip Oil Balm RM49


Ala ruginya I tak cuba yang ni, nampak macam a promising lip balm yang boleh bagi kelembapan pada bibir. Terdapat kandungan shea butter yang akan mengunci segala kelembapan dan sangat sempurna menghidrasikan bibir dalam tempoh 24/7. Siap ada warna pilihan lagi tu.

3INA The Chubby Lipsticks RM49


 I believe most of us memang suka akan The Chubby Lipstick dari 3INA ni sebab dia punya packaging dah macam bentuk Crayon ! Kalau I grab ni my daughter mesti ingat ni pensel warna Stabilo ! Haha. Tried and tested warna yang sangat pekat, super pigmented dan finishing dia adalah satin dan matte.

3INA MASCARA


Mascara salah satu item yang paling susah I nak skip, I selalunya gunakan maskara untuk pastikan yang bulu mata stays dalam keadaan teratur. Maskara ni menjadikan bulu mata nampak lebih melentik, tebal dan mata nampak lebih cantik.

Harga Di Sini : https://my.3ina.com/my_en/eyes/mascara?p=2


Paling menarik 3INA punya maskara adalah kalis air dan tak akan smudge tau, paling best banyak betul pilihan maskara yang korang boleh dapatkan di 3INA seperti the volume mascara, the curling mascara, the definition amscara, the waterproof mascara, the lengthening mascara dan juga the transparent maskara.






































































Wow rupa-rupanya sempat lah aku discover satu per satu alat solekan 3INA ni. So far produk dari 3INA ni I rasa sangat lengkap dari A-Z from settings muka hinggalah ke contouring highlighting !

Penggunaan makeup 3INA Perfect untuk digayakan secara kasual, majlis makan malam dan solekan tiap-tiap hari ! :)

Jadi apa lagi, kalau anda tinggal di Pahang atau pun berdekatan dengan Genting. Anda boleh cuba sendiri 3INA Makeup di Sky Avenue Genting  yang merupakan cawangan ke empat di situ.


3INA Makeup,
Level 2, Sky Avenue
Genting Highland.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com