Glow Gelenggang bantu rawat masalah kegatalan kulit


Bagi yang mengalami masalah kegatalan pada kulit akibat dari eczema, panau, ruam dan kena gigit nyamuk. I cuba rekomen you all produk dari glow gelenggang ni. I dah tried so far I suka sangat kesan yang I boleh nampak pada kulit I, nampak lebih segar dan berbau harum. Bau dia macam bau ala-ala coklat, rasa macam nak makan je.


Bahan yang digunakan adalah 100% bebas dari bahan kimia yang berbahaya so far semuanya organik seperti daun herba gelenggang ( cassia alata ), habattus sauda, susu kambing, minyak argan, minyak zaitun dan juga menthol.

Bahan-bahan yang digunakan mempunyai khasiat yang bagus untuk merawat masalah kulit :

  • Gelenggang ( cassia alata )
    Membantu mengurangkan radang dan menyembuhkan penyakit luaran
  • Minyak Argan 
    Menjadukan kulit lebih licin, halus dan mudah meresap ke dalam kulit
  • Minyak Zaitun
    Bertindak sebagai pelembab yang sudah terbukti untuk masuk ke dalam lapisan kulit paling dalam
  • Susu Kambing
    Susu Kambing sememangnya mempunyai nutrisi yang banyak untuk mencegah kulit kering, melembab serta bantu mencerahkan warna tona kulit
  • Crystal Mentol
    Melega serta menyejukkan kulit


Bau sabun ni ala-ala coklat jangan korang makan sudah better simpan elok-elok seram je kalau anak-anak korang ingat sabun ni coklat habis dorang ngap nanti heheh.


Siap ada bentuk LOVE lagi dekat sabun ni, sangat bagus kalau korang buat set gelenggang glow ni sebagai hadiah untuk rakan-rakan yang baru lepas bersalin. Bolehlah ibu atau anak pakai tau.


Cara nak pakai sabun ni, kalau I, I potong kecil-kecil lepas tu baru basahkan dengan air, gosok sampai berbuih lepas tu sapu pada kulit seperti di badan dan juga kulit wajah. Urutan khas pun elok juga diamalkan supaya kadar penyerapan sabun buih meresap ke dalam kulit dan mampu bersihkan kulit dari kotoran yang melekat. Basuh dengan air suam.


Tadaaaa, warna kulit I nampak lebih cerah dan bau yang sangat wangi, I suka sangat, rasa kulit pun lembut dan halus je. Tak rasa tegang langsung.


 Memandangkan kulit I jenis cepat naik jerawat dan mudah sangat naik ruam kadang-kadang memang gatal sana sini especially kalau makan benda yang buat kulit jadi alergik eh memang tergaru-garu jadinya, sampai tinggal kesan dan parut tau. Fuh sabar je la, susah juga tau nak jaga kulit lebih-lebih lagi dengan cuaca dan udara yang tak berapa nak elok ni. Tapi nasib baik glow gelenggang ni sangat simple dan mudah, 2 produk je dah boleh bantu kurangkan kegatalan pada wajah I akibat jerawat halus.


Lepas dah cuci kulit I dengan sabun. Kemudian baru sapu glow gelenggang punya organic herbal oil. I suka betul minyak ni sebab bau dia sangat wangi macam bau coklat je.


Penggunaan glow gelenggang organic herbal oil juga boleh melembabkan kulit kering dan bagi tona kulit nampak lebih sekata. So far minyak ni juga boleh buat minyak untuk urut otot tegang haha. I did that.


Tadaaa, cuba tengok kulit tangan I nampak tersangatlah supple lepas sapi minyak berba glow gelenggang ni. Nak kata berminyak memang berminyak cuma tak seberat kita sapu minyak kelapa, dia macam menyerap masuk ke dalam kulit.


Memandangkan kulit muka I gatal setiap kali ada jerawat naik, I cuba sapu minyak ni kat kulit I kasi kurang gatal-gatal tu huhuh..


Cuba tengok kulit I setelah sapu glow gelenggang nampak lebih supple. I suka, I suka.. rekomen sangat tau.. harap glow gelenggang ni berkesanlah untuk rawat masalah wrinkles juga pada bawah mata..


Selain daripada orang dewasa macam I, kanak-kanak macam anak I pun I sapu juga nak cegah penyakit gatal-gatal, panau, ruam dan kudis... tapi Alhamdulillah anak-anak I tak ada masalah eczema semua tu.. kalau ada eczema tu kalau doktor mesti bagi krim streoid o.O..  rata-rata dengar kawan-kawan cerita pasal eczema bila kasi steroid lagi bertambah horror jadi kulit anak-anak depa... I tak boleh tahan tau, I syor cuba lah dahulu produk yang mild dan organik rawat masalah kulit..

Try dulu ye glow gelenggang tapi ada syarat bila pakai produk herba macam ni, tak boleh sapu pada luka ya.. tawakkal lah ye..

So far I memang suka sapu minyak herba organik glow gelenggang ni sebab kulit I macam dapat khasiatnya - supple afterwards... dan kulit dah tak gatal lagi..

Jom dapatkan khasiat dari Glow Gelenggang, dan boleh guna I punya promo kod :








Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Web : www.glowgelenggang.com
FB Page : Glow Gelenggang
WhatsApp : 014-544.5951

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com