COOL BLOG terbesar kini berada di Melawati Mall


27 Januari 2018 yang lalu merupakan tahun yang ke 10 Cool Blog berada di dalam industri Malaysia yang kini cawangan terbaru yang boleh dikatakan terbesar berada di Melawati Mall. Cool Blog yang terdahulu lebih dikenali berada di dalam kedai yang berbentuk seperti kiosk tapi dengan penjenamaan yang terbaru ianya telah mengubah konsepnya kat wajah yang terbaru seperti berada di dalam kedai agar nampak lebih segar.

Cool Blog ni sebenarnya memang sudah popular sejak I dari sekolah menengah lagi, paling I kerap berkunjung adalah di metro Kajang, setiap kali habis kelas je mesti nak minum cool blog I paling suka hazelnut dan juga pearl ! Tak sangka I sekarang dapat menyaksikan sendiri cawangan terbaru Cool Blog terbaru dibuka di Melawati Mall.


Cool Blog menyajikan minuman sejuk seperti ais yang dikisar, smoothie, milk shake dengan pelbagai perisa tambahan seperti sirap oren, straberi, bluberi, durian dan pelbagai lagi.  Lebih dari 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 varian produk.


Kalau nak tahu Cool Blog ni adalah jenama tempatan tau yang menggunakan konsep semangat rakyat Malaysia dan membuka peluang memperluaskan perniagaan ke Malaysia Timur dengan membuka beberapa francais terbaru yang disediakan khas untuk usahawan wanita dan pelbagai perkara lain. Cool Blog juga menawarkan minuman edisi terhad bersempena pembukaan kedai. Minuman yang hanya boleh didapati dari hari dibuka sehinggalah ke 28 Februari 2018.





I salah seorang peserta dari 5 orang yang berpeluang mencipta resepi minuman. I buat Rainbow Unicorn Isle Drink. Memang Colorful gitu.


Tadaa dah siap.


Yang ni pula para peserta yang menghasilkan resepi minuman Cool Blog mereka tersendiri, dan pemenang dia ialah Darren lelaki yang paling tepi I tu,


Keith Loh ketua pegawai eksekutif coolblog apps sdn bhd menghasilkan minuman cool blue minuman edisi terhad  yang memberikan gambaran mengenai langit yang biru dihiasi dengan sinaran matahari dan dihiasi dengan ais krim di atasnya yang akan memberikan anda kepuasan sejuk dan segar.

Para pemenang yang gembira bawa balik wang tunai

Para Pemenang bersama Keith Loh
Mengenai CoolBlog

Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari yang terbaik dari tempatan dan perisa global menggunakan ciptaan ais dicampur dan smoothie berasaskan. Cool Blog bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 rasa minuman dan pencuci mulut dengan lebih 300 variasi produk. CoolBlog telah menggariskan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan bilangan cawangan di tempatan dan pasaran antarabangsa kepada 500 cawangan. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk berkualiti dan juga perkhidmatan kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai CoolBlog, sila layari :
http://www.facebook.com/coolblog.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com