Trollbeads Malaysia tawar barangan kemas untuk Wanita Berjiwa Muda dan Kreatif

Bagi para gadis atau wanita yang gemar menghias diri menggunakan barangan kemas seperti gelang, rantai, cincin dan sebagainya anda mungkin tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Trollbeads yang kini semakin dikenali di dalam Malaysia dimana ianya telah direkomen oleh seorang peminat aksesori yang meminati pengembaraan Trollbeads yang hampir terkenal di 400 bandar di seluruh dunia.

Kisah Trollbeads yang perlu anda tahu

Kisah Trollbeads bermula di Copenhagen, Denmark pada tahun 1976 dimana FACES ialah trollbead yang pertama direka oleh Nielsen. Tidak kurang daripada 6 wajah menghiasi sebiji manik perak sterling. Soren 'Silversmith' Nielsen telah menjual Manik wajah di kedai perhiasan barangan kemas milik ayahnya di Central Copenhagen. Kehadiran ciptaan Trollbeads telah menjadikan ianya sebagai fesyen kegilaan para wanita dimana Manik tunggal tersebut di pasang pada kalung tali kulit. Manik tersebut mempunyai jalan yang berlubang untuk memasukkan manik itu ke dalam tali. Gelang perak kemudian dimasukkan oleh kakaknya Lise Aaagaard ke dalam manik tersebut.

Sejak dari itu konsep 'bead-on-bracelet' atau gelang di dalam manik telah wujud. Peminat aksesori telah meminta supaya manik dimasukkan lebih dari satu pada gelangnya dan kini ianya telah menjadikan konsep ini semakin digemari oleh para gadis yang suka bergaya yang berjiwa muda serta kreatif.

Trollbeads pada masa kini telah menjadi jenama yang mempunyai members yang kreatif dan setia di seluruh dunia dan Trollbeads suka bergaya bersama mereka. Peristiwa yang semakin dikenang secara global bakal berlaku kembali pada setiap tahun dan merupakan titik permulaan yang sentiasa akan mewujudkan emosi antara mereka berdasarkan pada barang perhiasan Trollbeads.

Ketahui perbezaan antara Pandora dan Thomas Sabo

Seperti umum ketahui ketiga-tiga jenama ini memang sudah lama berada di seluruh dunia dan menawarkan produk barangan kemas dan aksesori yang berkualiti tinggi dan memang menepati trend masa kini. Jadi sebagai peminat barangan kemas dan aksesori ketahui perbezaan yang ditawarkan oleh ketiga-tiga jenama ini supaya kita semua dapat menghargai setiap usaha dan kreativiti jenama untuk menghasilkan barangan kemas yang cantik ni.

Tahun bermulanya ketiga-tiga jenama :
Trollbeads : 1976
Pandora : 1982
Thomas Sabo : 1984

Konsep perbezaan antara Pandora dan Thomas Sabo
Melihat pada kualiti serta rekaan Thomas Sabo dan Pandora kedua-duanya mempunyai emosi dan spiritual individu dan cara yang tersendiri. Thomas Sabo mempunyai rekaan yang elegan dan unik manakala pandora lebih kepada konsep yang feminin dan romantik. Keunikan kedua-dua jenama ini tidak dapat disangkal lagi namun I tetap rasakan Pandora menepati jiwa I sebab rekaannya feminin, romantik dan membuatkan jiwa I tampak lebih muda berbanding dari Thomas Sabo.

Dari segi harga I boleh katakan I mampu untuk memiliki Pandora 'instead of' Thomas Sabo. Pandora mempunyai rekaan yang sangat feminin setiap manik kebanyakan mempunyai simbol  dan memuatkan warna-warna yang romantik manakala Thomas Sabo mempunyai rekaan bentuk lebih kepada spiritual kehidupan seperti pokok dan binatang serta keagamaan.

Essence Passion Charm

Bead 'Karma Wheel'
Pilihan rekaan butiran manik antara koleksi Karma Thomas Sabo dan juga koleksi Essence Pandora
Rangkaian Karma dari Thomas Sabo mempunyai 72 butir manik manakala rangkaian Essence's daripada Pandora mempunyai 24 butir manik dimana Karma menawarkan lebih banyak pilihan rekaan untuk dipilih namun rekaan Thomas Sabo banyak memasukkan elemen tengkorak di dalam karma. Huh kadang-kadang ianya agak seram sebab I sememangnya tidak mampu menahan rekaan seperti mengingatkan I di dalam kegelapan namun Essence dari Pandora tidak begitu WOW sangat pun malahan ianya mempunyai pilihan rekaan yang agak terhad.

Safety Chains antara Thomas Sabo dan Pandora

Safety Chains Pandora

Safety Chains Thomas Sabo




Pandora 'Safety Chains' mempunyai pilihan rekaan yang pelbagai dengan muatan emblem mengikut tema bagi I dengan pilihan yang ada membuatkan I sebagai peminat barangan kemas dapat memilih rekaan yang I minat so far kesemua emblem dan elemen yang terdapat pada bahagian penutup tu memang I tertarik sangat lebih-lebih lagi 'Pandora Bouquet Safety Charm' dan 'Floral Safety Charm.'

Manakala Thomas Sabo menawarkan safety chains yang unik dan elegan tapi sangat terhad. So far kedua-dua jenama tetap mempunyai safety chains yang I rasa sangat memuaskan.

Dari segi USER : Pandora lebih target kepada pengguna wanita dan kanak-kanak perempuan sebab dari segi warna dan rekaan ala-ala sweet-sweet dan romantik manakala Thomas Sabo lebih memberi target kepada lelaki serta wanita yang mempunyai bekerjaya dan lebih kepada mereka yang nampak lebih matang, berjiwa korporat dan $$$. Lol that's from my view la.

So far these 2 brands tetap menawarkan barangan perhiasan yang berkualiti tinggi, mempunyai nilai sentimental tersendiri dan dapat menunjukkan ciri-ciri gaya moden masa kini.

Lokasi Trollbeads Malaysia
Berbalik kepada Trollbeads Malaysia, kini telah berada di Malaysia dimana sudah berada di pasaran selama 40 tahun yang lalu lebih dari 50 buah negara serata dunia, bagi yang ingin mendapatkan Trollbeads secara offline di Malaysia anda boleh mendapatkannya di Midvalley, Sunway Pyramid danVivacity Megamall, Kuching dan secara 'online' di www.trollbeads.com dan Facebook Trollbeads Malaysia

Trollbeads menawarkan bahan kebanyakan dari emas sebab ianya memang mendapat perhatian sejak dari zaman raja pemaisuri dahulu kala selain itu bahan seperti berlian, kaca dichroic, emas, emas salut, mutiara, perak serta batu juga terdapat di Trollbeads dan menawarkan 10 warna pilihan harga bermula dari 499 sehingga 15649.

Rekaan Manik dari Trollbeads
Rekaan Gelang Trollbeads
Rekaan Terbaru Trollbeads

Sebenarnya terlalu banyak seleksi pilihan dari Trollbeads, apa kata korang sendiri jenguk Trollbeads sebab korang akan dapat merasai sendiri keunikan dan identiti sendiri rekaan barangan kemasa dari Trollbeads ni. Terima kasih membaca pos I ni harap you all dapat manfaat dari sini ye, jumpa lagi on my next entri !

xoxo,
Syafiera
www.syafierayamin.com