Mengapa Kad Prabayar MPAY Mastercard diperkenalkan ?


Hi Assalamualaikum semua,
baru-baru ni I ada attended satu event dimana majlis tersebut ialah Program perkenalan untuk Kad Prabayar Negaraku MPAY Mastercard. Mula-mula I masih kurang memahami kenapa Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard diperkenalkan dan apakah tujuaannya ?



Berbalik kepada ekonomi di Malaysia yang kurang memberangsangkan, harga makanan yang semakin mahal, harga minyak turun naik, jadi tak keruan masing-masing dan gaji pula masih maintain pada nombor yang sama tak pernah nak naik, kalau naik pun sedikit-sedikit sahaja. Bukan berbalik pada fakta sekarang, ramai rakyat Malaysia kini kebanyakan ikat perut apabila pertengahan bulan termasuklah aku juga sebab awal bulan perlu laksanakan apa yang patut seperti bayar hutang kereta dan rumah, bayar bil api dan (air percuma jika duduk di Selangor), bayar perbelanjaan anak-anak, bayar takaful dan macam-macam urusanlah, bila dah nak masuk pertengahan bulan duit tu macam nak taknak timbul je.


Berbalik kepada Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ni aku masih kurang memahami dan juga masih keliru apakah kegunaan kad ni. Dengar cerita ianya khas untuk pengguna dan pembeli berbelanja dengan bijak dan berhemah. Dari situ aku masih tertanya-tanya macam mana nak menjadi pembeli yang bijak dan berhemah walaupun wujud Kad Prabayar Negaraku Mastercard ni.

Apa yang aku faham mengenai Kad Prabayar Negaraku Mastercard ianya seperti kad debit atau kad kredit dimana korang boleh gunakan untuk bentuk pembelian, macam ala-ala touch n go, kena ada duit dalam tu baru korang boleh bayar tol, mungkin konsep yang sama kena ada duit dalam kad tu then baru korang boleh bershopping. Tapi aku masih rasa kurang relevan dengan adanya kad ni korang akan terdidik menjadi sebagai seorang yang berhemah dalam perbelanjaan bagi aku itu mengikut individu tu sendiri, walaupun kad ni dah wujud tapi korang masih mempunyai nafsu perbelanjaan yang besar dan susah nak kawal sama je.



Cuma aku dengar kad ini boleh dikatakan agak istimewa sebab korang boleh dapat harga diskaun  maknanya korang boleh bayar barangan dengan harga yang murah. Lagi satu korang boleh menggunakan kad ini nanti untuk buat pembelian secara online, membuat pindahan wang dah sebagainya manakala pengguna kad secara bulanan akan ditawarkan oleh Mpay dengan penjimatan produk-produk yang terpilih.


Kad prabayar Negaraku Mpay Mastercard akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2018 iaitu pada tahun ini. Sebagai permulaan untuk memastikan rakyat khususnya ahli-ahli NGO memahami hasrat program kad ini ianya akan diperkenalkan terlebih dahulu di Selangor dan WP Kuala Lumpur secara konsisten dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat.



Sekurang-kurangnya 15 NGO dengan keahlian 12 ribu orang datang bagi merealisasikan Program Sahabat Negaraku ini dengan sasaran 200 ribu pengguna kad dari kalangan ahli-ahli NGO yang menetap di Lembah Klang. Melalui program ini KSP menjemput semua NGO untuk bekerjasama dan menyokong Program Sahabat Negaraku . Dalam usaha menghubungkan pihak kerajaan, rakyat badan berdaftar dan NGO, pihak Kelab Sahabat Persaudaraan turut memberi penerangan dan mendaftar NGO yang berminat untuk menyertai program ini.

Nak tahu maklumat lebih lanjut mengenai kad Mpay Mastercard ni, sila layari atau hubungi :

Ketua Kelab Sahabat Persaudaraan, Pn Farina Abd Razak : 017-3921711
Unit Media KSP : Metts Mohd Nor : 019-3660168
Email : mediasp.ksp@gmail.com
www.sahabatpersaudaraan.org

Managepay System Berhad
Ms Tan Cjia Wei : 016-2337678
Email : chiawei.tan@mpsb.net
www.syafierayamin.com