Koleksi Haruman Angeli dari Forestry Oudh

Koleksi Haruman Angeli dari Forestry Oudh
Sebut sahaja pasal minyak wangi, I memang salah seorang yang ketagih dengan bau haruman yang menggunakan minyak esential, I rasa bukan I sorang je rasa, tapi ramai juga tau. Sebenarnya I bukanlah seorang yang simply pick je haruman dimana-mana, banyak sebenarnya yang I lihat untuk memilih haruman minyak wangi yang berkualiti lebih-lebih lagi I paling anti-haruman yang banyak atau ada setitik pun alkohol sebab I usually memang suka letak setitik dua titik minyak wangi ke dalam air untuk dibakar. Konon nak buat rumah macam spa tapi haritu ada satu minyak wangi branded dan boleh tahan mahal harganya I sembur la setitik air habis api pun terkena sambaran minyak wangi tu, From there I dah tak heran dengan branded perfume yang mahal kalau ada alkohol memang I pangkah !

Baru-baru ni I rasa bertuah dapat menghadiri sebuah majlis pelancaran minyak wangi Angeli dari Forestry Oudh. Koleksi Angeli ni terdiri daripada 10 produk yang I rasa korang mesti suka. I tak boleh resists dengan haruman dari Forestry Oudh ni sebab memang kena dengan jiwa I. I ni jenis suka haruman yang lembut dan menenangkan kepala otak I heh.

Angeli Autumn Sky 2017 Pour Elle ( EDP )
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme (EDP)
Saiz Poket
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Elle ( EDP ) ialah Agalocha Oudh yang disebatikan dengan vanilla, turkish rose dan bunga jasmin untuk menghasilkan bau haruman yang manis khas untuk wanita yang cantik, bersemangat serta bertenaga dengan mengetahui apa yang diinginkan dan mencari jalan untuk mendapatkannya. Manakala Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme (EDP) pula di inspirasikan untuk lelaki yang berjaya dan yang suka mengambil risiko, berani keluar dari kekangan untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna dan menyeronokkan. Malaccensius Oudh telah disebatikan dengan bergamot, kaffir lime dan juga lavender secara EDP buatan tangan .

Angeli Autumn Sky 2017 Losyen Badan dan Tangan
Losyen ni hanya 80 ml I tak rasa untuk satu badan cukup kalau nak penggunaan bulanan, tapi memang sangat awesome sebab haruman yang segar serta romantik je losyen ni ianya memastikan kulit terasa selembut sutera dan memastikan kulit berhidrasi sepanjang masa malahan memberikan ketenangan pada minda dan jiwa dengan sebatian dari sandalwood, ros dan juga lemon.

Angeli Autumn Sky 2017 Bath Bomb
Bath Bomb ialah sejenis sabun yang digumpal menjadi keras, letak dalam air yang banyak seperti air dalam bath up, nanti dia macam ENO berbubbles-bubbles korang punya bath up, I tak de bath up masuk dalam baldi je, haha tapi I pecahkan dulu sebab I perlukan saiz yang kecil je, dalam bath bomb terdapat haruman yang lembut dan menenangkan seperti frankisence, lavendar, bergamot dan jasmine.

Angeli Autumn Sky 2017 Bar Sabun
Bar sabun ini disebatikan dengan 3 campuran iaitu Pine, Bergamot, Oudh dan Vanilla, Sandalwood serta Vanilla dimana campuran minyak  esential dalam bar sabun ni akan membuatkan korang terasa lebih segar, wangi dan minda terasa lebih tenang. Kalau I potong kecil-kecil so far sabun ni menghasilkan banyak buih dan tetap kekal lembut sehingga habis.

Minyak Badan Angeli Autumn Sky 2017
Minyak badan yang disebatikan dengan minyak esential dengan oudh sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan pada sendi dengan campuran sebatian cengkih , halia, kayu manis dan frankincense manakala lavender, rosmari, tea-tree serta eucalyptus sebatian menggalakkan pernafasan yang lancar, merehatkan minda serta menenangkan saraf tambahanlah kedua-dua sebatian mengandungi bahan anti-mikrobial.

Buatan minyak Esential pilihan sendiri
Diberi peluang untuk custom-made sendirian berhad punya minyak essential dengan sebatian beberapa haruman memang so FUN ! 1 I buat haruman agak kuat pula (oren kemerahan), second time buat baru rasa sesuai dengan diri sendiri (kuning) , Husband I pun tak ketinggalan nak juga dia ambil maskulin punya taste.

Yang pertama I mixed :
80%, 10% creamy sandalwood, 10% white flower

Yang Kedua I mixed :
Fruits, Sweet Floral Sparkling Lavender

My Husband I tak pasti dia mixed dengan apa tapi memang ada bau maskulin la.

Tapi time tu ada 6 pilihan minyak esential untuk disebatikan seperti :

1. Fruits
2. Sweet Floral
3. Sparkling Lavender
4. White Flower
5. Vanilla
6. Creamy Sandalwood

Yang ini ialah Perfumer, Abdullah Al-Roman, so far beliau banyak membantu semasa I membuat pilihan haruman untuk diri sendiri. Cucu cicit generasi yang keempat dari Royal Perfumer untuk dinasti Moghul dimana telah dilatih untuk mengenali bahan alam semulajadi dan juga minyak esential yang asli sejak dari umur 10 tahun. Telah mempunyai pengalaman bekerja dengan beberapa jenis oudh dan haruman yang unik dimana sumber kebanyakannya telah menjadi kurang seperti ambergris, kasturi dan juga civet.

Sekitar Majlis Pelancaran Produk Angeli dari Forestry Oudh

Ada tarian ballet memang sangat lembut je tarian lemah gemalai ni

Eshamael Rao Soosay Dass - Pengasas bersama Syarikat Kumpulan Forestry
Eshamel mempunyai 10 tahun pengalaman dalam industri perladangan gaharu dan telah membentuk rangkaian luas dengan industri perladangan gaharu bersama dengan pengawal selia, pembekal, peniaga dan rakan kongsi terutamanya di dalam negara, dan di rantau Asia dan Timur Tengah.

Eshamel juga mempunyai minat yang tinggi di dalam pertanian, penanaman semula serta pemeliharaan tanah telah menjadikan beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam pelaburan harta dengan pengurusan aset  antarabangsa di United Kingdom, Kanada, Singapura dan juga Hong Kong sebelum mengasaskan Syarikat Kumpulan Frostery..

Dato' Dr Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Industri Kayu Malaysia
Inspirasi oudh bernama Angeli dari Forestry Oudh yang diasaskan dari alam semulajadi secara buatan tangan di dalam bentuk wangian dan juga penjagaan kulit telah dilancarkan oleh Dato' Dr Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Industri Kayu Malaysia di KL Hilton pada 20 Disember 2017.

Kalau you all nak tahu pohon gaharu pada tahun lalu lebih kurang RM15 million dimana kayu dan produk kayu dibeli dengan jumlah RM14billion secara domestik dan juga eksport antarabangsa. Dengan  harapan untuk meluaskan lagi empayar kayu gaharu ni semoga kumpulan Forestry dapat menyumbangkan lagi eksport gaharu melalui penjualan jenama produk Angeli.

Kayu gaharu adalah pohon yang dikatakan agak mahal lebih-lebih lagi bahan mentah yang dijual hampir $50,000 USD untuk 1 kilogram. Koleksi Angeli menggunakan minyak esential yang dituai dari pokok gaharu dari Malaysia.

Oudh tu dikenali sebagai bahan yang kaya dengan anti-oksidan, anti-penuaan, anti-stress, anti-mikrobial, anti asthmatic dan kebaikan aphrodisiac. Secara saintifik, minyak oudh adalah kekal dimana harumannya dikatakan boleh tahan lama pada kulit.

Pemain Muzik Saxophone menjadikan suasana lebih romantik
Antara Koleksi Angeli Autumn Sky 2017 - Koleksi Artisanal inspirasi dari Oudh


Terdapat lebih kuran 17 produk penjagaan kulit yang dibuat secara buatan tangan dimana nama produk diberi sempena tempoh penuaian iaitu koleksi pertama Angeli Autumn Sky 2017.

Koleksi artisanal yang ekslusif termasuklah Oudh-based EDP untuk lelaki dan wanita, produk kecantikan dari alam semulajadi seperti bar sabun, gel mandian, bom mandian, minyak pelembab badan, semburan badan, losyen badan dan tangan serta skrub garam dan lumpur.

Bom mandian Angeli seperti Frankicense, Lavender dan Bergamot

Gel Mandian dengan sebatian fougere dan limau purut

Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme ( EDP ) Saiz Besar

Losyen Badan dan tangan serta Semburan badan

Gel Mandian dan Minyak Lembapan Badan
Angeli Autumn Sky 2017 Skrub Garam
Nampak macam menarik skrub garam koleksi Angeli ni kan ? Ianya membantu untuk menyingkirkan sel kulit mari dimana skrub ni kaya dengan minyak benih rozel salah satu bahan yang mempunyai antioksida yang tinggi seperti alpha-tocopherol manakala minyak ini juga mempunyai kandungan minyak esential rasberi kaya dengan Vitamin E dan Asid lemak iaitu kedua-dua bahan ini terdapat di dalam penjagaan kulit. Minyak di dalam skrub garam ni pun ada kandungan Vitamin E untuk membantu memperbaiki masalah kulit dan menjadikan kulit bertambah sihat.


Ariza Norhalim menegaskan bahawa Koleksi Angeli merupakan koleksi edisi terhad sebab minyak oudh ni menjadi matang dan berubah mengikut masa dan perubahan suhu badan tu sebablah minyak esential oudh ni sangat unik. Paling menarik produk Angeli ni bebas dari SLS dan Parebens iaitu sejenis makhluk kimia yang bahaya untuk kulit dan kesihatan. Kesemua produk Angeli dihasilkan secara buatan tangan sebab kalau pakai mesin dan proses panas akan menghilangkan semua kebaikan dalam minyak esential ni.

Angeli jenama produk minyak esential ni memang sangat manis dan unik, so far I memang suka minyak esential ni memang menepati citarasa I.

Produk Angeli boleh di dapatkan di www.angeliessentials.com.my harga dari RM35 sehingga RM350.

www.syafierayamin.com