Genting SkySymphony Chinese New Year 2018


Sedar tak sedar tak lama lagi sudah nak masuk Perayaan Tahun Baru Cina 2018. Jadi I sangat berbesar hati sebab berpeluang menonton sendiri pelancaran tayangan ekslusif SkySymphony dengan pertunjukan tarian singa dan juga tuhan kemakmuran untuk menyambut pelancong, pengunjung serta pengembara serata dunia untuk melihat sendiri perayaan tahun baru yang serba meriah ini di Resorts World Genting.

Dengan skrin LED yang merangkumi 4 tingkat, SkySymphony merupakan ciri 'state-of-the-art' yang hebat terkini berada di pusat membeli-belah Sky Avenue dimana sebanyak 1,001 bola takal telah digerakkan dan berubah mengikut bentuk-bentuk yang hidup untuk menceritakan sebuah cerita mengenai perayaan Tahun Baru Cina.


Teater Lampu dan Bunyi Sky Symphony Sky Avenue akan dijadualkan pada :
Forest : 10am, 1 pm,4pm, 7pm, 10pm
Urban Symphony : 11am, 2pm, 5pm, 8pm, 11pm
The Goddess : 12pm, 3 pm, 6pm, 9 pm, 12 am

Tonton Video dibawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai persembahan teater lampu dan bunyo Sky Symphony yang bakal ditayangkan di pusat membeli-belah Sky Avenue :


Naib presiden promosi dan hiburan di Resorts World Genting menyatakan kebanggaan beliau untuk mempamerkan persembahan tarian singa sekali setahun khas untuk pengunjung yang hadir dengan menambah lagi satu pertunjukan Tahun Baru Cina yang sangat istimewa seperti SkySymphony untuk memberikan pengunjung alami perasaan keterujaan serta gembira dengan kemeriahan Tahun Baru Cina di Resorts World Genting nanti.


Menurut tradisi cina, pertunjukan tarian singa selalunya biasa di adakan pada Tahun Baru Cina kerana mempercayai bahawa tarian singa ini mampu mengusir nasib yang buruk dan juga tenaga yang negatif. Selain kepercayaan tradisional, persembahan tarian singa juga memberikan 1 elemen keseronokan dengan gerakan haiwan, memberi sokongan pada bahu dan melakukan akrobatik kecil seperti melompat khas untuk menggembirakan orang ramai dalam kesesakan.

Terdapat 6 tuhan kemakmuran atau dikenali sebagai Choy San Yeh turut muncul di atas pentas bersama singa untuk mengagihkan limau mandarin pada pengunjung yang hadir.


Pertunjukan yang ditunggu-tunggu akhirnya diberikan sorakan gembira dari pengunjung yang hadir. Lebih kurang 5-10minit, pengunjung telah dihidangkan dengan audio, visual dan tarikan utama iaitu dengan lampu-lampu takal yang telah di programkan mengikut simfoni muzikal dan ianya merupakan  terbesar di Asia. Acara tersebut telah dimulakan dengan imej simbol Yin dan yang yang dibentukkan oleh bola lampu takal dan juga awan yang sempoi bahasa berada di skrin.


Acara ini juga dimuatkan dengan huruf-huruf cina mengenai unsur asas semua perkara dalam alam semesta yang berinteraksi seperti kayu, api, bumi, logam dan air yang mucul dalam persembahan SkySymphony ni.

Manakala 12 haiwan mengikut zodiak tahun yang dilahirkan turut bermain-main di awangan yang dibentukkan oleh bola lampu takal seperti ular dan juga naga.  Choy San Yeh pula muncul di skrin dan haiwan terakhir yang ditonjolkan dalam persembahan kali ini ialah seekor anjing. Pelawat kemudian diberi ucapan 'Gong Xi Fa Cai' sebagai mengambil berkat semangat Tahun Baru Cina 2018.


Pertunjukan Tahun Baru Cina berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik untuk pengunjubg yang hadir sepanjang musim perayaan ini bagi anda yang merancang untuk hadir ke pusat membeli-belah Sky Avenue tahun ini.

Pertunjukan Dog Dance pertama di dunia bertajuk 'The Prosperity 9' dengan 9 maskot anjing Husky, Rottweiler dan German Shepherd dan banyak lagi manakala Choy San Eh serta 8 pari-pari blossoms juga akan muncul di Resorts World Genting juga. Jangan lupa untuk menyaksikan sendiri persembahan Tarian Singa termuasklah 8 singa emas dengan pelbagai aksi akrobatik menarik di pusat membeli-belah Sky Avenue.

Acara ini akan berlangsung dari 14 Februari sehinggalah 4 Mac 2018 disekitar lobi hotel dan juga pusat membeli belah Sky Avenue.

Tarian singa akan berarak melalui resort pada hari kedua Tahun Baru Cina, 17 Februari oleh Kun Seng Keng Lion & Persatuan Tarian Naga untuk persembahan khas. 

Pertunjukan bunga api yang menakjubkan akan dipamerkan pada 15 Februari, 23 Februari dan 2 Mac untuk memberikan orang ramai dengan 'pyrotechnics' yang akan diyalakan ke atas langit pada malam tahun baru malam di Resorts World Genting 6000 kaki di atas paras laut. 

 Selain acara Tahun Baru Cina pada setiap satu jam, ada juga tiga lagi pertunjukan bagi setiap setengah jam selepas setiap pertunjukan utama Tahun Baru Cina dengan pertunjukan seperti The Forest, Urban Symphony dan The Goddess. Pertunjukan bermula dari pukul 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. Acara SkySymphony Tahun Baru Cina berjalan dari 20 Januari hingga 4 Mac.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : 
Website : https://www.rwgenting.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting/



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com