6 jenis Sukan Air di Malaysia yang anda perlu tahu

Siapa sini peminat sukan yang melibatkan air ? Jika ya ini adalah 6 jenis Sukan Air di Malaysia anda perlu tahu.

1. Sukan Pelayaran


Acara Pelayaran ini telah berlangsung di Kompleks sukan Pelayaran Kebangsaan di Pulau Langkawi Kedah pada sukan SEA 2017 dimana acara ini sangat terkenal dengan acara sukan pelayaran tahunan seperti Regatta Antarabangsa Langkawi dan pernah menjadi lokasi Kejohanan Remaja Dunia ISAF.

Kebolehan sebenar dalam pengendalian bot dan taktikal belayar perlu ada untuk sukan yang mementingkan elemen semulajadi seperti angin dan laut. Pelayar akan mengendalikan bot mereka menuju ke arah boya atau penanda yang ditetapkan itu sebablah fizikal pelayar juga memainkan peranan yang penting dalam sukan ini contohnya pelayar dengan tubuh bersaiz kecil dan ringan akan menghadapi kesukaran  untuk berlayar dalam kelas bot yang memerlukan ketahanan fizikal dan kekuatan yang tinggi seperti kelas 'Laser Standard'.

Juara keseluruhan akan diakhiri dengan 'Medal Race' yang telah berlumba dalam beberapa siri perlumbaan. Terdapat 14 acara iaitu tujuh bagi kategori lelaki, enam acara bagi kategori wanita dan satu acara bagi kategori campuran lelaki dan wanita.

2. Flyboard Malaysia


Kalau pergi ke Marina Putrajaya I selalu nampak sukan ni di atas tasik tu, sebenarnya I teruja juga nak main sukan ni sebab dah ramai kawan-kawan I main benda ni kot. Nampak macam best tapi tak tahu lah kalau I dapat kawal dan imbang badan main sukan ni hehe.

Flyboard adalah sukan terbaru yang agak ekstrem juga lah ! Ia adalah aksesori yang melekat pada PWC (Watercraft Peribadi) yang memberikan pendorong Flyboard melalui udara dan air. Penggerak didorong melalui muncung utama yang melekat pada kaki pengguna Flyboard. Walaupun penggunaan intuitifnya, Flyboard tidak lagi menjadi alat sukan yang melampau untuk berlatih dengan penuh kewaspadaan.

Kalau dekat Malaysia korang boleh main sukan ni secara ekslusif melalui Flyboard Malaysia yang beroperasi di Marina Putrajaya pada hujung minggu.

3. Kayak


Sukan kayak ni selalunya sesuai untuk you all yang suka mendayung heh. Sukan di telah dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Itara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Kayak biasanya akan dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atak pendayung duduk dalam kayak dengan kaki mereka melujur di hadapan.

Mengikut Ketua Menteri Datuk Seri Idrus Harun pula, sukan kayak ni mampu memupuk perpaduan sesama rakyat berbilang bangsa perlu diperluas kepada semua peringkat tanpa mengira latar belakang kerana aktiviti ini mampu merancakkan aktiviti sukan air di negeri Melaka.

Sukan kayak juga berupaya menerap nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas dan sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani malah keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat.

4. JetSki


Siapa sangka Jetski sebenarnya bukan hanya untuk orang kaya ianya juga sukan yang kini masih ada di pesisiran pantai tak silap dalam RM50 untuk satu jam pun ada. Kalau nak tahu pada tahun 2016 yang lalu P1 Marine Motorsports tampil mengetengahkan sukan itu bagi memberi peluang lebih terbuka kepada peminat sukan ini menerusi penganjuran P1 Aquax Malaysia Series 2016 malahan telah memperolehi pengiktirafan badan induk dunia, International Jet Sports Boating Association (IJSBA).

Lebih kurang 7,000 pemilik jet ski yang berdaftar sekitar tahun 2016 sebab nak berlumba kena ada lesen tau, kena pergi kelas dan latihan supaya dapat kendalikan jentera dan teknik kawalan yang betul. Kalau tak jadi macam cerita movie seram melayu dulu yang budak tu kena simen dalam dinding. Anak owner baru pula meninggal sebab kena langgar dengan jetski. Ala cerita apa tu kalau korang ingat mohon komen ya !

5. Luncur Air


Siapa sangka yang negara kita Malaysia mempunyai seorang atlet muda yang sudah pandai meluncur air tau kalau nak tahu Aaliyah ni adalah anak kesayangan skuad Sukan SEA Malaysia empat tahu lalu di Indonesia yang termuda pernah memenangi pingat emas (dalam acara luncur air) iaitu pada usia lapan tahun lagi.

Luncur air ni lebih dikenali sebagai surfing kalau dalam English dimana suka ni melibatkan penunggang ombak yang dikenali sebagai peluncur air atau pun surfer. Mesti kena ada ombak baru meluncur air ni nampak cantik tau. Eh tapi kalau tak pandai berenang aku kurang berani sikit nak main luncur air ni. Kalau ada ombak tsunami pun syok tu.

6. Snorkeling


Aktiviti snorkelling ataupun lebih dikenali sebagai aktiviti menyelam ni selalunya mesti dekat bahagian lautan yang dalam dan mempunyai dasar laut yang cantik salah satunya di Pulau PANGKOR, I is so jelly tau, adik I dah pergi snorkelling siap dapat sijil lak kan. Why best nya life as a single human lol but lagi best life as a mom 2 kids, nanti anak-anak I dah besar I bawa dorang ni p snorkelling lah. Ni antara salah satu jenis sukan air yang orang bujang kaya dok suka join nowadays. ha ha ha ! Btw snorkelling disamping korang menyelam korang dapat melihat permukaan dasar laut yang cantik dengan terumbu karang dan ikan-ikan yang kalerful Eh geramnya tengok ikan ikan ni rasa nak picit-picit je haha.

Eh 6 jenis sukan air dekat Malaysia ni yang mana satu korang suka ? Kalau you all tanya I yang paling I nak participate yang Snorkeling ni sebab sambil menyelam sambil melihat keindahan dasar laut, tu yang I berminat nak sangat menyelam ni.

Tapi kalau korang nak tahu, ada pula cerita yang bakal ditayangkan di Malaysia mengenai sukan air. Eh excited pula I dengar. Tapi cerita ni macam berkaitan dengan cinta, best ke tak ? Cerita pasal sukan air terselit pula cerita cintan cintun, korang tak rasa romantik ke ? Nak pula pelakon lelaki popular satu masa lalu lak tu yang bawa watak tu. O mamamia..



Ni la filemnya yang bakal buat bulan Februari korang semua bersemut ohh...

Filem : Surf This Love
Terbitan : GSR Production Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Lakonan : Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardel Ayana, Syuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
Tarikh tayangan seluruh pawagam : 22 Febuari 2018
Filem yang mengisahkan tentang seorang pemandu pelancong bernama Billie yang menggemari sukan luncur air sejak kecil lagi dan menetap di Pulau Tioman. Walaupun meminati sukan luncur air tapi dia tidak mengambil serious mengenai sukan tersebut sebab pernah terjadi kisah kematian seorang peluncur air yang telah mati lemas dalam satu pertandingan luncur air di Bali dan si mati merupakan abang kepada Billie.

Siapa sangka seorang blogger kaki travellah dengar kata seorang wanita yang cantik kot tiba-tiba datang untuk menggunakan khidmat pemandu pelancong sebab pertama kali melancong di Pulau Tioman.... Walaupun percutiaan yang singkat eh tak sangka pula blogger ni dah mula jatuh cinta dengan si Billie, eh btw nama blogger ni Mia dari Kuala Lumpur, eh I kenal tak blogger ni? Haha.

Tiba-tiba kan berlaku konflik dimana Billie tu tiba-tiba nak jadi peluncur air yang popular di dalam Malaysia... eh tak nak lah cerita lebih-lebih nak tahu lebih lanjut nampaknya kena tonton sendiri filem Surf This Love ni...

Filem ni best sebab mempertengahkan sukan air dalam Malaysia, memang patut tonton ! Mana tahu tiba-tiba kita semua nak jadi peluncur air yang berjaya pada masa akan datang, heh..

Hopefully filem ni tak keluarkan air mata la... eh..



Rujukan sukan air di sini :


Sumber Rujukan

Sukan Pelayaran :
https://kualalumpur2017.com.my/bm/seagames-sport.cshtml?cid=6

Flyboard Malaysia :
https://www.facebook.com/pg/flyboardmy/about/?ref=page_internal

Kayak :
Image : http://www.wildwatersports.com.au/shop/bic-trinidad-double-kayak/
http://www.sinarharian.com.my/sukan/sukan-kayak-mampu-rancakkan-sukan-air-1.292023
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kayak

Jet Ski :
https://www.bharian.com.my/node/222542

Luncur Air :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Luncur_air
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/01/376978/aaliyah-kini-buru-gelaran-juara-dunia-luncur-air
http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2015/05/25/aaliyah-luncur-air/

Snorkelling :
http://www.holidaygogogo.com/snorkeling-tour-in-malaysia/

www.syafierayamin.com