ESL One Dota 2 : Tahniah Newbee layak ke The International 2018




Wow, boleh tahan lama betul perlawanan untuk Grand Final ESL One Dota 2 di Arena Of Stars hari ni. Dari pukul 3 petang sehinggalah 8.20 Malam. Woot kalau I tak ada lah sampai 5 kali perlawanan mahu tak rabak mata. Tapi boleh nampak effort setiap pasukan.

Apa pun I nak ucapkan TAHNIAH pada NEWBEE yang berjaya menumpaskan pasukan lawan yang sama hebatnya iaitu Team Liquid sebanyak 3-2 !

Kelima-lima perlawanan memang terlampau sengit dengan strategi yang dibina setiap pasukan untuk melawan musuh.

Kemenangan kali ini telah melayakkan pasukan Newbee layak ke The International 2018 dan membawa pulang $USD400,000 woah. Wow jutawan terus. Ha ha ha.

RECAP untuk perlawanan pertama korang boleh tengok Live recorded punya event sebab aku termissed, kakak busy pula mengemas rumah ya. Ha ha ha. Kakak continue untuk perlawanan yang kedua.

Kakak tengok LIVE dari rumah je nasib baik lah TV kakak boleh play LIVE directly dari Facebook.


Untuk Game Kedua Team Liquid banyak menguasai permainan namun strategi tetap mampu dipecahkan oleh pasukan Newbee. Siapa sangka Hero Zeus pun boleh jadi powerful tau. Maybe kakak noob kot kalau pakai karakter zeus ni sebab lari slow ahahah.



Roshan ni seekor Naga yang bagi Aeiges of Immortal, kalau korang memiliki Immortal ni, once korang mati boleh hidup semula. Memang benda alah ni menjadi rebutan antara kedua-dua pasukan tau.








Gila ramai peminat Dota 2 weh !


I sangat teruja










Apa pun Tahniah pada NEWBEE dan terima kasih pada yang following I punya #Dota2Updates melalui Blog, instagram dan Facebook I. Jangan lupa follow dan sub nanti I nak update banyak-banyak lagi cerita, events best in the future ! Yay !

Mengenai ESL :

ESL one ialah pemain solo atau berpasukan di seluruh dunia bersaing di dalam dunia kejohanan
E-SUKAN dimana corak permainan ini lebih kepada penggunaan mental berbanding daripada fizikal. Antara permainan E-SUKAN yang paling popular di dalam ESL One adalah seperti DOTA2 da Counter-strike Global Offensive. Paling menarik hadiah yang ditawarkan selalunya ratusan ribu. Dimana setiap pemain atau pasukan yang layak akan mara bertanding di dalam stadium yang meletakkan pemain di depan khalayak ramai untuk mendapat semangat dari peminat permainan. Untuk maklumat lanjut sila layari L www.esl-one.com

DOTA2 pula ialah Defense of the Ancients dimana permainan kena dalam pasukan. Setiap satu pasukan mempunyai 5 pemain untuk memberi perlindungan pada pasukan iaitu 'DIRE' atau 'RADIANT' kalau yang bermain DOTA2 mesti korang rasa DIRE ni dari Neraka manakala RADIANT dari syurga. Heheh. Setiap ancients ni ada 3 (lanes) dimana setiap satu lane ada 2 menara yang korang kena lindungi.

Dalam pasukan ada 5 karakter dimana karakter tu kena berada di lane yang betul untuk lindungi ancients tu, ada TOP, MID dan Bottom. Pemilihan karakter yang sesuai akan menentukan sape perlu berada di lane tu. Usually Mid kena single je tau tapi ada yang dah Pro, belum apa-apa lagi dia dah dapat kill 1 enemy karakter.

Selain itu setiap pasukan akan ada supports lemah macam male creeps fungsi dia bantu korang naikkan level waktu peringkat awal.

Lebih dari 100 karakter yang korang boleh main dimana setiap hero mempunyai 4 kemahiran atau yang berbeza dari kekuatan, ketangkasan dan kepandaian samada pasif mahupun aktif.

DOTA2 memerlukan strategi dari pemain bermula dengan membunuh creeps, menaikkan level, menjelajah map pihak lawan untuk menghancurkan Ancient satu sama lain.


Tak dapat saksikan perlawanan di Genting ? Korang boleh saksikan secara LIVE di :
> ESL One Siaran langsung <


Sumber Rujukan : Facebook ESL One

www.syafierayamin.com