ESL One DOTA 2 : Pusingan Akhir Newbee Menentang Team Liquid


Bagi yang mengikuti perkembangan ESL One Dota2 bermula 26 Januari yang lalu, kini ianya telah sampai ke kemuncak akhir ! Pasukan Newbee dan pasukan Team Liquid telah mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung tidak lama lagi pada hari Ahad di Arena of stars. Bagi yang tidak dapat ke Genting anda boleh menyaksikan pertarungan akhir secara langsung di Facebook ESL One !



RECAP Separuh Akhir ESL One Genting DOTA 2

TEAM LIQUID VS EVIL GENIUSES


Semasa pusingan peringkat separuh akhir Team Liquid telah berjaya menumpaskan pasukan Evil Genuises dengan skor 2-0.

Pemilihan Heroes Evil Geniuses VS Team Liquid - GAME 1
Ancients : (Evil Geniuses : Radiant ) ( Team Liquid : Dire )


Pemilihan Heroes Evil Geniuses VS Team Liquid    - GAME 2
Ancients : (Evil Geniuses : Dire ) (Team Liquid : Radiant )



Saksikan perlawanan pertama separuh akhir 2018 Evil Genuises VS Team Liquid Game 1


Saksikan perlawanan kedua separuh akhir 2018 Evil Genuises vs Team Liquid  Game 2



NEWBEE VS TEAM SECRET



Newbee berjaya menguasai perlawanan dengan menumpaskan Team Secret dengan skor 2-0.

Pemilihan Heroes Team Secret VS Newbee - GAME 1
( Team Secret : Radiant ) ( Newbee : Dire )


Pemilihan Heroes Team Secret VS Newbee - GAME 2
( Team Secret : Radiant ) ( Newbee : Dire )


Saksikan perlawanan pertama separuh akhir 2018 Team Secret VS Newbee Game 1



Saksikan perlawanan pertama separuh akhir 2018 Team Secret VS Newbee Game 2



Melalui perlawanan sengit di antara keempat-empat pasukan di dalam peringkat separuh akhir untuk ESL One Genting 2018 telah menemukan Newbee dan Team Liquid pada pusingan terakhir bakal berentap untuk merebut bukan sahaja hadiah sebanyak $US400,000 malahan untuk mengumpul 400 mata kelayakan untuk diiktiraf menjadi 8 pasukan yang akan dijemput di The International 2018.

Apa lagi, jangan lupa saksikan Perlawanan Akhir ESL One Genting 2018 pada 28 Januari 2018, Ahad 3 PM : (Newbee VS Team Liquid)

Mengenai ESL :

ESL one ialah pemain solo atau berpasukan di seluruh dunia bersaing di dalam dunia kejohanan
E-SUKAN dimana corak permainan ini lebih kepada penggunaan mental berbanding daripada fizikal. Antara permainan E-SUKAN yang paling popular di dalam ESL One adalah seperti DOTA2 da Counter-strike Global Offensive. Paling menarik hadiah yang ditawarkan selalunya ratusan ribu. Dimana setiap pemain atau pasukan yang layak akan mara bertanding di dalam stadium yang meletakkan pemain di depan khalayak ramai untuk mendapat semangat dari peminat permainan. Untuk maklumat lanjut sila layari L www.esl-one.com

DOTA2 pula ialah Defense of the Ancients dimana permainan kena dalam pasukan. Setiap satu pasukan mempunyai 5 pemain untuk memberi perlindungan pada pasukan iaitu 'DIRE' atau 'RADIANT' kalau yang bermain DOTA2 mesti korang rasa DIRE ni dari Neraka manakala RADIANT dari syurga. Heheh. Setiap ancients ni ada 3 (lanes) dimana setiap satu lane ada 2 menara yang korang kena lindungi.

Dalam pasukan ada 5 karakter dimana karakter tu kena berada di lane yang betul untuk lindungi ancients tu, ada TOP, MID dan Bottom. Pemilihan karakter yang sesuai akan menentukan sape perlu berada di lane tu. Usually Mid kena single je tau tapi ada yang dah Pro, belum apa-apa lagi dia dah dapat kill 1 enemy karakter.

Selain itu setiap pasukan akan ada supports lemah macam male creeps fungsi dia bantu korang naikkan level waktu peringkat awal.

Lebih dari 100 karakter yang korang boleh main dimana setiap hero mempunyai 4 kemahiran atau yang berbeza dari kekuatan, ketangkasan dan kepandaian samada pasif mahupun aktif.

DOTA2 memerlukan strategi dari pemain bermula dengan membunuh creeps, menaikkan level, menjelajah map pihak lawan untuk menghancurkan Ancient satu sama lain.


Tak dapat saksikan perlawanan di Genting ? Korang boleh saksikan secara LIVE di :
> ESL One Siaran langsung <


Sumber Rujukan : Facebook ESL One
www.syafierayamin.com