Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea


Hi you all, dah nak 3 miggu I guna set rambut dari Althea ni, siapa sangka, 1 kotak Rapunzel's Secret Box terdapat lebih kurang 10 produk yang khas untuk rambut tau. Since my hair dah panjang sampai paras pinggang, jadi memang banyak produk I kena pakai untuk maintain kan luminous hair tau.

So I rasa sangat berbesar hati dengan Althea yang sangat details menyusun beauty box khas untuk we all yang mejaga rambut sebab rambut kan mahkota setiap wanita. hehe.




Dalam Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea ni ada 10 produk, antaranya :

  1. Suaviss Exclusive Travel Kit
  2. Suaviss Argan Trial Sample Kit
  3. April Skin (Turn-Up color treatment [Peach Pink])
  4. Aritaum Colorize Hair Bleach
  5. Dr. Dr (B5 Shampoo Anti-Hair Loss
  6. Mise-en-scene (Perfect Repair Mask Pack)
  7. Piolang CP-1 Head Spa Scalp Tinture
  8. Piolang CP-1 Premium Silk Ampoule
  9. Petitfee Koelf Deep Scalp Purifying Swab
  10. Real Skin The Healthy Protein Hair Ampoule (Black Bean)


Kesepuluh-puluh produk yang terdapat di dalam Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea masing-masing mempunyai 'benefits' tersendiri. I dah tried hampir semuanya kecuali Dr. Dr B5 Shampoo Anti Hair-Loss. Tak sempat dalam 1 hari nak cuba kesemua produk ni tapi so far hampir semua I dah cuba. So let's see the pros and cons each product !  Lets find out more down here.

Dr. Dr (B5 Shampoo Anti-Hair Loss)


I have to admit it that I memang mengalami masalah keguguran rambut sejak lahirnya anak-anak I. Nak mencegah tapi memang entahlah I guessed masalah keguguran rambut sebenarnya memang agak normal bagi ibu-ibu yang dah melahirkan anak. Bila tanya doktor dan hair beautician pun dorang memang cakap benda yang sama sebab zat dari badan dah diambil ketika mengandungkan kedua-dua anak I. Jadi I is redha. Cuma sekarang I memang sangat suka bila dah ada produk yang memang khas untuk atasi dan merawat masalah rambut gugur. I masih belum cuba lagi syampu ni so tak boleh nak bagi details banyak sangat mengenainya. Tapi mengikut Dr.DR ni syampu ni diformulasi dengan bahan yang kaya dengan buih sabun yang mampu membersihkan kulit kepala secara mendalam. 

Semasa cucian rambut juga anda dapat rasakan kesan berangin dan segar sebab ada kandungan Menthol. Paling menarik terdapat juga bahan Dexphanteol untuk membantu menguatkan dan membentuk rambut yang cantik dari akad folikel rambut juga.

Sangat sesuai untuk korang yang mempunyai rambut yang semakin menipis dan tidak beraya, rambut mudah berminyak, rambut cepat pecah, kulit kepala gatal, selalu menggunakan bedak dan rambut palsu, selepas melahirkan anak, menopause, susah kerinting bila perm, Diet yang tak seimbang, lebih dari 80 helai rambut gugur, selalu sangat mewarnakan rambut dan perm dan paling sedih rambut gugur anda disebabkan oleh faktor genetik.

Jadi anda boleh mencuba sendiri produk ni jika anda alami masalah rambut gugur yang terus seperti yang dinyatakan. Bila baca faktor tu I tak sabar pula nak cuba produk ni sendiri ! wee. :)

Suaviss Exclusive Travel Kit



Untuk kaki travel, I la tu yang selalu ke sana ke sini sambil bawa anak-anak exploring the world, I memang perlukan produk yang ringkas dan senang untuk di bawa ke mana-mana, produk yang I guna sebolehnya sesuai untuk digunakan untuk anak-anak I yang masih kecil dan kulit masih dalam keadaan baik. Suaviss travel kit yang ekslusif ni mungkin adalah pilihan yang tepat untuk Mama macam I ni. Didatangkan dengan 3 jenis iaitu pencuci wajah, syampu dan juga perapi termasuklah di dalam bag kalis air.

Suaviss Angelica Hair Shampoo


Syampu ni memang sangat best sebab senang berbuih dan diurut ke seluruh rambut. Terdapat kandungan seperti Minyak argan organik, ekstrak herbal semulajadi dan diformulasikan dengan bahan yang melembabkan rambut.


Bau yang sanagt lembut, once I urut rambut I degan air, dia punya buih cepat terhasil. Rambut nampak lebih shining dan mudah disisir paling best kulit kepala terasa lebih bersih dan kurang kegatalan afterwards.

Suaviss Argan Brilliant Hair Conditioner


Selepas syampu rambut, perapi adalah penting untuk kasi re-balanced balik rambut. Sebab kalau syampu sahaja tidak mencukupi, perapi rambut adalah penting untuk pastikan rambut tidak pecah dan bercabang. Dalam Perapi rambut Suaviss ni sama macam formulasi syampunya cuma ianya lebih membantu untuk memperbaiki rambut rosak dan menjadikan rambut lebih bersinar gitu.

Suaviss Argan Trial Sample Kit


Dalam Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea pun terdapat extra sampel untuk you all cuba terlebih dahulu sebelum pakai yang travel saiz tu, nak tengok sama ada sesuai untuk you all or not. hehe, khas untuk penggunaan satu hari ! :)


Suaviss Foaming Pore Cleanser


I harap you all tak jadi macam I, I ingat yang ni khas untuk rambut. Untuk bersihkan liang pori bahagian kulit kepala, I siap guna lagi dekat rambut I tapi beranginlah I punya kulit kepala, paling bila syampu dekat rambut pun buih sabun produk ni penuh dekat rambut I kot. hehe bila tengok balik rupanya pencuci untuk muka rupanya. Khas untuk bersihkan liang pori sebab dalam produk ni ada kandungan kelapa, formula yang lembut, dapat melembabkan rambut dan banyak buih gitu.

April Skin Turn-Up Color Treatment ( 60ml )


Mula-mula I memang teruja nak mencuba sendiri Turn-Up Color Treatment Hair Tint dari April Skin ni. Produk ni adalah rawatan untuk timbulkan warna pada rambut. I bukanlah seorang yang nak rambut warna-warni tapi nak cuba juga sebab teruja nak tengok rambut jadi warna Pink Gitu. hehe.

Tried and tested : Boleh tengok warna dia jadi ke tak untuk rambut I sebab I punya rambut hitam legam tpi sebenarnya aru je bleached rambut dengan Aritaum.


I sapu pada sebahagian rambut I. best sebab boleh dilakukan di rumah. April Skin dakwa kalau pakai produk dia takkan bebankan kita dengan komitmen, takkan menyebabkan kerosakan rambut dan warna boleh kekal sehingga 2 minggu.


Sebenarnya memang banyak syarat untuk guna April Skin Turn-Up Color Treatment Hair Tint ni :

  1. Kurang sesuai untuk I sebab rambut I tak pernah diwarnakan dan sangat hitam memang susah untuk dapatkan warna pink yang I nak.
  2. Warna yang terhasil sangat mudah untuk pudar secara semulajadi jadi kena asingkan tuala dan perlu dikeringkan setiap kali setelah syampukan rambut.
  3. Nak warna nampak lebih menarik kena tunggu lebih lama setelah sapu pada rambut.
  4. Nak lagi pekat warna tu kena pakai pada rambut ketika rambut kering bukan masa basah.
  5. Nak warna ni lambat pudar kena keringkan rambut secepat mungkin.
  6. Perapi tambahan atau rawatan setelah guna Turn-Up Color Treatment dari April Skin adalah sangat tak digalakkan sebab warna lagi takkan tahan lama.
  7. Sebab proses tint sangat cepat, jadi kroang kena pakai sarung tanga dan baju yang sesuai supaya warna tu merebak pada pakaian korang.


Untuk rambut I, tak nampak sangat warna pink tu walaupun I dah letak produk ni selama 30 minit lebih. Jadi I takut nak continue lagi takut rambut I rosak hee. Never mind I skip this step, jom kita pergi steps yang lain.

Aritaum Colorize Hair Bleach


First time I buat 'hair bleaching.' Kotak yang simple rasa nya pek ni cukup untuk half je. Ada 2 pek dalam 1 kotak Colorize Hair Bleach ni. Tujuan nya adalah untuk bleach rambut untuk nampakkan warna yang korang suka la, yang dalam kotak I ni warna macam kuning perang. Fuh ala-ala mat salleh warnanya Cuma muka aku yang jawa ni macam kurang sesuai pula rambut kaler perang, haha.
Tapi macam biasa aku kan suka mencuba produk-produk at least luaran bukan dalaman hehe.


Cara nak pakai Aritaum Colorize Hair Bleach ( 10g+30ml ni) ni mula-mula kena campur bahan pertama iaitu sejenis bedak dan bahan kedua iaitu losyen. Nisbah 1:3. Campur kedua-kedua bahan sehingga sebati. Lepas tu terus sapu pada rambut. Kalau boleh elakkan daripada terkena ke bahagian kulit kepala. Mahu tak gatal nanti hehe. Biarkan selama 10-20 minit sebelum cuci rambut lepas tu cuci dengan syampu macam biasa


Setelah 20minit, cuba korang tengok warnanya, aku letak produk ni bahagian bawah sekali rambut aku. Nampak macam aku buat highlight la, bukan secara keseluruhan wee, seram gak tiba tiba muka aku jadi macam mat salleh kalau rambut aku warna kuning nanti. Haha. Banyak juga syarat kalau pakai Aritaum Colorize Hair Bleaching ni especially bagi korang yang rambut dah rosak teruk tu. Warna peluntur ni akan jadi lebih cepat berbanding rambut yang biasa dan tak pernah diwarnakan. Aku rasa rambut korang konpem jadi putih. Bagi aku peluntur rambut ni lagi membuatkan rambut lebih cepat rosak, tu sebab aku taknak ambil risiko kaler semua rambut aku, seram, sekarang pun boleh perasan rambut macam start bercabang. Mungkin lepas ni aku kena potong lah kot part rambut yang lunturkan tu hehe.  Bagi korang yang nak bleaching kaw-kaw dari kuning- putih, korang boleh letak rambut korang atas kertas aluminium dan balut lepas tu guna hair dryer untuk percepatkan proses. Tapi kalau aku dalam 20 minit sahaja dah boleh nampak result macam dalam gambar di atas.

Mise-En-Scene Perfect Repair Mask Pack (15ML)


Banyak-banyak produk yang aku suka dalam Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea adalah Mask Pack ni sebab yang ni memang dia perbaiki balik kerosakan yang aku alami setelah warna rambut haha. Sangat mudah nak digunakan plus no need electric langsung untuk wap kan rambut.  Dah cuba memang totally recommended untuk you all yang rambut kejung tu huhu. Pek ni ada 2 jenis iaitu serum dan juga topi plastik wrap bentuk mask untuk rambut.

01 Perfect Serum


Yang 1st step adalah perfect serum which is ada kandungan nutrisi yang kaya dengan 7x ganda minyak koktail khas untuk rambut yang rosak. Antara bahan yang ada dalam ni adalah seperti Minyak Argan, Camellia, Kelapa, Aprikot, Marula, Jojoba dan juga minyak zaitun.

Campuran bahan ni sangat bagus untuk rambut, once I applied dekat rambut I masa tengah basah lagi, I urut produk ni pada bahagian hujung rambut sampai lah ke kulit kepala. So far 1 pek ni cukup untuk rambut I. Lepas tu I ikat rambut untuk pastikan rambut lebih kemas time nak pakai topi nanti.

02 Hot Oil Hair Cap Heat Effect


Once I open paket ni untuk langkah kedua ' Perfect Repair Mask Pack (15ml)' :

I dapat rasa Hair cap ni dah start macam ada rasa panas panas suam tu, katanya cap ni bertindak balas pada air, mungkin sebab rambut I basah dengan adanya serum tu, tu sebab hair cap ni jadi suam, lepas tu terus I balut rambut I dan biarkan  rambut I tenang dan relax lebih kurang 5-15 minit. So far produk ni kaya dengan nutrisi, tangan jadi sangat lembut lepas dibersihkan.

Lepas dah 15 minit, I cuci dapat rasa rambut I gila lembut. Fuh. Lepas tu I biarkan rambut I kering secara semulajadi with no heat.

The Healthy Protein Hair Ampoule (Black Bean)


Kacang Hitam adalah bahan yang sangat bagus kaya dengan protein utuk jadikan rambut lebih sihat dan juga berkilat. Paling best produk ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah rambut yang berminyak. Ianya sejenis ampual rambut yang boleh perlu dibasuh selepas pemakaian sekitar 10-20 minit.


Bagi I yang ada masalah rambut rosak setelah melunturkan rambut I dengan Colorize Bleaching. I cepat-cepat letak ampul kacang hijau sebab nak kasi nutrsi balik pada rambut I. Ianya kaya dengan nutrisi untuk perbaiki rambut rosak dan meningkatkan keanjalan rambut.

Piolang Premium Silk Ampoule (20ml)


I memang suka produk dari Piolang ni, dulu pun I pernah beli satu iaitu raspberi vinegar, tak sangka dalam Rapunzel's Secret Box dari Althea Korea ada 2 jenis produk dari Piolang ni. Ampul ni boleh dikatakan agak membantu juga la jadikan rambut selembut sutera dan senang diuruskan. Kaya dengan kepekatan protin yang membantu menhaga setiap helaian rambut


Ampul CP-1 ni buat I rasa macam berada di salon rambut, rambut I nampak lebih sihat daripada sebelum, paling best produk ni mencegah rambut I dari kekeringan, sapu ampul ni sebelum nak keringkan rambut atau luruskan rambut sebab ianya dapat membantu rambut dari kepanasan yang teruk.

Antara bahan yang ada dalam ampul ini adalah seperti ekstrak benih quinoa untuk melindungi rambut dari kepanasan dan membantu rambut menyerap protin, 6 jenis minyak sayuran seperti minyak matahari, minyak kelapa. minyak sweet almond, minyak camellia, minyak argan dan juga minyak drumstick seed( bukan ayam tau ), lepas tu ada juga 17 asid amino yang meniru rambut semulajadi utuk memperbaiki rambut rosak.

Sebanyak 3,000ppm Hydrolyzed Silk untuk menyuburkan rambut dari dalam dan luaran untuk rambut jadi selembut sutera. Ramput dapat diperbaiki dengan adalanya molekuler protin yang lemah seperti Hydrolyzed Silk, hydrolized elastin dan juga hydrolized keratin.

Boleh dipakai pada bila-bila masa dibahagian rambut yang rosak sebelum dan selepas guna pengering rambut lepas  tu kalau rambut rasa kering sapu je ampul ni tau.

Piolang CP-1 Scalp Tinture


Tak tipu produk ni paling best untuk atasi rambut gatal ! 1 botol ni mengandungi 100 ml yang buat I jadi tenang setiap kali spray dekat bahagian kulit kepala I. Sangat sempurna jika dalam keadaan panas especially waktu tengahari disamping mengurangkan kegatalan kulit kepala. Dengan adanya bahan seperti herba hijau ianya sangat membantu untuk menyuburkan rambut dari dalam. Kesan sejuk selepas semburan juga dapat kurangkan suhu yang panas pada permukaan kulit kepala.


Perlindungan paten pada kulit kepala dengan komplek herba hijau bagi aura ketenangan. Selain tu ada kandungan garam laut bagi mineral dan nutrisi pada kulit kepala, dan boleh cegah kelemumur dan kurangkan kegatalan rambut.

I sangat rekomen untuk you all yang bekerja di bawah panas terik, dalam tempat beraircond pun boleh sembur produk ni kasi segar je all the times and rambut busuk no more ! hehe

Petitfee Koelf Deep Scalp Purifying Swab (6ml)


Sekali tengok macam putik kapas kan ? Tapi sebenarnya khas untuk kulit kepala. Hanya satu langkah tak perlu bilas pun untuk hilangkan bau rambut busuk, ianya amat membantu untuk bersihkan minyak dan kekotoran serta mengurangkan rasa kegatalan rambut. Fuh sesuai sangat sapu pada bahagian rambut kelemumur. Memang bau swab ni kuat dan menusuk kalbu je.


Kulit kepala jadi lebih segar dan bau busuk rambut hilang sebab ada kandungan bahan seperti minyak tea tree dan menthol untuk bagi kepala tu bebas dari  kegatalan. Setiap satu swab yang bersaiz besar ni dibungkus dalam satu pek yang berasingan dan disterilkan untuk pastikan ianya lebih bersih dan bebas kotoran, 1 pek untuk sekali penggunaan... the best part Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea most of the product sangat memudahkan traveller sebab swab ni sangat mudah disumbat dalam bag hehe. Bahan yang buat swab ni lebih berkesan sebab sebab ada Minyak oren, minyak lavender, minyak rosmari, minyak peppermint dan juga eucalyptus oil. Tu sebab la kulit kepala rasa lega je all the times.

I hears that Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea IS RE-STOCK back, cepat grab sape cepat dia dapat. Bertarung tau setiap kali nak beli Beauty Box dari Althea ! Hehe

Untuk pembeliaan sila beli kat sini >> Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea <<

Jangan lupa follow FB, IG dan youtube Althea Korea tau !

Rapunzel's Secret Box #35 dari Althea Korea ada 71% hanya RM99 INSTEAD OF RM345 !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com