VR Lab @ Wangsa Maju

VR Lab @ Wangsa Maju

VR Lab kini dah berada di Wangsa Maju dan Juga di Kepong, jadi bagi anda yang ingin mengalami sendiri kehidupan di dunia maya, anda digalakkan untuk datang sendiri ke VR Lab berdekatan tempat tinggal anda. Memandangkan VR Lab Wangsa Maju ni dekat dengan rumah I jadi I pergi kat sini.

Anda yang mana satu ? Adakah anda seorang :
  1. Ingin Tahu mengenai dunnia Virtual Reality ?
  2. Akhli Korporat ?
  3. Kaki Gamers ?
  4. Ahli Akademik ?
Jika anda dalam list di atas JOM alami sendiri dunia maya dekat VR Lab ni ! Penting sangatkah VR Lab ni ? VR lab ni umpama dunia yang lagi satu dunia uniVRse yang menanti untuk anda alami sendiri.



Ada 4 kategori yang sesuai untuk anda alami sendiri VR iaitu :

The Curious untuk anda yang mempunyai keinginan untuk mengetahui VR dengan lebih lanjut dimana anda boleh menerokai dunia, bertemu dan berinteraksi dengan orang yang berada di dalam dunia VR, contohnya anda boleh bermain bola beracun, menonton wayang dan bunuh zombies bersama rakan yang akan ada disamping anda di seluruh dunia, Jom ke VR lab untuk lebih jelas.

The Corporate khas untuk anda menjadi tuan rumah di majlis korporat di VR Lab untuk menarik perhatian tetamu anda dengan realiti maya sama ada dalam penyampaian berbentuk parti atau bisnes dimana VR Lab adalah tempat yang menarik.

The Gamers khas untuk anda yang kaki gamer untuk mengalami sendiri dunia realiti maya ni dimana anda akan alami dunia yang lebih menarik sebelum anda menyertai VR Lab ni.

The Academics, siapa sangka pelajar juga diberi peluang untuk mengalami sendiri VR ni bukan games je ada juga tempat belajar melalui persekitaran yang interaktif. Anda boleh melihat dunia dalam bentuk 3D contohnya jika anda ingin ke Paris melihat pembangunan untuk projek anda. Who knows right ?



Banyak GAMES yang korang boleh cuba, main dan alami sendiri. Dengan menggunakan akaun Steam dalam tu terdapat lebih dari 100 games yang direkomen. Antara contohnya :

Sosial, Pendidikan dan Seni :

  1. Tilt  Brush
  2. Altspace VR
  3. RecRoom
  4. Audioshield
Experience & Travel (Realities) :
  1. Google Earth VR
  2. Waltz of the Wizar
  3. theBlu
  4. Richie's Plank Experience
Sport :
  1. Unbreakable VR Runner
  2. Hoops VR
  3. Fancy Skiing ( My fav )
  4. Thrill Of The Fight
Casual :
  1. Lightblade VR
  2. Fruit Ninha
  3. Holopoint
  4. Skeet VR
  5. Target Shooting
Action & RPG
  1. Call of the Stareed
  2. A Legend of the Luca
  3. Wrath of the Fire God
  4. Vanishing Realms
Horror
  1. HordeZ
  2. Emily Wants To Play
  3. Sistes
  4. The Brookhaven Experiment
First Person Shooter
  1. Island 359
  2. Serious Sam VR
  3. The Last Sniper VR
  4. The Nest
Multiplayer :
  1. Onward
  2. Hover Junkers
  3. Raw Data
  4. Elven Assassin



Port untuk Kaki Instagrammer Bergaya

Single VIP ROOM untuk yang nak main secara Privacy

Aina buat briefing sebelum main ber'VR'

Sekarang bermula peggambaraan VR sat



Budak kecik ni pun nak main
Sebenarnya main dalam sejam pun bagi aku dah cukup especially aku dok main Fancy Skiing rasa macam bersenam tau, haha. Tapi memang bestlah sebab rasa macam realistik world je, rugi pula aku tak cuba yang google earth. Teringin nak rasai pengalaman berada dalam laut, uu..

Pricing dia :

Single VR Headset ROOM : RM50/1 jam tanpa terhad
Double VR Headset ROOM : RM100/1jam tanpa terhad
Mixed Reality Room : RM20/game RM100/jam boleh bawa balik rumah !

Apa lagi jangan lupa singgah VR Lab untuk alami sendiri dunia realiti. Kalau rumah aku dekat dengan VR Lab Wangsa Maju. Tempat lain sila pergi >> sini <<

VR LAB WANGSA MAJU

MYR50.00per HOUR - SINGLE HEADSET ROOM - UNLIMITED GAMES
Ground Floor, Jln Wangsa Delima 10
Reservations : +6017 299 8464
GPS Location : 3.196879, 101.740764
Facilities : Mixed Reality, Single & Twin VR (& VIP) Headset Rooms
Makanan Ringan dan minuman disediakan

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com