Meriah sangat karnival Upin dan Ipin 2017 di Maeps, Serdang

11/26/2017 12:25:00 AM

Siapa yang dah pergi Karnival Upin dan Ipin tahun 2017 hari ni ? I dah ! I pergi hari Sabtu untuk sempena cuti sekolah yang panjang ni. Wee best sangat and memang ramai yang hadir dari pagi sehinggalah ke lewat malam. I pun datang dari pukul 9 pagi sampai ke lewat petang sebab terlampau banyak aktiviti yang menarik untuk diterokai di dalam setiap dewan.



Mula-mula ingat nak pergi sampai tengahari je tapi entah kenapa aura upin dan ipin I terstay lama tengok mak ayah lagi excited lebih dari anak-anak kot. Haha.

Terdapat 2 dewan iaitu dewan A dan C dimana dewan C lebih kepada suasana kampung, tempat belajar upin dan ipin serta tempat pengambaraan upin dan ipin. Ultraman pun terselit juga lah dalam dewan C.

Paling menarik di dewan C pengunjung yang hadir diperkenalkan dengan pembikinan Upin dan Ipin dari penulisan skrip, story boarding, rakaman suara dan tambahan idea serta maklumat mengenai latar belakang disebalik kisah Upin dan Ipin. Fuh nampak macam senang je kan tapi I boleh cakap wow jugalah.. masa I study dulu 3d animation dalam course I.. I pun dah stress gila nak pula dapat laptop graphic tak powerful rendering confirm 2-3 minggu muahahah. Seronok dapat tinjau-tinjau juga pembikinan kisah Upin Ipin dari Le's Copaque.





Banyak juga nak diterokai di dalam Dewan Magik ( Dewan C ) antaranya :
  • Alam Dino
  • Rumah Opah
  • Bergambar di Tadika Mesra
  • Bergambar bersama Ultraman Ribut
  • Berinteraksi bersama Kak Ros
  • Rumah Nenek Kebayan (seram)



Manakala bahagian Dewan A lebih kepada pengenalan produk, pengenalan rancangan siri animasi kartun keluaran Les' Copaque, jualan cenderahati Upin dan Ipin dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam dewan A. 

Sebenarnya we all diberikan notes untuk sertai aktiviti so baru nampak lebih FUN tau. Bila tengok nota tu mak aihhh banyak gila aktiviti yang wajib terokai dewan A dan C. Belum mula aktiviti rasa macam gave up sekali tu staff dekat karnival tersangatlah Helpful, friendly finally I dengan kids managed la to completed 1 bahagian and we all dapat medal hee. 


Terdapat juga tayangan animasi Upin Ipin dalam bentuk wayang kulit. I rasa teruja sebab dah lama tak tengok wayang kulit last tengok pun masa I 6 tahun. I sanggup tunggu duduk untuk tayangan tu tapi cuma kurang berkenan bila kanak-kanak terlampau teruja dorang siap duduk dekat skrin kot.. wooah sabar je la haha.. apa pun I dah faham jalan cerita tayangan wayang kulit ni.


Tayangan wayang kulit ni pasal Upin Ipin ada akal yang nakal gitu. Bermain dengan telur Trex kalau tak pecah tak pe la kan tapi hnm tangan gatal kan pergi main lak kan telur tu. Padanlah kena kejar dengan Trex.


Tapi sedih juga dinosaur hijau tu mati kot ni semua sebab dendam trex pada Upin Ipin. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena lah pergi on the last day which is today Ahad untuk ketahui lagi jalan cerita ni hee.


Terdapat juga wayang kulit yang dijual yang kecil. RM 80  manakala yang besar RM500. Mampu tengok je la. Tapi memang cantik I suka details dia tapi nak I  cakap macam seram lak nak letak kat dalam rumah. Haha.


Neway karnival upin-ipin ni memang best sebab banyak informasi dan aktiviti menarik ada kat sini sampai I terjebak daftarkan anak-anak I jadi ahli dan beli barangan cendera mata dari Upin Ipin.

Apa pun semoga Upin Ipin semakin sakses all the times ! Dengar cerita Upin Ipin bakal adakan taman tema kat Klang kot tak silap. Please jemput waktu ada perasmiaan ye. Thanks so much. I enjoyed sangat karnival nI harini !

Laki aku dah perli kalau banyak duit selagi tak habis tu mesti shopping tak balik rumah... nasiblah dia wujud membantu untuk elak berbelanja berlebihan dari bajet. 😬

Apa pun harini memang best. Bagi yang dah ada anak2 atau masih muda remaja tapi meminati karakter Upin & Ipin... berita baik untuk you all !! Jom memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang pada 24-26 Nov ini

Dari awal pagi sampai lah ke lewat petang... spending my day dekat Karnival Upin dan dan Ipin di Maeps Serdang.. bebudak ni macam taknak balik... masalahnya makin lama aku dok situ makin banyak aku memborong... 😅 Esok last day !!!!!! Ps : Hi you all... bagi yang dah ada anak2 atau masih muda remaja tapi meminati karakter Upin & Ipin... berita baik untuk you all !! Jom memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS, Serdang pada 24-26 Nov ini . Dewan Utama (Dewan A) -------- Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan Ultraman Ribut Puteri Limau Pada Zaman Dahulu Upin & Ipin The Musical dan banyak lagi... . Dewan Magik (Dewan C) ------- Alam Dino Rumah Opah Bergambar di Tadika Mesra Bergambar bersama Ultraman Ribut Berinteraksi bersama Kak Ros dan banyak lagi... . Dapatkan tiket secara online di UpinIpinStore.com ataupun di pintu masuk dewan C nanti ketika hari karnival . @upinipinofficial . #UpinIpinLuarBiasa #KarnivalUpinIpin Hall A Dewasa Rm 10 Kanak2 (7-12) Rm 5 Hall C Dewasa Rm 25 Kanak2 (7-12) Rm 10 *FREE Bawah 6 tahun Warga emas Hall A boleh masuk byk kali utk 1 day, Tapi Hall C, 1 time only masuk #KarnivalUpinIpin2017 #UpinIpinlover #KarnivalUpinIpin #UpinIpinLuarBiasa #syafierayamincom #igermalaysia #BeautyBlogger #juicywasabi #Malaysianblogger #lifestyleblogger #youtuber #clozette #influencer #BloggerMalaysia #Collegeville @upinipinofficial @upinipinstore @_upinipin_video_ @mohdzarin
A post shared by Syafiera Yamin (@syafiera_yamin) on
.
Dewan Utama (Dewan A)
--------
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical
dan banyak lagi...
.
Dewan Magik (Dewan C)
-------
Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros
dan banyak lagi...
.
Dapatkan tiket secara online di UpinIpinStore.com ataupun di pintu masuk dewan C nanti ketika hari karnival
.
@upinipinofficial
.
#UpinIpinLuarBiasa
#KarnivalUpinIpin

Hall A 
Dewasa Rm 10
Kanak2 (7-12) Rm 5

Hall C
Dewasa Rm 25
Kanak2 (7-12) Rm 10 *FREE
Bawah 6 tahun
Warga emas

Hall A boleh masuk byk kali utk 1 day, Tapi Hall C, 1 time only masuk

#KarnivalUpinIpin2017
#UpinIpinlover
#KarnivalUpinIpin
#UpinIpinLuarBiasa

Follow IG : @upimipinofficial

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee