Minyak Wangi yang aku tergila-gila sampai aku umur 27. 😂

9/09/2017 02:49:00 AM


Sebenarnya aku ni bukanlah jenis 'die hard fan' minyak wangi pun tapi ada sejenis minyak wangi yang aku kena sangat dengan hidung, sejak dari aku 15 tahun lagi.. sebab minyak wangi ni mak tiri aku suka pakai.. aku ngan mak tiri baik baik je korang jangan ah tak percaya tau. Dia ni dulu selalu je ada katalog AVON tu hi hi hi.. dan salah satu produk dia ada adalah perfume dari Avon ni iaitu Far Away.. setahu aku minyak wangi ni dah lama.. time tu time sekolah lagi aku tak mampu beli lagi minyak wangi ni sebab time tu tak silap Far Away ni mahal.. kalau ada sale pun belum tentu aku mampu beli.. tapi percayalah bau minyak wangi far away ni memang melekat kuat bau haruman dia, bagi aku haruman dia tu memang buat aku terpikat rasa macam nak bau tu je all the times.. aku rasa haruman ni buat aku terkenang detik manis berseorangan di taman yang penuh bunga di bawah langit senja penuh dengan bintang-bintang.. itulah yang aku dapat imagine setiap kali haruman ni aku sembur..


Tapi kalau korang nak tahu minyak wangi Far away ni pun aku miliki masa umur aku 27 tahun 😱 tak tipu memang cerita betul.. sebab dulu aku set dalam minda aku minyak wangi ni mahal tak mampu beli sampailah aku pergi rumah Mak sedara aku.. aku nampak botol ni aku tanya eh minyak wangi ni aku cakap aku fav sangat dia cakap ambil je la dia belI Rm8 dekat sepupu aku.. aku segan la tapi dia cakap ambil je jadi aku ambil lah bawa balik..

Sekarang impian aku nak miliki Far Away dah dapat..


Yang ni adalah mini Far Away.. tapi bau dia macam pelik sikit bau kuat.. tak macam Edt Far Away.. nasib baik ah aku beli RM10 je time ada sale haritu.. still prefer yang EDT. 😬


Dan baru baru ni aku berjaya memburu another haruman lah.. hari tu aku pergi jalan jalan kat IOI City mall nampak The body shop buat sale merdeka.. kemain ramai orang berpusu pusu.. aku pun terjebak join sekali.. mula mula aku target yang raspberry Edt tapi husband aku minat yang ni bau dia ala ala fruity peach.. mula mula taknak argued nak yang raspberry..  sampai kat kaunter bau lagi yang raspberry tu.. lama lama bau tu macam kuat and rasa cam maskulin je.. terus aku tukar peach mist ni.. so far memang bau buah buahan nI buat makcik aku tertanya-tanya haruman apa aku pakai siap suruh aku belilan lagi cuma time tu dah habis promosi la..


Sekarang ni ada lagi minyak wani yang aku tergila-gila.. yang GAHARU based tu.. hari tu terjumpa seller buat blending GAHARU+ROSE fuh memang sedap and sangat long lasting haruman tu tapi harga kemain mahal 3ml pun dah RM30.

Panjang lebar pula pasal minyak wangi je haha.. neway next time aku tak sabar nak bau haruman lain lagi..

Thank you for reading ! 💗 xoxo syafiera

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram