Kegembiraan dan Tragis dikongsi bersama.

7/21/2017 10:31:00 PM

Ya Allah, semenjak dari Ramadhan lagi aku dah mula tak selesa, mungkin sebab time tu aku berkemas rumah sakan sebab ada perabot baru masuk ke dalam rumah. Alhamdulillah tahun 2017 ni ada rezeki suami aku dan anak-anak dapat merasa bonus tahun ni, kami memang bercadang nak cantikkan rumah ni dengan perabot sofa, meja makan dengan katil dan tambah sikit warna-warna cat. Peantian yang lama semenjak 2 tahun lalu masuk di rumah ni. Kisahnya bonus memang like every year dapat tapi kami berhati-hati juga dalam membeli macam-macam, jadi bonus yang dapat ni kalau boleh biarlah untuk keselesaan keluarga sendiri kan memandangkan anak-anak semakin membesar jadi eloklah persiapkan bilik-bilik mereka, harap tak adalah yang ambil kesempatan. Bukan apa biasalah kalau orang tahu kita ada lebih sikit masing-masing mulalah dok perli-perli kan, kadang-kadang tak sedap telinga nak dengar tau.

Jadi nak tahu betapa seksanya rezeki yang kami terima ni iaitu rezeki ini adalah ujian dari Allah supaya dapat kami bersyukur dengan rezeki yang ada ni, memang banyak sebenarnya ujian. Makin banyak rezeki makin banyak benda terjadi mungkin sebagai peringatan dari Allah supaya menunaikan apa yang patut. Jadinya nak dijadikan cerita berdasarkan pengalaman sendiri. Once dah cantikkan rumah, aku dok sebok nak bersihkan bilik yang dah lama aku tak kemas, aku bersihkan ruang-ruang yang penuh habuk, bersihkan pakaian yang dihingap lipas, angkat barang dari bilik, asingkan barang, lama juga dalam seminggu sebelum nak raya juga aku cuba kemas dan susun rapi, sampaikan tidur tak nyenyak selagi rumah dalam kelam kabut, time tu kesihatan aku masih stabil lagi dan masih tak terasa nyeri di dada.

Sampailah satu masa sebelum raya, Alhamdulillah ruang tamu dan bilik tetamu sudah aku setelkan.. Penat lelah semua dah hilang yang penting rumah dah cantik at least selesa lah ibu bapa aku nanti kalau datang singgah rumah. Alhamdulillah finally dari rumah yang kosong penuh dengar cakaran kreatif anak-anak akhirnya adalah nampak bentuk rumah juga.


Rumah Setelah Di kemas Rapi ingat nak buat style Japanese

Fuh Rumah aku sebelum memang haru biru

Bilik Store kini dah boleh tidur dalam ni

Meja Makan Akhirnya ada juga
Dalam proses menyiapkan rumah ni, Ya Allah ada sahaja dugaan dan ujian Allah datangkan, salah satunya anak aku jenis gayat ada SOFA baru, aduh dia buat aksi Superman pulak dah.. memang ujian sungguh sampai lah aku terpaksa bergegas ke Wad Kecemasan Hospital Ampang, Dah berapa kali dah muka keluarga aku kat wad kecemasan hospital Ampang, dulu suami aku, sekarang anak aku pulak dah. memang ujian betul sampai dah kenal orang tu muka keluarga aku hiks !


Lepas tu doktor pun pesan kalau anak jatuh kepala berbenjol tengoklah dalam masa 6 jam ada muntah ke ada sawan ke macam tu lah, so far tak ada lagi berlaku benda-benda tu kat dia Alhamdulillah. Sekarang dah surut cuma ada kesan lagi la, kesan parut dan benjol sikit, fuh lama juga nak surut habis, tapi masalahnya anak aku entahlah, dah jatuh pun masih lompat-lompat lagi, hehe. Memang bijak lah tu bila besar kan sebab aktif dan lasak.

Persiapan raya tahun ni memang happening, tapi paling best aku tak buat langsung kuih raya, aku tempah je dari husband punya office mate. Depa ada buat cookies tau.

Semuanya ada Kacang so, yang allergic minta maaf yah
Dah setel rumah, Alhamdulillah this year husband and I decided nak raya kat rumah belah family dia dulu sebab belah mak I dia tak raya kat Labu, ujian lagi Suami kakak aku accident lak :( tapi semuanya OK kesian kakak aku. Mak aku jagakan anak dia sementara nak cari taska kan jadi aku balik kampung suami aku dulu lah ceritanya hehe. Malam sebelum raya tu iaitu hari Jumaat malam kitaorang dalam perjalanan ke Kuantan. Sabtu tu last puasa Ahad baru raya. ( Tahun 2017) ye.

Tapi dah sampai suami dan anak-anak termasuk aku kitaorang stay over-night dekat hotel dulu sebelum balik rumah mak suami aku, sebab risau kitaorang balik lambat takut bangun lewat yerlah pagi-pagi kan orang dah start kemas-kemas rumah jadi aku tak nak ambil risiko masih tidur terbungkang di ruang tamu. Time Raya ramai family balik jadi memang dah tak ada bilik yang selesa available, jadi nak taknak memang terpaksa tidur dekat hotel. hehe.

OverNight Stay dekat Hotel M.S Garden
Last Sahur for this Year
Bergambar dengan Mak Ayah Suami

Anak dara ngan anak teruna aku dah excited kutip duit raya

Susah tangkap gambar bebudak ni

Yang candid jugalah yang cantiknya

Time Raya memang meriah sebab dapat tengok saudara-mara sebelah family husband, dan ada majlis akikah anak-anak buah. Sampailah habis raya Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Lepas tu terus balik kampung Labu belah Mak sebab mak dah dekat rumah dia. Tapi tak lama pun sebab balik rumah nak buat open house. Bawa mak sekali ke rumah hehe raya kat rumah kita tapi paling best mak saudara pun ikut mak sekali maka kitaorang habiskan raya sampai hari Ahad. Memang suami ambil cuti selama seminggu jadi memang berayalah sakan kami semua tahun ni, next year raya sebelah keluarga I pulak.

Yea Mak dan Makcik Saudara Induk Mar pun ada
Memandangkan mak dan makcik saudara ada dirumah, macam biasalah open house di rumah tetap dibuka pada hari Sabtu, hehe.

Sekitar Hari Raya Open House di rumah, thanks rakan-rakan dan jiran yang hadir
Sebenarnya, I buat open house 2x, satu hari Sabtu dan next Ahad, sebabnya masih beraya kan dan memang ramai budak-budak yang tinggal di kawasan berdekatan datang beraya di rumah. Fuh bila tengok bebudak ni memang  meriah dan terkenang masa zaman kitaorang bebudak dulu beraya semata-mata nak datang kutip duit raya bukan nak makan pun. Haha, seronok sangat.

Once dah habis open house gitu, aku ni meamng suka lah berjalan kan continue balik pekerjaan aku ke hulu hilir, hehe. And paling menyayat hati kami sekeluarga dikejutkan pula ayah suami jatuh di pasar patah peha, fuh rungsing dibuatnya. Time tu pula aku dah start jatuh sakit batuk dan selesema ingatkan biasa-biasa je jadi Next sabtunya suami dan aku pula bergegas pulang kembali ke Pahang melihat kondisi abah. Keadaan yang amat tegang tapi Alhamdulillah aku dan suami dah ikthiar solusi supaya dapat meringankan sikit lah beban yang ditanggung. Hopefully semuanya berjalan dengan baik dengan ujian yang diberi.

Hari Selasa sebelum Pulang ke Kuantan, aku dah start  batuk non stop, doktor klinik idzham cakap aku hanya batuk infection bukan disebabkan oleh pneumonia or tibi jadi masih pantau sahaja.

Perjalanan kami semasa ke Kuantan, kami banyak berehat di R&R akibat masih keletihan pada sambutan hari raya.

Once dah balik dari Kuantan, hari Isnin adalah hari MRT Percuma untuk fasa yang kedua. Kitaorang balik dari Kuantan pada hari Ahad memandangkan hari tu aku ada event untuk Gintell, time tu aku masih boleh tahan lagi sakit batuk dan sebu dekat paru-paru, fuh event Gintell memang best la sebab masa tu aku berpeluang beramah mesra dengan pelakon lelaki veteran Dato' Jalaludin Hassan. But that time aku dah mula rasa tak selesa bila kaki betis aku dah start cramp, bila berjalan kaki sakit macam ditarik-tarik. Tapi masih gagahkan diri untuk pergi ke AEON beli barangan untuk dimakan pada minggu hadapan. Nanti korang boleh baca event Gintell yang sempat aku hadir : http://www.syafierayamin.com/2017/07/tingkatkan-kualiti-kesihatan-selama-8.html dalam perjalanan dari Kuantan ke RUMAH..

Balik je rumah dah start batuk teruk, and then badan rasa macam ditarik-tarik, fuh memang tak tahan jadinya aku terus Kak Lela untuk berurut pada hari Isnin tu, so rasa macam agak lega.

Tukang urut hulu langat, Kak Lela
Urutan badan dari pukul 2 sehingga nak dekat pukul 6 sampai otot urat lega

=====================

Acik tu cakap dia urut tak ikut jam .. bagi dia nak urut ikut jam ni belum tentu dapat bagi solusi dekat urat urat yang tengah kembang sakit gitu... acik tu cakap dia tahu rasa sakit tu sebab dia pernah rasa sakit tu..

That's why I rarely nak pergi spa.. ikut jam haha..

Syafiera Yamin updated her status.
Acik cakap, kadang kadang yang badan besar lebih sihat uratnya dari yang kurus keding berurat dawai.. 😂okay aku tak nak jadi kurus keding..cukuplah yang badan kecil macam ni pun urat keras.. 😂



That time aku dah rasa lega sikit, memandangkan hari tu hari Isnin and MRT tengah percuma dari pukul 4 petang sampai 11 malam, aku memang nak sangat mencuba sendiri tau. Kak lela dah pesan berehatlah dulu tapi la degil juga kepala masing-masing, jadi aku tetap ajak suami aku dengan alasan nak naik MRT Sampai ke Sungai buloh, mula-mula kitaorang pergi yang MRT Sri Raya tapi sebenarnya situ area kondominium kot tak boleh parking hehe waktu tu husband aku dah start marah-marah yerlah dia cakap dia penat baru balik dari kerja kan. Tapi entahlah dia masih macam sabar lagi tambahan lagi kan dia macam nak tahu juga pasal perjalanan MRT tau. Lepas tu dia sanggup pergi ke MRT Taman Suntex YERLAH Kat situ parking besar 1 hari parking RM4 je tak silap. Marah-marah pun tetap pergi juga, once dah sampai MRT Taman Suntex fuh memang ramai gila dari warga emas sampailah ke kanak-kanak untuk mencuba sendiri kemudahan MRT ni.


Tapi nanti aku akan blog lagi details pasal MRT macam mana nak akses dari bahagian Hulu Langat di another thread okay. Yang ni just pre je tau. Okay lepas dah discover pasal MRT, Balik je rumah time tu aku rasa macam bahagian dada kiri berat semacam, rasa macam baru lepas kena tumbuk kot, rasa macam paru-paru bengkak. That time aku cuba bernafas macam biasa. Bernafas tapi rasa macam susah sangat nak bernafas panjang, setiap kali cuba bernafas panjang bahagian dada kiri sakit gila, rasa macam nak putus nyawa, aku cuba bernafas sehingga tak mampu bertahan, laki aku bantai tidur sampai pagi, aku menangis-nangislah sebab tak leh bernafas macam manusia biasa. Last-last dia tengok aku menangis tahan kesakitan, terus dia bawa aku pergi Hospital Ampang. Fuh..

Pagi Selasa yang lenggang, nasiblah tak ramai itupun layanan agak lambat.. mungkin bagi mereka apa yang aku alami ni biasa kot, tapi bagi aku tak biasamemanglah panik gila bila tak boleh bernafas macam orang biasa. Dada yang sakit rasa macam mencucuk, baca google sakit dada bahagian kiri mungkin sakit jantung we never know kan. Aku time tu dah berayat kalau aku mati mesti senanglah laki aku.. lol... laki aku menyampah dengar bila aku cakap macam tu..

Doktor saspek aku ada pneumonia tapi sebenarnya tak confirm lagi, dia bagi antibiotik ngan panadol dia tak bagi dos yang kuat sebab aku masih menyusukan anak aku. Jadi dia cakap aku kena sacrifice tahan sakit sikit. Then aku kena cek Tibi pula dekat KK. Fuh macam-macam kerja. sebenarnya aku malas sikit nak ke KK biasalah malas nak beratur panjang bagai.


Lepas dah pergi Hospital Ampang kena pergi pula KK, fuh sebu weii dia suruh p cek Tibi lak, ambil darah lepas tu masukkan apa benda tah untuk ujian kulit, kena hantar sample kahak untuk 3 hari. Huhuhuhu.. hari pertama patut hantar sample kahak aku tak pergi pun hihihi, sebab penat sangat. Hari kedua dan ketiga aku hantar but kena ganti hari yang tak hantar tu Isnin depan, result akan diketahui hari Selasa depan, fuh, seksa gak hantar sample. Hihihih.

Sekian nanti sambungan  Akan datang bila akan ada mood nak menaip.

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee