5 Warna Menarik G9SKIN FIRST LIP STICK



Baru-baru ni I berpeluang untuk mencuba sendiri warna-warna lipstick yang menarik dari G9SKIN, salah satu produk 'made in Korea.' Warna pigmentasi yang menyerlah dan formulasi yang tidak membuatkan bibir menjadi kering adalah pilihan wanita masa kini sebab warna lipstick yang sesuai mampu membuatkan si pemakai nampak lebih cantik dan mempersonakan.



Terdapat 8 variasi warna yang boleh
dipakai mengikut tema majlis atau pun tempat kasual tapi hanya 5 warna sahaja yang boleh didapatkan dalam Malaysia maybe soonest 3 lagi warna akan masuk dalam pasaran. SO far I dah cuba kelima-lima warna walau dimana pun I pergi. Tambahan pula kawan-kawan mesti nak tanya warna lisptick yang I pakai sebab warna yang sangat pekat dan bibir nampak mungil malahan nampak sangat lembut.




5 Warna yang sedia ada di pasaran Malaysia adalah seperti :
01. Midnight Red
02. Dry Rose
03. Dazzling Pink
04. Peach Brown
05. VintGe Red

3 Warna yang terbaru adalah seperti Lively Red, Orange red dan Bloody Red.

Warna G9Skin First Lip Stick memang mengikut trend dan digemari oleh sesiapa pun tidak mengikut umur. Jadi you all tak rasa nak cuba sendiri ke lipstic ni so far harga pasaran lebih kurang RM72 sebatang.


Kenapa you all kena cuba sendiri G9Skin First Lip Stick ni sebab tekstur yang sangat lembut dan creamy, walaupun ianya matte finishing namun bibir tetap rasa lembut dan tidak menghasilkan bibir yan merekah seperti lip matte biasa. Lembab, ringan dan tahan lama buat lipstick ni jadi dambaan para gadis jangan terkejut, kaum lelaki pun terkena tempias untuk pakai lipstick ni tau.

Paling best lipstick ni sekali sapuaan sahaja warna melekat pada bibir, makin banyak sapuan makin cantik lagi satu pakai lipstick tak rasa macam pakai lipstick langsung sebab formula dia sangat ringan !


01. Midnight Red
Warna ni adalah warna merah sejati so far memang kena dengan warna kulit I, warna ni nampak anggun, garang sangat tepat pakai time ada meeting ke time nak dating ke atau time nak pergi jumpa client. Warna Midnight Red ni boleh buat orang yang pandang nampak terpaku tengok kita tau. 😂


02. Dry Rose
Warna Dry Rose bagi aku tak begitu menyerlah tapi dia but aku nampak sweet dan innocent look je. Mungkin aku tak berapa minat warna cenggini tapi kawan aku cakap warna lipstick ni nampak cantik dan sesuai dengan warna kulit aku. Tapi aku usually memang kurang gemar warna macam ni unless aku buat gradient mode gabung dengan Midnight Red memang trendy sekarang macam tu kan.


03. Dazzling Pink
You all jangan tak percaya warna ni I bawa all the times in my bag, tak tahu lah kenapa tapo warna Dazzling pink ni bagi aku warnya sangat romantik dan setiap kali pakai aku dapat rasa aura romantik tu timbul especially pakai time depan husband aku. Rasa macam first time jumpa kekasih aku. Warna ni sangat pink bold dan paling sesuai pakai waktu nak dating. Hehe.


04. Peach Brown
Coklat dan nude memang takkan dapat dipisahkan bagi anda yang ingin dapatkan natural finish. So far warna ni memang sangat menarik walaupun wajah nampak bare. Tak nampak macam warna orang sakit langsung. So far I mix peach brown dengan dazzling pink untuk bagi bibir nampak bergradient.


05. Vintage Red
Warna ni membuatkan I kelihatan sangat matang dan nampak macam seorang wanita yang bekerjaya dan penuh impian namun tetap kelihatan misteri dan menakjubkan. I akan pakai warna lipstick dalam majlis tertentu lebih lebih lagi majlis beradab. Warna merah ni pun buat wajah I nampak klasik dan cantik digayakan dengan kebaya. Uuu..


From my personal view :
First I memang teruja dengan warna-warna yang dikeluarkan sebab ianya sangat trendy, brights dan setiap warna ada aura yang tersendiri. Packaging yang sangat awesome, slick, minimal dan reka bentuk yang tak berat warna hitam membuatkan lipstick ni nampak elegan dan teguh. Pilihan warna yang paling I berkenan adalah dazzling pink dan peach brown, dua dua warna ni ada dalam bag I, kadang kadang I mixed these 2 colors.

Formulasi yang tak mengeringkan bibir langsung, jujur I katakan banyak-banyak lip matte yang I pakai yang ni langsung tak keringkan bibir I dan tak rasa macam pakai lipstick langsung dan warna lipstick ni sangat tahan lama selagi tak cuci pakai makeup remover. So far memang tak mengecewakab ! I suka dan rekomended untuk you all dan I bagi 5/5 stars !

Bagi you all yang berminat nak cuba G9SKIN

FIRST LIP STICK, sila layari :

Website: www.g9skin.com
Facebook: fb.com/G9skinMY
Instagram: @g9skin_malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com